Hari Terakhir Di Kelas Sheikh Rahimuddin..

"Aneh bangat ya, masakan seorang yang bergelar pelajar, bisa menghabiskan masanya dengan berjalan-jalan.?" Kata Sheikh ketika menceritakan detik mula dia menjejakkan kaki di bumi anbiya' ini.

"Kita ini kan pelajar, tanggungjawab kita untuk belajar. Saya masa mula-mula hadir disini. Satu tahun setengah. Hanya duduk dirumah. Membaca kitab-kitab muallafat Imam Al-Ghazali. " Cerita Sheikh lanjut.

"Lalu, seorang senior bertanya kepada saya. Loh, kenapa baca kitab-kitab ini, kan susah? Enggak usah baca. Tidak ada pelajar Mesir yang baca karya Imam Al-Ghazali. Yang mudahnya kitab Imam Yusuf Al-Qardawi."

"Justeru itu saya jadi lagi emosional. Loh, kita kan pelajar. Memang tanggungjawab kita untuk belajar yang susah-susah. Itu bedanya kita dengan orang awam. Belajar yang susah dulu, yang mudah nanti akan jadi lebih mudah." Ulas Sheikh penuh semangat.

"Saya langsung pergi ke Toko buku di Attabah, saya nanyakan toke toko buku tersebut. Muallafat Imam Al-Ghazali ada berapa? Lalu dibilang ada 15. Baik, saya mahu semuanya! Lantas saya pulang, saya rujuk kamus, sampai hancur kamus tersebut. Tiap2 hari tidak keluar rumah, hanya makan KFC. Telefon aja. Sampe operator yang jadi, belum cakap apa sudah oke. Yalah, tiap2 hari nelefon, sudah kenal." Semua yang ada kagum sambil ketawa melihat Sheikh ketawa menceritakan kisah hidupnya..

Jauh berbeza dengan kita.

Kerinduan terhadap Syeikh akhirnya terubat bilamana dapat mencium tangan Syeikh dan menghabiskan kelas Tafsir Jailani buat sesi kali ini.

Syeikh bakal berangkat ke Malaysia 2 hari lagi.

__________________________________________________________________

"Skanderieh! Skanderieh!" Laung seorang ammu tremco. Lalu bertanya kepada aku. yang melintas dihadapannya "Iskanderiah?" aku hanya berlalu sambil menggeleng kepala.

"Mahalla, mahalla!" Laung ammu yang sorang lagi pula. Suasana riuh rendah.. Masing2 mahu mencari penumpang masing-masing. Aku, Bukhari dan Shakir tercari-cari dimanakah tempat menunggu tremco untuk ke Tanta. Dicelah-celah keramaian manusia itu akhirnya kami bertanya kepada seorang ammu.

"Fain, tremco ila Tanta?"

"Oo.. hina, gai.." Jawab ammu ringkas.

Kami bertiga duduk tercegat disitu buat beberapa ketika. Hanya sekadar memerhati gelagat masyarakat Mesir yang bermacam ragam dan gaya.

Dari kejauhan aku melihat 2 orang pemuda bersaing mendapatkan pelanggan untuk datang ke kedai Qusyarinya. Sejenis makanan kegemaran arab mesir.

Pertama kali aku makan ketika baru selesai berurusan dengan syu'un di Al-Azhar. Sebuah kedai makan yang terletak begitu hampir dengan pagar utama Universiti tertua dunia itu.

Ust Abd Rahman Mut'ie agak kagum kerana aku mampu menghabiskan semangkuk Qusyari. Sudah menjadi adat, agak ajaib mereka yang berbadan kecil seperti aku boleh menghabiskannya. Bagi mereka yang bukan berlidah arab, mungkin termuntah dibuatnya.

Sememangnya, orang arab lebih mengutamakan kandungan karbohidrat makanan yang dimakan untuk membekalkan tenaga kepada mereka berbanding rasanya. Kerana umum sudah mengetahui makanan arab biasanya tidak berkuah dan masam.

Hampir setengah jam kami menunggu, tiba2 mereka yang berdekatan berlari-lari berebut untuk menaiki tremco. Rupanya, tremco tersebut menuju ke Tanta. Kami sekadar memerhati, kerana mustahil untuk kami menaikinya jika hendak beradu tenaga dengan arab yang lebih besar dan gagah.

Azan manghrib berkumandang, Shakir segera mencari masjid yang terdekat untuk menunaikan solat jama' qasar, kerana sampai di Tanta nanti pastinya dia sudah tidak boleh melakukan hal demikian kerana bermukim disana. Kami mengambil keputusan untuk menunggu kalau2 ada tremco yang datang.

10 minit berlalu, sebuah tremco siahah tiba. Kami segera mendapatkan tempat sambil menyimpn sebuah kerusi untuk Shakir. Namun, setelah beberapa minit, shakit tidak muncul. ammu tremco menyuruh kami turun semula kerana tremco yang dipandunya mahu bergerak cepat dan menyuruh kami menunggu tremco yang lain.

"Adeh, tremco sedap ni. Lambat plak Shakir ni" Aku merungut dalam hati. Bukhari masih lagi cuba menghubungi telefon bimbitnya. Namun gagal.

"Menghadap Allah itu lebih utama, jangan mengeluh apabila kita terpaksa melepaskan sesuatu yang berharga hanya kerana seseorang terlambat semata-mata menunaikan kewajipan kepada tuhan-Nya, memang patut kami ditinggalkan kerana tidak mengutamakan Allah dalam perkara ini, walaupun kami boleh sahaja jama' ta'khir, walhal jama' taqdim boleh dilakukan." Bisikan halus meredakan hati.

Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk bergerak menaiki train/metro ke Hentian Shuobra El-Khaima. Disana lebih mudah mendapatkan pengangkutan. Setelah membeli tiket berharga LE1.00 untuk kemana-mana hentian. Kamu melintasi Mubarak, Masarra, dan beberapa hentian sebelum tiba di stesen terakhir, Shoubra El-Khaima.

Setibanya disana kami terus mendapatkan Tremco yang masih kosong. Kebetulan muat untuk kami bertiga. Alhamdulillah. Allah memudahkan perjalanan kami.

Perjalanan dari Shoubra El-Khaima memakan masa hampir sejam lima belas minit. Sampai di Tanta kami berhenti dipersimpangan yang entah apa namanya. Shakir membawa kami menuju ke Cyberbay atau bahasa arab siberbei dan akhirnya kami tiba di Kahraba'. Kerana kedudukan yang hampir dengan pencawang elektrik.

Suasana cukup hening dan angin malam begitu sejuk menyambut ketibaan kami. Cukup berbeza dengan bandar besar Kaherah yang sentiasa sibuk dan sudah mula menunjukkan petanda musim panas bakal hadir.

_________________________________________________________________

Teringat pagi 2 hari lepas semasa kelas Sheikh Rahimuddin, di Rumah Terengganu Hayyu Asyir. Setelah hampir sejam kelas berjalan, badanku terasa amat letih dan cukup tidak bermaya. Sayang rasanya mahu meninggalkan kelas, namun aku gagal melawan nafsu. Kugagahkan kaki melangkah kekamar merehatkan badan. Lantas terlelap.

Tiba2 terdengar deringan handset. Siapa pula yang menelefon waktu-waktu begini?

Tertera di skrin, "Ust Bukhari" ada apa pulak agaknya ni?

"Assalamualaikum, min ada kat mana tu?" lantas persoalan itu dihujam ketelinga yang masih belum sedar.

"Ada kat bilik, baru bangun tidur. Ada pe?" balasku malas.

"Nak pergi Tanta tak? Meh la teman ana."

"Nak pergi sekarang ke? Ana tak solat zohor lagi nih."

"Takdelah sekarang, enta gi solat2 lu siap. Lepastu kita pergilah."

"Ok.." Talian terputus. Lantas bergerak menunaikan solat. Mujur juga dia menelefon. Bisa saja aku terlepas solat zohor tadi. Astagfirullahalazim.

Entah kenapa, laju kaki melangkah mempersiapkan diri. Seperti robot yang mengikut arahan tuannya.

Usai sahaja Solat Asar kami bergerak menuju ke Ramsis. Namun kaki berat untuk melangkah keluar dari Kompleks.

"Eh, kori ana tak jadi pergilah. Sayang la nak tinggal kelas talaqqi. Kelas Syeikh Yusri esok pagi. Kelas Sheikh Nuruddin pun dan nak tangguh lusa. Kelas Sheikh Rahimuddin tak pernah sekali pun ana masuk sampai habis mungkin jugak lusa habis. Enta pergilah dengan Shakir." Balasku sayu..

"Eh, jom la min. Kesian kat aku nih. Takde2, mu kena pergi jugak!" Sambil menarik tangan aku turun dari tangga.

"Eh, enta paksa amin ke kori.? Kalau amin taknak pergi takpelah." Shakir lantas memahami.

"Takde2, dia saje je tu. Nok pergi sebenonyer" Kori lantas memotong.

"Hmm.. Kita pergi lusa la lepas Kelas Syeikh. Boleh duk lama sket kat Tanta." Balas aku cuba memujuk.

"Eh, kan dah janji dengan USt Amir nak datang. Entah-entah dia dah masak dan sediakan tempat untuk kita.'' Bukhari taknak mengalah.

Akhirnya aku juga yang kalah. "Ok2, tapi sehari je. Esok balik sini yer. Kalau enta tak balik ana yang balik sorang nanti" Huhu..

"Ok2.. InsyaAllah, kita balik esok. Hahaha.." raut wajah kori terus ceria.

Dalam hati terasa berat mahu meninggalkan Cairo. Ya Allah, ampunilah aku kerana tidak amanah dengan tanggungjawab sebagai penuntut ilmu.

Tapi takpelah, boleh jugak belajar kenal jalan dan tempat di Tanta. Hati cuba menenangkan.

__________________________________________________________________

Keesokannya, selepas Zohor aku, Ust Amir, Ust Shakir dan USt Kori sudah merancang untuk melihat suasana Kuliah Universiti Al-Azhar Tanta kemudian ke AwalBah, ke Maqam Syeikh Sayyid Badawi dan barulah kami bertolak pulang ke Kaherah.

Dari Kahraba', Cyberbay. Kami menaiki bas menuju ke Maqam Sidi Badawi. Walaupun nama yang diberi Cyberbay. Bukan bermakna ia sebuah bandar setilite yang canggih. Ia hanya sekadar perkampungan yang dihampar luas kehijauan pokok bawang dan gandum. Seperti berada di Kedah rasanya.

Dengan tambang 50kirsh. Kami tiba di Masjid Sidi Badawi. Didalamnya terdapat Maqam As-Syeikh Sayyid Badawi Rahimahullah. Didalam masjid tersebut juga terdapat berberapa MAqam lain iaitu Maqam As-Syahid Imam Mujahid, kemudian Maqam anak muridnya (tidak pasti namanya siapa) yang meninggal setelah melihat wajah Syeikh Sidi Badawi.

Diceritakan bahawa, tidak seorang pun pernah melihat wajah Syeikh Sidi Badawi kerana ia sentiasa dihijab/ditutup. Kerana wajahnya yang terlalu bercahaya dengan nur ianya tidak dapat dan mampu untuk dilihat dengan pandangan mata.

Suatu ketika muridnya meminta untuk melihat wajah Syeikh, apabila dibuka hijab lantas dia meninggal dunia kerana tersilau melihat wajah Syeikhnya. Wallahutaa'la a'lam akan kesahihan cerita yang aku dapat daripada Ust Amir.

Selepas melawat Maqam, kami berjalan di Sekitar Awal Bah dan minum asir disana. Melewati Ma'rad, kemudian berhenti di Kubri. lantas mencari tremco untuk pulang ke Kaherah.

1 komen mengomen :: Hari Terakhir Di Kelas Sheikh Rahimuddin..

  1. aduh..mcm novel perjalnn hidup la plak..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers