Selamat Berjuang di Tanah Air..

Bismillah, walhamdulillah..

Marillah sama2 kita mentajdid iman kita dengan kalimah La ilaha Illallah.

Hidup memang tidak lekang dari ujian dan musibah. Setiap masa dan ketika pasti ada ujian yang menimpa. Tidak lain adalah kerana Allah mahu menguji setiap hamba2nya yang mengaku beriman. Allah timpakan itu semua samaada untuk menghapuskan dosa-dosa hambanya atau menambah iman mereka. Terpulang kepada orang yang beriman menilai dari sudut manakah dirinya. Maka, pendapat al-faqir sendiri Allah menimpakan sesuatu ujian dan musibah itu untuk menghapuskan dosa-dosa al-faqir yang terlampau banyak. MasyaAllah, Alhamdulillah.

Malam ni senior-senior @ abang2 ramai yang dah nak balik Malaysia. Huhu.. Rasa macam tak best jer bila diorang takde. Dahla yang nak balik ni semua hebat2 n peramah orangnya. Rasa begitu kehilangan, tak balik pun lagi dh rasa.. Memang instinct giler.. Ukhuwwah tu rapat.

Kepada Ust Fahmi, Tok Imam a.k.a Ust Nafizul, Ust Syukrillah, Ust Ridhuan Mohd Nor. Selamat pulang ke tanah air. Ikutkan hati nak jer hilangkan pasport/tiket. Tapi zalim sangat nampaknya. Nak buat camne, tiada hak untuk menghalang mereka. Apa yang penting, kerjasama.. Apa yang penting, walaupun mereka akan meninggalkan kita, pastikan diri kita tidak berubah dan terus mara kehadapan. Gantilah tempat mereka..

Buat Ust Fahmi, Ust Syukri terima kasih banyak-banyak kerana kalianlah yang telah banyak mengajar kami tentang kehidupan di Mesir ni. Sejak hari pertama kami sampai dah bawak jalan2 sekitar Asyier. Tunjukkan kami tempat2 Talaqqi, perkenalkan dengan masyaikh disini, banyak memberi dorongan buat kami untuk terus belajar dan belajar. Anugerah yang tidak terhingga buat kami.

2 komen mengomen :: Selamat Berjuang di Tanah Air..

  1. Salam
    InsyaAllah min...ust fahmi akan dtg balik ke Mesir ambik M.A..klu dia x dtg pon kita doa mga2 kita semua menjadi penerus perjuangannya...Ameen

  2. amin,
    besar kan tulisan dlm blog ni..
    sume posting dah mantap2 dah..
    tulisan je kecik
    sian sy yang rabun ni..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers