Apa, awak ingat kat Mesir ni belajar je ke? Ish3.. Kesian.




Assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillahirabbil alamin, wassolatu wassalamu ala asyrafil anbiya’ wal mursalin, wa ala alihi wasohbihi ajmain.

Hmm..

Hari demi hari berlalu, minggu bersilih ganti, bulan datang bertandang, sudah hampir setengah tahun rupanya aku berada di bumi anbiya’ ini. Rasa macam baru semalam aku disambut oleh senior-senior dan terasa baru dengan suasana mesir ini. Ya Allah, pantasnya masa berlalu..

Rasanya tidak banyak yang aku perolehi sepanjang 6 bulan keberadaan aku disini. Kerana aku tak memanfaatkan sepenuhnya masa yang aku ada untuk ilmu. Namun bukanlah aku menyalahkan masa kerana terlalu pantas bergerak tetapi menyalahkan diri yang lembab untuk memintas serta hati yang kotor tidak dicuci. 6 bulan satu masa yang panjang buat mereka yang betul-betul memanfaatkannya.


Ditambah pula dengan hati yang bersih dan mengharap redha Allah serta ikhlas menuntut Ilmu kerana-Nya. Tentulah hasilnya menyamai setahun malah mungkin lebih daripada itu.

Amatlah menyedihkan, banyak sudah kelas pengajian sudah aku hadiri, ramai sudah tangan masyaikh aku ciumi, namun itu bukalah kayu pengukur bertambahnya ilmu. Tapi pada tingginya amal. Maka, aku jelas sekali tidak mencapai tahap itu. Laksana seorang yang menjual buku tapi tidak pernah menerbitkannya sendiri walaupun sebuah.

Ingin berkongsi pengalaman sewaktu hendak ke Kelas Syeikh Yusri yang diadakan setiap hari selepas subuh. Aku sewa motor Dayun made In China daripada Ust Firdaus (Pahang). Pagi tadi setelah penat berusaha untuk menghidupkan enjin, tetap jugak motor tu taknak hidup. Biasanya ok jer, bukan main laju lagi bawak, sampai Ust Tengku Khairul Idham gelar aku ni mat Rempit. Haha..



Selepas mengodek dan mengechek, minyak, angin tayar, rantai, kaburator serta handle. Akhirnya sorang Ust Pahang ni datang, tolong tengok2 apa yang tak kena. Rupanya ade suis yang entah sape yang tekan. Menyebabkan motor tu di lock daripada dihidupkan. Ceh.. Hampeh giler.. Letih aku menyetat. Padahal, suis tu duduk dekat handle je. Mana la aku tau suis tu untuk apa.. Fuuuh.. Itu satu hal..

Alhamdulillah, lepas hidup tu. Bawak la Ust Asri (bukan mufti perlis ye) tapi senior tahun 3 dari Pahang. Daripada kompleks Hayyu Asyir ni, sampai je lepas Walidain dekat roundbout tu. Motor tiba-tiba tersedut-sedut. Aiseh.. Takkan takde minyak kot? Stesen dah la jauh.. huhu..

Sekali betul, memang takde minyak. Apdahal tadi chek ada lagi.. Waaa.. Ujian2.. Maka datanglah Ust Mad Salikin dengan Ust Hairul Nizam. Ingatkan nak tolong tolak tadi. Rupanya tolong tengok jer.. Hui2.. sebab mereka pun dah lewat nak pergi kelas. Nampaknya, tinggal aku dengan Ust Asri je lah. Nak wat camne, biasa la tu Allah nak uji. Maka kami pun sepakat nak tolak jer sampai stesen yang jauhnya dekat 2kilometer kot..

Arakian, sekonyong-konyong tengah tolak2 tu, datanglah Ust Kamal Shah & Ust Abu Jihad. Atas jasa baik beliau, beliau sudi untuk menunda motot kapcai aku yang baru berusia sebulan. Huhu.. Alhamdulillah, urusan jadi mudah. Sampai kat kelas Syeikh Yusri, kelas baru je mula.

Dalam perjalanan balik, aku decide nak jalan dulu sebab sewa motor mengikut jam. Sejam LE3.00. Maka, teruslah pecut dengan penuh yakin sambil membaca doa naik kenderaan. Subhanallazi Sahhorolana haza wakunna lahu muqrinin wa inna ila robbina lamunqolibun. Aminn..

Dalam kedinginan pagi Jumaat tu, aku dengan senang hati bawak. Tiba-tiba ada sorang polis berdiri tengah-tengah jalan. Memang dah agak mesti dia nak tahan ni. Dan hasilkan kami ditahan. Gabra jugak aku, yela jarang kena tahan.

Macam-macam la dia soal tengah jalan tu. Mana plate motor? MAna lesen? Mata itu dan ini... Mujurlah ada Ust Asri. Kalau tak tak faham jugak aku apa yang polis tu cakap. Dah ready dah dengan jawapan "Maalish, mushfahim". Lepas sembang-sembang sejam kat tengah-tengah jalan. Kami menghulurkan sedikit duit sebgai "Baksis" Ataupun Upah. Tapi polis tersebut menolaknya.

Kerana sememangnya, ramai polis-polis di Mesir yang bertugas tidak diberi gaji dan bekerja secara sukerela. Memang kesian. Kami bukan memberi rasuah tetapi upah atas kesungguhan mereka bekerja menjaga kelancaran lalu lintas. Memang ujian betul hari ni. Sabar jelah.

Baik, itu pasal pengajian Kelas Syeikh Yusri.

Tadi sempat membaca posting menarik. dan suka aku untuk memberi sedikit respon kepada Tajuk dia Kalau ana di beri peluang belajar di azhar ana takkan pergi” sebabnya dia kata tak boleh belajar kepimpinan dan pelajar mesir tak pandai nak urus program."

Menarik, Tertarik dan sedikit lawak dengan posting sahabat Ust Syafiq Hilmi diblognya. Mungkin ada sahabat kepada sahabat beliau yang belajar di Mesir kemudian pulang ke Malaysia tetapi tidak minat / jarang menyertai serta mengendalikan program menyebabkan beliau rasa semua pelajar Al-Azhar tidak pandai menguruskan program. Dan mungkin juga apa yang ada dalam gambaran beliau di Mesir ini hanya belajar,belajar dan belajar. Takpelah, mungkin beliau kurang pendedahan tentang keadaan sebenar di Mesir.


Sukalah untuk aku terangkan sedikit apa yang ada di Mesir. Untuk makluman sahabat kepada Sahabat ana, Persatuan pelajar yang menaungi pelajar-pelajar Malaysia iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sudah berusia hampir 80 tahun yang ditubuhkan sejak 1930 lagi. Lebih daripada usia Negara kita merdeka.

Dibawah PMRAM pula bernaungannya 12 BKAN @ Badan Kebajikan Anak Negeri termasuklah Singapura dan 8 Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM). Bukan sekadar MPP sebuah Universiti sahaja tetapi seluruh pelajar-pelajar Malaysia di Mesir yang jumlahnya hampir ataupun lebih 10 000 orang.

Sedarlah sikit wahai ‘beliau’. Rajin-rajin layari internet, tengok Website PMRAM @ HEWI. Kat blog aku nih pun aku dah linkkan Website setiap BKAN dan DPM. Klik jer, Rajin2lah bukak yer.. Kesian betul nengok. Mungkin dia baca surat khabar Metro jer kot. Huhu..



Kami disini bukan sahaja disibukkan dengan aktiviti pembelajaran tetapi terlalu banyak aktiviti sampai tak terkejar dibuatnya. Kalau antum/korang suka menulis, bersajak, mengarang novel dan sebagainya PMRAM ada KELAP (Kem Latihan Penulis) . Suka jadi pengacara atau moderator, ada VOICE of PMRAM. Peserta akan dilatih semasak2 selok belok bidang pengacaraan.



Nak apa lagi? Minat bidang Multimedia, PMRAM ada PMC. Korang akan didedahkan dengan teknik2 menyunting serta membuat audiovisual. Designer, Kartunis, nak terbitkan Komik dan banyak lagi la. Suka bentang kertas kerja atau minat bidang pengurusan dan pentadbiran? PMRAM ada Pusat Sumber Tenaga (PESAT). Kalau nak calon diri sendiri jadi Badan Pengurus (BP) PMRAM pun boleh. Kalau rasa diri tu pandai sangat handle program dan uruskan pentadbiran.

Minat bertalaqqi, rasa otak teramat brilliant, tak cukup dengan kelas-kelas talaqqi yang sedia ada. PMRAM anjurkan pulak Pengajian Ilmiah Bersama Syeikh., Kelas Tafaqquh, Kolokium, Kejora, Kelas Tutorial dan banyak lagilah nak sebut.

Minat bersukan, sampai GILA SUKAN, PMRAM anjurkan Kejohanan Futsal, Bola Sepak piala Presiden. Rasa kuat lagi kaki dan tulang empat kerat. Nuu.. Pergi naik Semenanjung Sinai dan seandainya merasa diri terlalu mahabbah dan teramat kasih dan penyayang boleh luahkan dalam Hari Keluarga. Huhuhu..


4 komen mengomen :: Apa, awak ingat kat Mesir ni belajar je ke? Ish3.. Kesian.

  1. Salam.

    X kesah la belajar di mana2. Asalkan tentukan niat sebenar kenapa menuntut ilmu.

    Ana x faqih sangat bab-bab ni,jauh beza dengan Ust Amin.

    Ok lah.

    Wallahu a'lam.

  2. cantik menarik tertarik ditarik tarik.........
    rama benor atas motor tu..... huhu mesir gitu gop ke??paka helmet dop?? huhu.....

  3. Salam min

    emosi nmpak.huhu
    nk buat mcmner min kita husnu zhan jer la erk..mgkn dia x thu kot..

    sesiapa yg x pernah merasai dia x akan mengetahuinya kan??

  4. Salam ya akhi..

    Tersenyum sahaja. Setelah membaca blog sahabat akhi itu, emh, boleh dikatakan agak sempit pemikiran sahabat itu. Ana lebih tertarik dengan kenyataan dari sahabat akhi, ahlitasawuf.blogspot.com.

    Sebenarnya semua benda, semua perkara, kita tak boleh nak cakap sapa yang terbaik dan siapa yang tak bagus. PMRAM melakukan semua aktiviti-aktiviti di atas atas waqi' di sana. Begitu juga di Malaysia, cara yang dia terima adalah melalui cara waqi' di sini.Ada sebab dia berkata demikian, dan kita semua sepatutnya meraikan..

    Sama-sama kita jangan mencerca atau mencela siapa-siapa. Kalau diteruskan cela mencela, dah, siapa nak beralah ni. Hihihihi..

    Ana kagum dengan sahabat-sahabat PMRAM sebenarnya, dan ana juga kagum dengan sahabat-sahabat di Malaysia. Ana kenal dengan kedua-dua waqi' ini dan kerana itu semoleknya, raikan..

    Kita jarang nak meraikan pendapat-pendapat orang. Kenapa tidak kalian cuba untuk perbaiki alasan-alasan manusia yang mengatakan sedemikian dari mengambil peluang menulis di blog...ada serupa macam cakap dengan patung tak kalau hanya menulis di dalam blog sahaja? (",)..

    Pasti ada sebab dia berkata sedemikian dan pasti ada sebab juga kawan kepada kawan dia mengatakan sedemikian yang terang-terang belajar di sana. Pasti ada sebab. Tanamkan pada diri, pasti ada sebab dan raikan dan cuba pula perbaiki. Janganlah amalkan budaya mencerca di dalam blog. Ana tegur kerana Allah.

    Sahabat tu hanya berkata pada seorang sahabat sahaja, tapi kalian ni mengatakan kepada seluruh di dalam dunia internet yang barangkali boleh mencecah berjuta-juta membacanya.

    Setiap org berhak memberi pendapat sebenarnya dan siapa yang melenting tulah yang sebenarnya nak mengaku dirinya terhebat dan sempurna sedangkan tiada siapa pun di dalam dunia ini yang sempurna melainkan hanya Allah swt (",)..ana tegur kerana Allah, dan maafkan ana andai mengguris hati.

    Raikan..Dalam jiwa kita kurang sifat utk meraikan pendapat manusia sekeliling. Ana tegur kerana Allah kerana ana selalu melihat golongan yang belajar agamalah (umum) yang selalu sahaja menjadi bahan fitnah pada masyarakat sekarang.

    Sekali lagi, ana tegur kerana Allah, dan marilah kita raikan setiap pendapat-pendapat manusia di sekeliling. Jujur, sahabat-sahabat PMRAM yg menjalankan organisasi atas juga mempunyai masalah ttg pemikiran spt sahabat kepada sahabat yg belajar di azhar. Dan ana juga terpaksa betulkan fahaman seorang pelajar mesir yg kurang mengambil kesempatan utk terlibat dgn PMRAM. Tak salahkan, kalau kita sama-sama menolong. (",)..Apa yg penting, bukan kita lakukan ini kerana "Awak kat mesir, saya kat malaysia" atau "Awak kat malaysia saya kat mesir."

    Tidak, kita lakukan pertolongan ini kerana kita memegang kalimah tauhid yang satu dan kita lakukan kerana Islam. Di mana pun kalian, kita masih saudara sesama islam. Igt, "Kerana Allah, demi islam, kita berjuang.."

    (",)..Maafkan ana andai terguris, ana tegur kerana Allah. Dan mudah-mudahan kita sama-sama meraikan apa jua pendapat dan sama-sama memperbaikinya...(",)

    Wassalam

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers