Adakah saya terlalu emosi? Maaflah ye..

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillahirabbil alamin, wassolatuwassalamu ala asyrafil anbiya' wal mursalin, wa ala alihi wa sohbihi ajmain.

Assalamualaikum w.b.t.



Sambil2 baca boleh pasang lagu ni.. Cukup menyentuh hati..

Pertamanya ana mohon maaf andai posting sebelum ni ter"emosi" tanpa ana sedari di akhir penulisan entri tersebut rupannya ada kata-kata yang ana tidak sedari cukup tajam dan bodoh bunyinya.. Sebenarnya ia berakhir dengan penerangan. Entah macamana selepas diposting boleh terselit kata-kata tersebut dan ana sendiri tak sedar akan hal tersebut.

Ketika menulis entri ni ana baru perasan, eh betul ke aku yang tulis macam tu? Huhuhu..

Ya Allah, jahil dan zalimnya diri ni. Bukan aku tak tahu akhlak sebagai seorang muslim dengan saudaranya bagaimana.. Ya Allah.. Astaghfirullahalazim.

Sebagai seorang yang faham agama, tahu syariat.. Kita kena meraikan pendapat yang berbeza. Ini selalu diutarakan oleh sahabat-sahabat dan masyaikh. Kita lihat jika berlaku khilaf di antara ulama' mereka akan saling meraikan pendapat masing2 dengan hujjah2 mereka. Bukan niat sebenar ana untuk menghina mereka yang belajar di Malaysia atau dimana2. Memang ana akui pimpinan pelajar di Malaysia lebih hebat dan kemas. Kerana ana juga pernah merasai 6 bulan duduk di sebuah IPTS. (Universiti mana, itu yang tak bleh bagitau. Hehehe..)

Kalau di awal penulisan tersebut ana mmg meraikan dan bersangka baik mungkin beliau kurang pendedahan tentang keadaan disini. Ana mohon maaf sekali lagi.. Niat sebenar sekadar mahu menerangkan apa yang ada di Mesir, siapa itu PMRAM..

Astaghfirullahalazaim..

Lepas baca komen Ust Ulwan, ana terkejut. Eh, posting aku ni emosi sangat ke? lepastu di taukid pulak komen Ukhti Athirah. Mmg sah posting aku ada yang tak kena.. Huhuhu.. Takpelah, bagus jugak. Rupanya ada mereka-mereka yang ambik berat apa yang aku tulis. Hehe.. Jazakaumullahu khairan kathir kepada mereka2 yang memberi ulasan dan teguran.

Semalam semasa menyertai Kolokium Ilmuan (Q) PMRAM siri pertama. dengan tema Memperkasakan Generasi Ulama'. Tertarik dengan kata-kata seorang Ust respon daripada adanya peserta yang pulang sebelum program tamat

"Ana mintak tolong sangat, agar antum dapat buang ego masing-masing. Kerana ramai daripada kita yang pernah jadi pimpinan masa kat Malaysia dulu, bila datang sini rasa, Alah program macam ni. Aku dah biasa kat Malaysia dulu. Tak payah datang takpe. Maka, hasilnya bila Ilmu yang dia ada tak amal dan rasa dia yang terbaik. Bila balik Malaysia jadi kaku, beku dan futur di tengah jalan. Dan memang itu hakikat pelajar-pelajar lepasan luar negara. Dan kita lihat sekarang Pimpinan Pelajar Di Malaysia lebih menonjol dan menjadi ketua dalam memabawa arus perubahan dalam masyarakat, berbanding pelajar lepasan luar negara. Bukan nak kata Mesir sahaja. Tapi rata-rata begitu."

Allah, aku ni mudah sahaja menghukum ye. Kemana adab dan akhlak? Bermakna aku memang masih tidak beradab.

Tapi, kalau diimbas sekali lagi, siapa sebenarnya yang emosi? Hehe.. Adakah ana atau pembaca? Kerana sewaktu menulis, tiada langsung rasa emosi atau marah kepada sesiapa. tetapi lebih kepada muhasabah diri sendiri. mungkin ada yang membaca dengan nada emosi. Maka, ayat tersebut seolah2 emosi. Cuba baca dengan nada lembut, lembutlah jadinya.. Kan3?

Apapun teguran dan nasihat teramatlah ana hargai.. Kerana pada tanggapan ana ia bukan sekadar nasihat. Tapi satu proses untuk kita lebih matang dalam mengeluarkan sesuatu hujjah dan mempercambahkan idea. Jazakumullahu khairan kathira ye..

Memang tidak dinafikan hakikat sekarang pelajar lepasan luar negara terutamanya mesir kurang menonjol di kalangan masyarakat Malaysia. Namun, ana kurang bersetujulah dengan pendapat sahabat ana yg mengatakan seandainya diberi peluang belajar di Mesir, maka ana takkan ambil. Mungkin dia ada pendapat dia sendiri. Namun bagi ana sebaliknya.

Kerana bumi Mesir ini bumi para anbiya' dan auliya alaihimussolatuwassalam. Bumi penuh barakah. Hanya kerana satu perkara yang kita tidak setujui kita hina bumi para anbiya' ini. Itu ana kurang setuju lah..

Namun ana ambil kata-kata sahabat itu bahawasanya jika belajar di Mesir tidak dapat mempelajari Ilmu kepimpinan sebagai satu muhasabah. Mungkin ada benarnya, disana terdapat segelintir daripada mereka yang tidak minat dengan kepimpinan. Maka kita perlu perbaiki. dari sudut tersebut. Kerana dengan title sebagai seorang graduan tidak sepatut kita lemah dalam aspek tersebut.

Wallahua'lam. Baca dengan hati yang terbuka. Raikan pendapat. Ana mohon maaf andai ada terguris hati yang membaca.

4 komen mengomen :: Adakah saya terlalu emosi? Maaflah ye..

  1. Alhamdulillah..

  2. Salam min..

    Alhamdulillah ana boleh merasakan ketenangan jiwa nta smasa menulis entry nie..hehe

    Belajarlah untuk meraikan semua pndpt org bukan bermakna kita x leh nk bangkang tp cuba raikannya..(sentiasa husnu zhan..hehe)krna setiap org mempunyai hak mereka untuk bersuara..(tp kna beradab la)

    Slpas kita dgr kritikan atau pndpt org jgn cepat melenting atau sbgnya..belajarlah berfikir dan dalami betul2 pndapatnya mgkn ada baiknya dn mgkn ada buruknya..

    Bukankah itu lebih baik??hehe

  3. Salam ya akhi..

    Hahahaha...nak tergelak lah pulak baca posting yang ni. Ada-ada je sahabat blog yg sorang ni.

    Takpelah, kita raikan setiapnya. Sebenarnya, dari sudut pandangan ana, Mesir adalah tempat di mana berkumpulnya ilmu2 di situ setelah baghdad di iraq diserang. Di tambah lagi dgn universiti tertua dunia itu, maka bertambahlah keunikkannya Mesir itu tersendiri.

    Spt yg ana katakan sebelum ni, PMRAM mmbuat segala aktiviti2 tersebut mengikut waqi' di sana. begitu juga di Malaysia. Takpelahkan, org nak cakap apa pun, raikan jelah. Tak yahlah nak rasa semua benda yg org cakap tu betul atau salah.

    Lama hidup dalam dunia ni, sebenarnya, tiada satu pun benda yang betul itu betul seluruhnya dan tiada benda yg salah itu pun, salah sepenuhnya. Dan oleh itu, raikan...

    Di Malaysia, lain pula alkisahnya. Takpelah, ana tak naklah bgtahu di malaysia macam mana, tapi apa2 pun, raikanlah...

    "Bukan semua yg betul itu adalah betul seluruhnya dan bukan semua yg salah itu salah seluruhnya..." Renung-renungkanlah...(",)

  4. Salam..ana menyokong post yg sebelumnya..ana pasti ianya bertujuan untuk mempertahankan bukan melenting.Kerana sudah lama diperkatakan bermacam-macam tentang Mesir dan timbul kebimbangan di situ bahawa satu hari nanti akan berkurang yang ingin menyambung pelajaran di sini.Cuma kita perlu ingat,tidak perlu perkecilkan sesiapa,kerana semua perkara pasti ada yang lebih dan pasti ada yang kurang.Tapi jika diperkecilkan maka kita harus memepertahankan apa yang tidak benar.Ana pasti itulah tujuan sebenar tulisan sebelum ini.

    "Bukan sahaja pendapat orang lain yang perlu kita terima,bahkan kelemahan orang lain juga begitu,jangan berasa lebih jika daripada orang lain..setiap orang dan tempat ada kelebihannya..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers