The Battle Of Al-Azhar



Egypt's government exercises substantial control of the Al-Azhar mosque and university [EPA]

The controversy surrounding the legacy of Sheikh Mohammed Sayed Tantawi, the head of the Al-Azhar mosque and university who died last week, is more complex than many would expect.

Some of his critics viewed him as the theological functionary through which the state marketed not only its brand of Islam, but also other government-sanctioned social and political policies. His supporters championed him as a reformist, particularly for women's rights.

But most crucially, his sudden death has reignited the centuries-old battle over the independence of Al-Azhar, regarded as Sunni Islam's highest seat of learning.

Unlike Catholicism and Shia Islam, Sunni Islam was established and maintained through decentralised governance.

It knows no clergy and reveres no saints; in essence, Sunni Islam has maintained that there is no interlocutor between man and the divine.

Read more : Al-Jazeera English

Sudah beberapa minggu Kuliah berjalan. Dan selama itulah Kerusi Syeikhul Azhar masih belum ada pengganti.

Tertarik dengan tajuk berita di Laman Al-Jazeera. Entah kenapa, akhir-akhir ini aku lebih suka membaca berita di akhbar-akhbar antarabangsa. Mungkin kerana berita mereka lebih berkualiti dan menyentuh isu-isu Ummat Islam berbanding akhbar tempatan.

Mungkin beritanya dalam Bahasa Inggeris, maka ramai yang kurang mahu membacanya. Amatlah menyedihkan sebagai seorang pendokong Islam yang mahu menyebarkan Islam, perkara kecil sebegini kurang diambil perhatian. Aku bukanlah hebat dalam menguasai bahasa Inggeris, tapi cukuplah sekadar boleh memahami.

Aku tidak katakan Bahasa Inggeris bahasa yang paling mulia, kerana bahasa Al-Quranlah yang paling mulia, bahasa Syurga dan bahasa para nabi. Namun selagi bahasa Inggeris menjadi bahasa pertuturan antarabangsa. Maka perlulah kita kuasai.

Tetarik dengan tajuk The Battle Of Al-Azhar. Menceritakan bagaimana detik-detik penubuhan Universiti tertua dunia yang juga merupakan tempat pembelajaraan yang dikuasai oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dan ia sepatutnya dikekalkan sampai bila-bila.

Institusi Waqaf ini suatu masa dahulu merupakan institusi Islam yang tertinggi, disinilah fatwa-fatwa dikeluarkan dan menjadi penasihat kepada empayar Turki Uthmaniah. Maka ditubuhkan jawatan tertinggi Syeikhul Azhar. Sebagai penghormatan kepada Ulama' yang paling terkemuka setiap zaman.

Walaupun Syeikh dipilih oleh Jawatankuasa Sarjana Al-Azhar dan kemudian perlu disahkan oleh pihak Kerajaan Utmaniah. Sekurang-kurangnya Syeikh memiliki kuasa autonomi.

Autonomi inilah yang menjadi pelindung para sarjana Islam daripada campur tangan pihak berkuasa, menyediakan dana untuk sekolah-sekolah, bahkan tentera.

Hanya pemilik asal waqaf yang berkuasa memilih penerima manfaat. bahkan langkah-langkah pelindungan diwujudkan termasuklah peruntukan Negara supaya pewaris tidak boleh mewarisi pemilikan Waqaf selepas pemiliknya meninggal dunia.

Namun peranannya saban tahun cuba dilemahkan. Semasa pemerintahan Mohammed Ali Pasha, pada tahun 1812 beliau telah menolak Syeikh yang dipilih oleh Jawatankuasa tetapi meletakkan pilihannya sendiri.

Dia juga memindahkan kuasa Waqaf dan menyatakan semua pendapatan waqaf boleh digunakan untuk membangunkan projek-projek besar negara.

Tindakan kerajaan mengambil alih pengurusan Waqaf dianggap sebagai bertentangan dengan hukum Islam.

Untuk melemahkan lagi peranan Al-Azhar, dizaman penjajahan Inggeris, ditubuhkan pula jawatan Mufti bagi menggantikan Syeikh Al-Azhar sebagai Ketua Ahli Feqah Islam.

Lebih malang lagi, selepas Revolusi Mesir tahun 1952, Gamal abdel Nasser membawa pentadbiran Waqaf untuk diletakkan di bawah Kerajaan sepenuhnya.

Beliau juga menguatkuasakan undang-undang baru yang memberikan kerajaan hak untuk memilih Syeikh Al-Azhar. Maka semakin lemah kuasa autonomi yang diberikan kepada Al-Azhar.

Dalam 4 dekad terakhir. Kuasa Al-Azhar telah dibahagikan kepada 3 Institusi Kerajaan.

1. Kementerian Waqaf (Menguruskan Hal Ehwal Islam / Sumber Kewangan untuk terus memastikan ekonomi dan perjalanan Al-Azhar)

2. Institusi Mufti

3. Kementerian Keamanan dan Al-Azhar kemudiannya diserahkan kepada Lembaga Pelajaran yang dikendalikan oleh seorang Syeikh yang dipilih kerajaan.

Pemilihan Syeikh Al-Azhar kali ini akan menjadi sedikit sukar sekiranya calon-calon yang dipilih oleh Jawatankuasa adalah seseorang yang boleh membawa Al-Azhar bebas daripada cengkaman kerajaan.

Dan menjadi semakin sukar kerana pemilihan Syeikh tersebut dibawah telunjuk Husni Mubarak, Presiden Republic Arab Mesir.

1 komen mengomen :: The Battle Of Al-Azhar

  1. salam sahabat...ssetengah bukn xnk baca b iggeris xp xpham saudara paham alhamdullah...xp cuba saudara letak tempat saudara di tempat sahabat2 kita yg lain....yg xberkemampuan serba serbi

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers