Honeymoon 3 Hari 2 Malam bersama Ibunda, Ayahanda & Mak Ndak Family

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, pada 21 Mac 2010 baru ni Ibu, Ayah, Mak Ndak,Uncle Mail & Nabilahs datang berserta trip jemaah Umrah & Ziarah. Mengikut jadual mereka akan berada di Mesir selama 3 hari, kemudian bertolak ke Madinah dan berada di sana 3 hari sebelum bertolak ke Mekah dan mengerjakan umrah selama 9 hari.



Mereka sampai di mator jam 4.30 pagi dan dibawa terus untuk Check In Hotel Europa di Syari' Giza dan dibawa melawat sekitar Kaherah, antaranya Kubu/Qal'ah Solahuddin, Masjid Amru, Maqam Imam As-Syafie dan beberapa tempat yang tidak sempat ana sertai kerana dah sepakat dengan sepupu ana Uda @ Ust Ishaq Hanis untuk ke hotel pada sebelah petang. Dan pada sebelah malam hanya berehat-rehat di Hotel. Masih dalam waktu quarantin/ membiasakan diri dengan waktu disini.

Keesokkan pagi selepas bersarapan di hotel. Kami terus bertolak ke Iskandariah seperti yang dijadualkan. Antara tempat-tempat yang akan dilawati adalah pesisir pantai Alex, Makam Abu Said Al-Mursi, Imam Busairi, Qal'ah Qaitbay, Perpustakaan Iskandariah dan Istana Farouq.

Hari kedua kami bertolak ke Alexandria @ Iskandariah

Tram/Train di Iskandariah. Teksi disini berwarna Hitam + Kuning. Di Mesir setiap muhafazah/negeri teksi berbeza. Kalau di Kaherah warna dia hitam je/ putih.


Pemandangan jalanraya di pesisir pantai Alex. Bersih dan kemas..
Jauh beza dengan Kaherah..


Istana Raja Farouk


Kemudian kami dibawa ke Montazah Water Sport, dalam kawasan Istana Faoruk jugak.


Uncle Mail, Mak Ndak, Nabilah, Ibu & Ayah. Berlatarbelakangkan teluk Montazah.

Jambatan ape tah nama. Montazah jugak kot..


setelah puas bergambar dan bersiar-siar dalam kawasan Istana Raja Farouk. Kami dibawa untuk makan tengahari di restoran Sabirin.


Restoran Fish Sabirin. Fish eja dalam bahasa arab. Haha..


Yang berserban tu Hj Jamil, Ketua Rombongan.


Makanan ni sepatutnya untuk Ketua Rombongan. Tapi tah camne leh hidang untuk aku, Ust Aniq Tanta (Pemandu pelancong) dan Ammu Magdi (Driver bus) plak. Huahua.. Dah rezeki, nak wat camner kan. Tak perasan plak menu kami lain. Tu pun Mak Ndak tegur. "Bertuah betul amin, menumpang jer dapat makan ikan 2 ekor & siap ada sup lagi." Hehehe.. Sori2.. haha..


Lepas Makan kami di bawa untuk solat di Masjid yang terletaknya Maqam Imam Abu Said Al-Mursi dan Maqam Imam Busairi dan solat zohor disana. Kemudian sebelum pulang kami singgah sebentar di Maqam Nabi Daniel. Namun takleh masuk sebab bangunan di pintu masuk hampir runtuh.

Sebab semua dah penat, tak jadi pergi Library. Terus pulang ke Kaherah. Hari esoknya pulak, selepas sarapan kami di bawa ke Giza yang berhampiran dengan hotel untuk menziarahi piraun @ lebih tepat Piramid.









Ibu berkata : "Kalau awak semua nak tahu, untuk buat piramid ni memerlukan 2.5 juta bongkah batu. tapi kalaulah amin yang buat & angkat sorang2. Gerenti boleh buat lagi besar daripada ni." Hehe..


Sempat mengukir nama di atas batu. Huihuihui.. jangan jeles.

Okeh, setelah berpenat lelah memanjat puncak piramid. Kami dibawa pula untuk makan tengahari di atas sungai Nil. Di Restoran Fish Boat Abu Zeid.




Uda @ Ust Ishaq Hanis sempat ag posing, Ibu & Ayah khusyuk makan.


Hehe.. Jangan jeles ek. Aku dapat makan pree jer numpang trip nih. Siap bertambah-tambah lagi tu. Pergh.. memang best.


Keluarga Hj Haron mengukir nama di Mesir sebagai pelancong paling sopan. Hehe..
Lepas makan-makan di Atas Abu Zeid. Kami dibawa pula ke Asfour Crystal. Dalam perjalanan semua dah kuyu jer mata. Mantuk..


Kapal kristal piraun..

Ibu & ayah sedang membayar "cincin" yang dibeli. Setelah puas meninjau-ninjau dalam show room. Kami ke destinasi terakhir hari ini. Souq Khan Al-Khalili di Masjid Sayyidina Husain. Juga berhampiran Universiti Al-Azhar, Kaherah.


Berlatar belakang Kuliah Universiti Al-Azhar.


Anjung Al-Atrak, Masjid Al-azhar.


Uda sempat lagi bersembang dan bergurau senda dengan bawab pengilat kasut ni. Fuhh.. jangan tengok sembarangan. Ammu ni Power tu bahasa Inggeris dia.. Cayalah ammu..



Masjid Sayyidina Husain, didalamnya terdapat Maqam cucunda Nabi S.A.W. Sayyidina Husain. Diakatakan terdapat kepala Sayyidina Husain yang dipancung ketika peristiwa karbala. lalu dibawa ke Mesir kerana yakin kecintaan orang mesir terhadap ahli bait nabi begitu tinggi.


Sebelum bertolak pulang.

1 komen mengomen :: Honeymoon 3 Hari 2 Malam bersama Ibunda, Ayahanda & Mak Ndak Family

  1. salam..

    perjalanan rombongan sama dgn rombogan mama ana datang hari tu..mesti best kan? jalan2 dgn mak ayah. bgus gambarnya.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers