Haha..... Dapat anugerah.


Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, ada jugak peluang nak update blog walaupun susah untuk mendapatkan waktu lapang dan peluang menggunakan broadband. Hehe..
Dan Alhamdulillah 3 Hari 2 Malam baru ni dapat bersama Ibunda & Ayahanda tercinta dalam Trip Umrahnya, sempat ziarah 4 Hari di Mesir ni. Asif, gambar & berita takleh update lg sbb ada prob dgn External HArdisk. Mungkin diserang virus lg. Huhu..

Update pasal award dulu la sebab tak banyak gambar. Hehe..
Pertamanya Alhamdulillah, ada jugak orang yang sudi nak bagi anugerah kat blog "buruk'' ni. Haha.. Jazakillahu khairan jazak kepada Disebalik Kaca Istanaku. (Moga dengan award ni lebih semangat untuk berdakwah melalui penulisan, walaupun tak bagus sangat, INsyaAllah, setakat yang termampu)

Syarat-syarat nak ambil award ini :

1) Thank and link the person who gave you the award.
2)
Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
3) Contact said Blogs and let them know they've won the award.
4)
State 7 things about yourself.


The task..

1) Thank and link the person who gave you the award.

Jazakillahu Khairan Jazak kepada Disebalik Kaca Istanaku. Blog beliau cukup ilmiah dan banyak menyiarkan artikel berkaitan muslimah dan yang berkaitan dengannya. Kepada Muslimah amatlah bagus untuk melayari blog ini.

2) Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.

Dan InsyaAllah anugerah ini akan diberikan kepada mereka yang rajin mengupdate blog dan ana rasa ia menarik untuk dibaca dan dikongsikan bersama. Harap-harap mereka terima. Kalau tak terima pun cukuplah sebagai satu penghargaan dari ana. (Warning! Sila ambil sebab aku dah tolong promote blog2 korang kat sini. Hehe)

1. Ust Ahmad Fahmi (Seorang Murabbi bagi aku dan seorang pemikir)
2. Ust Syukri Nazar (Juga seorang murabbi dan seorang yang giat berdakwah dan hidup dengan Ilmu)
3. Ust Ahmad Ulwan (blog yang sangat Ilmiah dan membawa kita untuk berfikir sejenak tentang peranan kita sebagai seorang Mahasiswa/penuntut Ilmu.)
4. Ust Ahmad Muzani (Blog yang banyak membicarakan tentang sahabat-sahabat seperjuangan dan banyak memberi peringatan untuk sama-sama kita hayati)
5. Ust Tengku Khairul Idham (Naqib ana masa sekolah dulu. Seorang yang selamber dan cool)
6. L bro M (Bisa membuat jiwa ini terasa panas dengan isu-isu yang ditulisnya berkaitan isu semasa dan umat Islam sekarang)
7. Syazwan Safwan.Com (Terlampau Ilmiah serta tersangat menarik untuk dibaca, hehe..)
8. Sphere Life (agak ringan untuk dibaca serta cukup simple namun ada mesej yang ingin disampaikan)
9. Warna-warna Kehidupan (Memang penuh warna betul hidup beliau)
10. Kak Afzan (blog yang juga Ilmiah)
11. SufyGirl (Blog Muslimah)
12. Dr. Anas
13. Ust Fahmi
14. Ust Mustaffahmi
15. Haa.. kepada yang anda sedang membaca ni. Sila ambil yer award nih. Jazakallahukhair.

3) Contact said Blogs and let them know they've won the award.

Kepada nama-nama yang tersenarai sebagai pemenang anugerah. Harap sudi menerima anugerah ini dan sebagai satu penghargaan daripada amin-menulis atas usaha kalian untuk berdakwah di alam maya ini. Semoga perjuangan kalian akan dibalas oleh Allah. Teruskan usaha kalian untuk menyemarakkan lagi semangat untuk menegakkan Kalimah La ilaha Illallah. Dan teruskan berkarya bagi mencetuskan idea dan pemikiran baru dalam mendepani masyarakat masa kini. (Perghh.. Skema giler, cam pekse UPSR je rasa. Haha)

4) State 7 things about yourself.

1. Nama diberi Muhammad Al-Amin bin Salleh bin Farmin. Hamba kepada Allah.
2. Dilahirkan di Kluang Johor, tetapi belajar Di Terengganu hampir 10 tahun dan sekarang menetap di Kajang, Selangor.
3. Sedang melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dalam Kuliah Syariah & Undang-undang, Jabatan Syariah Islamiah.
4. Anak ke 7 daripada 8 orang adik beradik dan dibesarkan oleh Ibu & Ayah yang sangat penyayang serta menitik beratkan soal agama walaupun mereka bukanlah lulusan agama. 2 orang Abang yang hensem, 3 Orang Kakak yang
"Comel kot" (ahaha.. jangan nak perasan yer) dan seorang adik lelaki. Mempunyai 2 orang anak sedara yang comel & Kiut.
5. Seorang yang suka mengembara, mengetahui hal-hal semasa, dan suka mengambil gambar/video.
6. Minat untuk menjadi seorang Designer dan perkara yang berkaitan dengan Multimedia & Kreatif.
7. Cita-cita tertinggi pastilah ingin mati Syahid Fisabilillah.
Tambahan..
8. Saya tak berhajat untuk memegang mana-mana jawatan dalam persatuan. Huhu.. Namun sedia untuk berkhidmat. (Bawab/kuli sudah la..)

Sekian. terima kasih. Mintak maaf lah yer kalau ada yang takde dalam senarai. Tak muat nak tulis banyak2.

0 komen mengomen :: Haha..... Dapat anugerah.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers