Berita Lawak Jenaka 1Malaysia.. Hahaha..


Klik gambar untuk lebih jelas. Boleh lihat berita asal di Pelawak No 1 Malaysia.. Hahaha..
Lepas atau masa korang tengah baca ni kompem terguling-guling macam tenggiling.. kahkahkah..
(Untuk Makluman, bukan kejadian yang lawak, tapi berita yang dilaporkan, sekian)

Berita ni aku amik dari MuraiKini

Pertama :
(Berita dari Web UM-NOOOOoo)
PELAJAR MALAYSIA MAUT JATUH BANGUNAN DI KAHERAH

Kaherah 12 Mac - Gelak tawa berakhir dengan tangisan apabila seorang pelajar Malaysia, Wan Farhan Bin Wan Han maut akibat terjatuh dari tingkat 4 sebuah bangunan di Kaherah. Peristiwa dipercayai berlaku apabila pelajar tersebut dikatakan bergurau bersama temannya dan menaiki sebuah kerusi sebelum terjatuh terus ke tanah.

Pelajar perubatan tahun 1 tersebut telah mengikuti pengajian di Universiti Tanta, Kaherah. Arwah Wan Farhan dikebumikan di kaherah atas persetujuan keluarganya, mandi jenazah, sembahyang serta pengebumian telah dilakukan oleh pihak MSD dengan bantuan pelajar ahli-ahli Kelab UMNO Kaherah di sana.

Sama-sama kita memberi sedekah al-Fatihah kepada Allahyarham Wan Farhan, semoga rohnya ditempatkan bersama-sama golongan orang-orang beriman.

Kedua :

Pelajar Perubatan Cawangan Tanta Meniggal Dunia Di Iskandariah


ISKANDARIAH, 11 Mac - Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di jurusan Perubatan di Universiti Tanta, telah meninggal dunia kelmarin akibat terjatuh dari balkoni tingkat 4 di sebuah bangunan di Iskandariah. Allahyarham dikenali sebagai Mohd Sarhan bin Ahmad Khan merupakan penuntut tahun satu Fakulti Perubatan Universiti Tanta.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 10 malam waktu tempatan (4 pagi waktu Malaysia) dan pihak polis mengelaskan kejadian tersebut sebagai kemalangan tanpa sebab. Ini berikutan hasil siasatan yang dilakukan, tiada saksi khusus yang menyaksikan kejadian tersebut berlaku.

Jenazah Allahyarham Mohd Sarhan telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Keledang yang merupakan tanah perkuburan baru bagi warganegara Malaysia. Presiden PMRAM, Saudara Abdul Mu'izz bin Muhammad, bersama-sama dengan Presiden PERUBATAN, Saudara Muhammad Husaini bin Salleh, telah menyempurnakan jasad allahyarham di salah sebuah hospital di Iskandariah.

Jenazah allahyarham telah disembahyangkan di Dataran Kompleks Hayyu 'Asyir, Kaherah dan telah di bawa ke tanah perkubuiran selepas itu. Pihak PMRAM merakamkan sekalung ucapan takziah kepada keluarga allahyarham atas pemergiannya dan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan berada di dalam golongan orang-orang yang soleh.

Ulasan :

Hakikatnya berita ini telah pun diketahui umum. Saya tidak pasti, samada berita yang disiarkan di dalam web Kelab UMNO itu adalah kes yang berlainan, ATAU berita tersebut salah. Sekiranya berita ini salah, maka suka untuk saya betulkan beberapa kesalahan tersebut.

1. Nama mangsa


Nama sebenar mangsa bukanlah Wan Farhan Bin Wan Han. Tetapi nama sebenar beliau ialah Ahmad Sarhan bin Ahmad Khan.

2. Bagaimana boleh terjatuh?

Di dalam web Kelab UMNO mengatakan bahawa dia terjatuh disebabkan bergurau dengan teman, dan terjatuh disebabkan duduk di atas kerusi. Tetapi apa yang terjadi sebenarnya, tiada saksi yang mengetahui bagaimana dia boleh terjatuh.

3. Universiti Tanta, Kaherah?

Tidak pernah saya temui Universiti Tanta yang terletak di Kaherah. Bahkan kes ini dikatakan berlaku di Kaherah. Buat malu.

4. Ahli Kelab UMNO membantu?

Entah. Tidak pula kelihatan ahli UMNO ketika pengebumian tersebut. Ketika solat jenazah juga tidak kelihatan. Entah.. Mungkin saya yang tidak ternampak. Anda boleh klik di sini

5. Tempat kejadian

Memang benar, mangsa jatuh dari tingkat 4. Tetapi ia berlaku di Iskandariah. Bukan di Kaherah sepertimana yang diberitakan di dalam Web Kelab UMNO.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar


Komen MuraiKini :
Kelab UMNO Mesir memang suka MENCAPAP. Dah la publisiti rekaan!! sebentar nanti MuraiKini akan memberi link blogger-blogger mesir yang berada ditempat kejadian.

p/s : sama-sama sedekakan Al-Fatihah untuk Allahyarham. ~ Al-Fatihah ~

2 komen mengomen :: Berita Lawak Jenaka 1Malaysia.. Hahaha..

  1. lawak3..hehe..

  2. salam..
    buat malu ja..
    nak menipu agak2 la sikit.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers