Allahyarham Dr. Ahmad Sarhan selamat dikebumikan hari ini. Al-Fatihah.

Kaherah 13 Mac : Jenazah Allahyarham Ahmad Sarhan bin Ahmad Khan telah selamat dikebumikan jam 11 pagi tadi bertempat di Perkuburan Keledang, Hayyu Asyir.

Jam 10.15 pagi, Solat jenazah telah diimamkan oleh Ust Zulkifli Din (Pegawai Atase Pendidikan JPMK) serta seluruh pelajar-pelajar Malaysia yang hadir. Turut serta Pelajar-pelajar Perubatan Cawangan Tanta yang dibawa khas menaiki 3 buah Tremco.

Turut menyolatkan jenazah pagi tadi juga ialah Pengarah Malaysian Student Department (MSD)Prof Madya Dr. Jamil, Badan Pengurus (BP) PMRAM, Menteri Besar Rakyat Perak/Ahli Parlimen Bukit Gantang/ADUN Pasir Panjang Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin, ADUN Titi Serong Drs. Khalil Idham Lim (Cina Islam), Pesuruhjaya PAS Perak Ust Abu Bakar Hussain dan beberapa Pimpinan PAS Perak.

10.30 : Jenazah dibawa ke tanah perkuburan Hayyu Asyir. Diiringi oleh Pengarah JPMK Prof Madya Jamil, serta saf kepimpinan PMRAM, sahabat handai yang terdiri daripada warga penuntut2 Malaysia.

Jam 11.30 : Diadakan sedikit tahlil dan doa selamat di tanah perkuburan.

Al-Fatih buat Allahyarham dan takziah kepada Keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan para syuhada dan orang-orang yang beriman. Aminn..

Boleh baca di Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah.

Berita Semalam (Sumber dipetik : Disebalik Kaca Istanaku)

Iskandariah 12 Mac – Seorang pelajar Malaysia dipercayai jatuh daripada tingkat empat sebuah bangunan apartment malam tadi. Mangsa merupakan pelajar jurusan perubatan Tanta dikatakan datang ke Iskandariah untuk tujuan ziarah. Pegawai MARA dan JPMK bergegas ke tempat kejadian setelah dihubungi. Pihak berkuasa Mesir sedang menjalankan siasatan dan punca sebenar kejadian masih belum diketahui. Saksi kini sedang berada di balai polis untuk memberikan keterangan.-mediaPERUBATAN



Update: Mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Sarhan Bin Ahmad Khan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah jatuh daripada tingkat empat. Jenazahnya ditempatkan di Mustashfa Mashrahah (Hospital Mashrahah). Ahmad Sarhan merupakan pelajar tahun satu jurusan perubatan Univeriti Tanta. Pihak kedutaan sedang menguruskan urusan penyempurnaan jenazah mangsa.


Saksi-saksi kejadian kini berada di balai polis untuk membantu siasatan. Turut hadir di balai polis malam tadi; Ustazah Nor Zakiah dan Ust. Sukimi, Pegawai JPMK Iskandariah dan Tuan Haji Idris, Pegawai MARA Iskandariah, Ustaz Fairuz Tamjis, Ustaz Khairul Nizam dan beberapa orang wakil PCI; Saudara Abdul Rahim Suhaini, Muhammad Hafidzuddin Abd Razak, Qamarul Azwan Kamaluzaman dan Muhammad Hafiz Zaini. Pengerusi PERUBATAN Tanta, Saudara Azhan dan Ustaz Muiz, Presiden PMRAM sedang dalam perjalanan ke Iskandariah.

Pihak PCI merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ahmad Sarhan Bin Ahmad Khan atas ujian yang dihadapi. Semoga roh allahyarham Ahmad Sarhan ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman. -mediaPERUBATAN

Iskandariah,12 Mac - Jenazah Allahyarham Ahmad Sarhan Bin Ahmad Khan kini berada di bilik mayat HospitalMashrahah.Urusan memandikan jenazah akan dilakukan dan jenazah akan dibawa ke Kaherah.Rentetan itu, solat jenazah akan diadakan esok 13 Mac 2010 bersamaan 27 Rabiulawal 1431H sekitar pukul 9-10 pagi di Dataran Kompleks Rumah Negeri, Haiyu Asyir.Pengkebumian jenazah akan dilakukan di Kaherah atas persetujuan ibu bapa Allahyarham.


Untuk makluman seluruh ahli PERUBATAN juga, kenyataan rasmi berkenaan insiden yang menimpa Allahyarham akan dikeluarkan oleh Tuan Presiden PERUBATAN, Saudara Muhammad Husaini Saleh. Diharapkan agar seluruh ahli PERUBATAN memberi kerjasama dengan tidak menyebarkan sebarang berita yang belum pasti kesahihannya berkenaan insiden tersebut sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan. –mediaPERUBATAN


Gambar2 yang sempat saya ambil sepanjang proses pengebumian pagi tadi.



Solat jenazah di Dataran Rumah Negeri Hayyu Asyir.


Jenazah diusung untuk dimasukkan kedalam kereta.


Jenazah dibawa menaiki kereta.


Tanah Perkuburan Keledang, Hayyu Asyir.



Jenazah dibawa masuk ke bilik khas.



Bilik yang menempatkan jenazah.


Petugas sedang menguruskan jenazah.


Pintu bilik jenazah di tutup.


Ust yang bertanggungjawab menguruskan jenazah.


Pintu/tangga ditutup.




Suasana di luar maqam.


Turut kelihatan Ahli Parlimen Bukit Gantang/ADUN Pasir Panjang/Menteri Besar Rakyat Perak, Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin, ADUN Titi Serong Drs. Khalil Idham Lim, EXCO Pemuda PAS Perak, USt Fakhrulrazi.


Pengarah JPMK/MSD Prof Madya Dr Jamil (kanan) & Pegawai Atase Pendidikan Ust Zulkifli Din (baju merah)


Pelajar2(Sahabat2) Terengganu turut tidak melepaskan peluang bergambar bersama MB dan YB Rakyat Perak ini.. Hehe.. (Dari kiri Ust Abu Jihad, Ust Jie, Ust Ahmad Muzani, Ust Riduan YDP Terengganu, Ust Aiman, & Ust 'tiitt') hehe..


5 komen mengomen :: Allahyarham Dr. Ahmad Sarhan selamat dikebumikan hari ini. Al-Fatihah.

  1. Salam...nak tanya sikit. Time kebumi tu mak n ayah arwah dah sampai ke?

  2. Wasalam,

    Ana tak pasti tentang perkara ni. Dengar cerita keluarga arwah belum sampai. tapi mereka suruh segerakan urusan pengebumian.

    Maaf kerana tidak dapat memberikan maklumat yang jelas.

    Wallahua'lam.

    al-Fatihah.

  3. Syukran...

  4. Ana dapat maklumat, masa pengebumian itu keluarga arwah dah sampai. sebab tu nak kebumi kat sini. Wallallahua'lam.

  5. salam,

    Alfatihah

    Bagi pihak MedicMesir, ummi mengucapkan jazakallah khairan kathira kepada semua yang terlibat menguruskan jenazah arwah.

    Semasa ummi sampai bersama keluarga arwah, semua nya sudah selesai. Ini juga permintaan keluarga arwah, minta disegerakan , tanpa menunggu mereka.

    Alhamdulillah, berkat pertolongan semua, segalanya berjalan dgn mudah.

    Jazakallah,
    ummi medicmesir
    www.medicmesir.com

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers