Mudah giler membuat visa di Mesir sampai hampir gila dibuatnya..

Bismillah walhamdulillah,

Assalamualaikum w.b.t.
(Arghh.. kenapa la aku posting pasal ni jugak, tadi dah berazam taknak wat posting pasal nih dah. huhu..)

Harini pergi wat visa. Sebab hari sabtu jer dikhususkan untuk pelajar Malaysia. Bertempat di Buuth (sebut bu'us) berhampiran dengan ARMA (Asrama Rumah Melayu Abbasiyah) atau lebih hampir dengan Syarikat TAKI bukan TANGKI ye.. TAKI jenama tilam yang agak glamer kot kat Mesir nih. TAKI ke DAKI ke, yang penting aku ada tilam bleh wat tidor. haha..

Pagi2, lepas Subuh dah kuar naik Teksi dengan harga LE18.00 seramai 6 orang. Maknanya LE3.00 sorang. Tu pun sumbat giler dalam kereta sebab nak cepat. Kalau tak biasanya akan dapat LE15.00 daripada Hayyu Asyir nih. Tadi tawar menawar dapat LE13.00 fuh. kira murah la tu. Tapi disebabkan semua nak naik satu kereta, sumbat la 4orang belakang, 2orang kat depan. Hehe.. Jimat pun jimat. Kalau 2 teksi dah LE30.

Sampai kat Jawazat/Tempat nak sambung visa tu dekat2 pukul 7. Tapi lum bukak lagi sebab dia bukak pukul 8. Adess.. tunggu la sampai dia bukak. Biasanya orang yang datang awal akan tulis atas kertas nama2 mereka yang mahu mendapatkan cop visa. Lalu aku adalah orang yang ke-8. awal ah tu kiranya. Chayyok2..


Bukak jer pintu berlari-lari masuk dalam, dapat duduk barisan, orang no-4. Alhamdulillah. Bukak jer kaunter sorang demi sorang menyerahkan pasport mereka termasuklah aku. Dan dalam setengah jam. Selesai urusan aku. Tak perlu beratur lama2, tak perlu penat berdiri, tak perlu tensyen2 sebab orang terawal biasanya urusan akan mudah.

Lepas dapat cop, apa lagi. Baliklah.. lalala.. Mudahkan?

Mudah la sebab cerita diatas adalah rekaan semata-mata. Hahaha..

Hakikatnya,

Walaupun aku orang no-4. Tapi sebab polis bodoh lagi tak beradab lagi tak hensem lagi bajet dan aku rasa nak terajang tu(kasar sangat ke?) huhu.. Sori2.. tiba2 suruh semua orang yang beratur pegang pasport masing2. Dan sebab pasport aku telah dikumpulkan maka lambatlah nak cari. Sebab lambat walaupun dah cakap sekejap atau dalam bahasa tamil mesir ''instanna syuwayya" tiba2 mangkuk ayun polis (lebih sedap panggil magkuk jamban edisi tension giler) tarik aku keluar dari barisan. Perghh.. dah duduk depan aleh2 kena tarik keluar, mana tak menyirap darah. Kena baratur balik kat belakang. Tapi masa tu tak tau kenapa, jadi penyabar giler.

Masatu cakap dalam hati walaupun geram sikit. Alhamdulillah, Allah nak uji aku ni. Sabar2.. Relax.. Cool.. Istighfar banyak2. Maka pergilah beratur balik. Redha jer tengok orang yang beratur depan aku awal2 tadi dah selesai dah urusan dia. Tunggu punya tunggu, penat giler berdiri, tak makan pagi lagi. Sampailah tengahhari. Pukul 12.30. Dari pukul 7 berdiri sampai pukul 12.30. bayangkan..

Nak bagi homework sikit kat korang. Pergi amik kalkulator kira, berapa jam agaknya aku berdiri? Berapa banyak tenaga aku guna? Berapa berat badan aku turun agak2nya la kan? Berapa penat dan lenguh kaki aku berdiri? Berapa banyak tekanan darah aku naik? Iman aku naik ke turun ye? Huhu..

Setelah beberapa tahun menunggu, akhirnya aku tiba jua didepan kaunter dalam keadaan berjanggut dan berjambang. Rambut sampai ke buku lali. Muka dah berkedut.. Badan dah bongkok. Sambil memegang tongkat.
Sambil buat muka berkerut2 memerhatikan makcik gempal itu mengecop dan menulis macam siput. Kadang2 dia buat2 muka sembelit mengira bilakah tarikh yang sepatutnya dia letak dekat passport tu. Arghh.. Sungguh indah saat itu..


Dan keputusannya, visa aku tidak dapat diperbaharui harini dan terpaksa datang lagi minggu depan yang pasti belum pasti adakah aku pasti akan dapat memperbaharui visa aku atau lebih baik aku balik malaysia masuk PASTI(pusat asuhan tunas islam) atau lebih baik mereka ini dimasukkan ke PASTI semula agar mereka ini pasti tidak membuat kerja dengan kelajuan yang lembab.?

Persoalan yang sampai sekarang aku tak dapat nak jawab dan yang menyebabkan aku sakit darah tinggi dan kencing manis sekali kenapa sorang jer yang buat kerja? Apakah rakyat mesir yang ada hampir 27Juta orang ni, sorang jer yang pandai wat kerja-kerja mengecop dan menulis tarikh visa? Arghh.. Kenapa dan kenapa? Why? Limaza? Dan kenapa makcik yang kuat makan, berbadan besar itu yang dipilih? Warghh!! tolong2.. sempat lagi dia makan tengah nak cop visa. Dah la lama dia makan. Depan kitorang plak tu.. warghh..



Adakah mereka baru sehari berkerja? atau Adakah mereka baru belajar mengira dan mengeja? Adakah kepala mereka selalu kena terajang dan terhantuk semasa terjun daripada bas sampai tak tahu dan tak dapat mengestimated yang bahawasanya hari sabtu adalah hari yang dikhususkan buat rakyat Malaysia, yang hampir 10ribu jumlahnya di Mesir ni? Why? Why? Limaza..

Apakah mereka itu tidak tahu membuat penjodoh bilangan ataukah usus mereka tersumbat sampai tak dapat nak kira purata setiap kali pelajar datang memperbaharui visa hampir seratus orang? Tolonglah daku. Ya-Allah.. Kenapa mereka ini lembab dan kuat makan sampai lenguh duduk atas kerusi? Waa...



Kenapalah mereka takde sistem nombor macam kat Malaysia.? Kenapalah ada polis tua yang suka membebel tak tentu hala, nak marah2 orang dan natijahnya aku rasa nak lempang jer dia tu.? Pakcik tua tu Tak tahu ke aku dah beratur kat depan? Bukannya aku potong barisan? arghh... Tensen2...


Ayat yang paling tak tahan bila aku dah duduk depan kaunter. " Dah kholas, Ba'din (sambil menunjukkan sejumlah passport yang telah dikumpulkan) sabtu gai.." "Passport yang dikumpulkan ni je akan diproses, yang lain sabtu depan."

Maaf ye andai posting ini teruk dan kurang sopan. asif2..

10 komen mengomen :: Mudah giler membuat visa di Mesir sampai hampir gila dibuatnya..

  1. ahahhaaha..
    sungguh lawak meskipun ditulis dalam kondisi yang sangat bengang barangkali..

    saba yeop saba..

    mesir kan sistem die tak se baik malaysia, dugaan la tu.

    ha..yg polis tu memgla buat nyirap darah. but, even makcik pengecop visa tu buat keje lambat, toksahla pertikai saiz die.. haih mu ni pun

    pepun, moge iman naik kembali.. :D

  2. aduiii
    sangat bersimpati
    tapi rasa nak gelak
    haha
    sabar ye
    moga iman makin bertambah

  3. Ish takkan sampai nak giler syeikh?

    Ni baru setahun kat mesir kan? Kalau 4 tahun betul2 gila nanti.. haha

  4. minggu depan kita gi sama2 ye..sabar2...

  5. emm..perbaiki bahasa anda..

    ~guru Bahasa Melayu~

  6. waduh3...

    sabar2...jangan ikutkan nafsu...
    apa nak buat, kena redha dan terima sahaja budaya mereka macam tu.

    ada lagi beberapa tahun sisa2 perjuangan enta kat sana... kena banyak2 bersabar...

    dan ana cadangkan artikel ni diolah dalam bentuk komik..hehe..nice n menarik..

    mintak ust alias yg lukis..hehe

  7. huhu.....
    best2 kutukan yg melepaskan segala tekanan...........hahaha
    bahasa rojak( BA+BI=?A?I )kih2....

    Pakat rama2 angkat polis tu ngan mak cik gem..bira tu ikat kat piramid..........hehehe

    akhirnya malasia dipuji...kuwi2

    pada pendapat anda betulkah peribahasa ini

    HUjan emas di negeri orang............. hujan batu....ke hujan air ke....mmg best hujan emas lagi hehehe............

  8. sabo amin.. aku ni.. da 6 bulan baru dapat tasdiq kuliah..haha

  9. Salam :-D byk sabar ya, wpun sapa yg study kat mesir dah mcm nak gila hadap muka mereka yg mmg lembap tu. x pe sabtu gai g lagi jgn sampai sanah gai dah ler.hehe

  10. assalamualaikum...kelihatan ayat agak katsar tetapi itulah manusia..kesabaran ada batasnya..tetapi sebaiknya kawal lah perasaan itu jangan biar "ai" yang mengawal kita..semoga Allah mempermudahkan urusan akhi ..pcayalah setiap ujian yg datang dugaan yang menempat pasti ada hikmah yang tersembunyi..semoga sakit yang dilalui..letih dan penat dilalui dibalas dengan sesuatu yang tidak perna kita sangkakan insyaAllah :) Wasalam..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers