Lau samah.. antum rasa antum ni penuntut ilmu ke?

Bismillahirrahmanirrahim,


Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, Selawat dan Salam keatas nabi junjungan Muhammad s.a.w.

Peristiwa dihalau dan tidak dapat memperbaharui visa baru-baru ini mengajar aku seribu hikmah dan makna yang mendalam. Andai kita perhatikan dan renung melalui mata hati dan hikmah yang tersembunyi disebalik peristiwa yang Allah aturkan pasti akan kita temui pelbagai hikmah dan indahnya aturan Allah s.w.t.

Jangan nak komen lagi posting yang lepas, ianya sekadar hiburan dan santai semata-mata. Hehe..

Pertamanya, hampir semua yang datang untuk memperbaharui visa di Jawazat baru2 ni adalah mahasiswa atau boleh kita katakana golongan penuntut ilmu. Namun sedar atau tidak, sejauh manakah pengamalan atau kehidupan kita dihabiskan dengan ilmu?

Buktinya, berapa ramai dalam kalangan mereka yang menunggu giliran untuk memperbaharui visa tersebut yang mungkin memakan masa 2 atau 3 jam membaca atau menelaah buku? Atau paling kurang berzikir dan mengingati Allah? Ini bukanlah buruk sangka. Mungkin dalam hati mereka sentiasa berzikir dan mengingati Allah.

Namun pada zahirnya, adakah mereka mencerminkan sikap sebagai seorang penuntut ilmu? Aku tidak kata mereka sahaja, tapi kepada diri aku sendiri. Apa yang aku dapat lihat hanya 2,3 orang daripada mereka yang membaca sambil menunggu giliran tiba.


Jelas sekali bahawa kita sebenarnya hanya belajar untuk peperiksaan, atau hanya terkurung dan berharap kepada majlis-majlis ilmu dan kelas-kelas kuliah. Inisiatif sendiri kurang.

Memetik kata-kata Sheikh Ali Jum’ah “Sekiranya sehari kamu tidak bertambah ilmu, maka kamu adalah dari kalangan mereka yang celaka”

Benar sungguh kata-kata Sheikh. Apa guna kalau sehari dalam hidup kita hanya sia-sia. Belajar sampai ke luar Negara. Berhabis wang dan masa. Namun hasilnya tidak seberapa.

Andai kata kita memanfaatkan sepenuh masa kita untuk ilmu, pasti kita tidak sedikit pun merasa kecewa. Walaupun terpaksa menunggu dan berdiri selama berjam-jam, berpenat dan berpanas namun kepenatan itu bermanfaat dan berguna kerana kita mengisinya dengan ilmu.

Inilah hakikat pelajar sekarang. Tidak semua namun sebahagian besarnya sebegitu.

Keduanya, ujian dan dugaan. Memang hidup ini tidak terlepas dengan ujian dan dugaan. Sebab memang itulah sunnah kehidupan.



“Adakah kamu mengatakan kamu sudah beriman sedangkan kamu tidak di uji?”

Andai dibandingkan dengan kehidupan para sahabat, Nabi-nabi dan para rasul terdahulu. Ujian yang menimpa mereka lebih besar dan lebih berat jika hendak dibandingkan dengan kita. Baru putus cinta, baru tidak makan sehari, baru gagal dalam peperiksaan, baru tidak dapat membuat pilihan yang kita sukai, baru itu dan ini. Sudah kecewa, sudah putus asa, sudah itu dan ini sampai ada yang mahu membunuh diri (nauzubillahiminzalik).

Mengapa kita hanya memikirkan diri kita semata-mata? Lihat disekeliling kita. Masih ada mereka yang lebih susah daripada kita. Ada yang tiada tempat tinggal, ada yang tidak makan, ada yang tiada serba serbi. Usah cerita tentang mereka yang sedang berperang, kesusahan dan keperitan itu sudah pasti. Namun cukup menyaksikan mereka yang berada disekeliling kita.

Bolehkah kita dianggap sebagai hamba yang bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang?

Pernah suatu hari aku bermimpi, aku berada disuatu majlis. Dalam majlis tersebut aku terpaksa memberikan tazkirah. Namun, sepatah kata pun tidak keluar. Aku seolah-olah blank dan khayal. Akhirnya aku tersedar, bahawa masih kurangnya ilmu yang aku ada. Masa yang aku peruntukkan dalam hidup ini tidak sepenuhnya untuk ilmu.

Kemudian aku memandang sekeliling. Wah.. mengapa aku tidak sedar, selama ini mewah sungguh hidup aku. Tidur diatas tilam empuk, dalam sebuah bilik, ada kipas, ada lampu, ada laptop. Rumah lengkap dengan mesin basuh, dapur, peti sejuk, lantai karpet. Memang serba serbi lengkap. Namun persoalannya, adakah aku memanfaatkan semua itu untuk Allah, untuk Islam, untuk Ilmu?


"Hidup ini penuh dugaan dan cabaran, bersabarlah menghadapinya. Sudah menjadi sunnah para anbiya' hidup sentiasa susah tidak pernah senang, bukan untuk dirinya tetapi untuk umat tercinta. Kalian adalah para pejuang yang Allah uji, semakin kuat dan hebat tekanan serta ujian bermakna lebihnya dan hampirnya kasih sayang Allah. Kau Sungguh hebat sahabatku, seperti jua naqibmu. Badai ditempuh, taufan diterjah. Namun tidak sedikit pun menggoyahkanmu. Kadangkala datang rasa resah dan gelisah hampir sahaja putus asa. Lalu timbul persoalan Ya Allah Mengapa aku dibiar keseorangan? Namun persoalan itu sudah terjawab. Sebenarnya engkau tidak menyedari bahawa persoalan yang kau ajukan itu adalah kpd Allah yang sentiasa bersamamu. Tempat engkau memohon pertolongan. DIA tidak pernah meninggalkan mu walaupun sedetik."

-aminmenulis-


Samaada kita sedar atau tidak, Kesenangan yang kita kecapi, ilmu yang kita perolehi sekarang sebenarnya adalah natijah daripada kesusahan yang dihadapi oleh ulama’-ulama’ terdahulu. Mereka sanggup berlapar, berpenat lelah untuk sebuah hadis, sanggup bermusafir berbulan-bulan lamanya hanya untuk menuntut ilmu.

Tapi lihatlah kita sekarang, hendak pergi belajar keluar Negara naik kapal terbang, dihidangkan dengan makanan yang lazat-lazat, kerusi empuk serta ruang berhawa dingin. Namun, kemudahan itu langsung kita tidak syukuri apatah lagi kita gunakan untuk sepotong hadis, selembar ilmu. Sangat menyedihkan.

Mahukah kita mengaku sebagai seorang penuntut ilmu? Berasa bangga, Konon-kononnya kitalah yang Allah sebut sebagai pejuang menuntut ilmu fisabilillah. Walhal hidup kita hanya 1/3 kita sediakan untuk menuntut ilmu dan untuk akhirat, itupun mungkin tidak sampai. Selebihnya kita luangkan untuk memenuhi hawa nafsu kita, untuk berseronok-seronok, tidur, makan dan sebagainya. Allah, lalai dan lekanya kita.

Wahai sahabat sahabiah sekalian, mari sama-sama kita sedar kembali. Apa tujuan kita dihidupkan diatas muka bumi ini. Moga-moga kita dapat menuju kedestinasi yang abadi dengan penuh bekalan dihati.


“Tidak aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepadaku”

0 komen mengomen :: Lau samah.. antum rasa antum ni penuntut ilmu ke?

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers