Malam Taaruf Calon Kepimpinan PMRAM Meriah

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, malam tadi telah berlangsungnya Malam Taaruf Calon (MTC) 2010 yang telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM, bertempat di Rumah Selangor, Hayyu Asyir, Kaherah, Mesir. Selepas Isya'.


CALON-CALON YANG BERTANDING BADAN PENGURUS PMRAM SESI 2010/11 KECUALI JAWATAN PRESIDEN

SAF CALON KEPIMPINAN HAL EHWAL WANITA (HEWI) PMRAM SESI 2010/11. KESEMUANYA MENANG TANPA BERTANDING.

Dewan utama Asrama Darul Ehsan penut dengan penyokong dan ahli PMRAM daripada seluruh Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang bernaung di bawah PMRAM. Baik pelajar Perubatan mahupun Pengajian Islam. Semua turut untuk memberi sokongan kepada calon pilihan masing-masing, ada yang membawa sepanduk/kad yang tertulis nama calon pilihan mereka. Ada yang menjadi tukang sorak/memberi tepukan semangat setiap kali calon berucap dan bermacam-macam ragam lagi.

Tak kurang dengan keletah dan gelagat Calon-calon yang berucap menceriakan suasana. Ada yang berpantun ada juga yang bersemangat. Dengan penuh yakin, masing-masing menyatakan misi dan visi mereka. Walaupun berbeza dari segi lafaz namun tujuannya tetap sama. Iaitu membawa PMRAM bukan sahaja sebagai wadah perjuangan Mahasiswa, dan bukan hanya sebagai satu badan kebajikan, tetapi mahu memastikan bahawa PMRAM dapat bergerak mendepani masyarakat dan membawa Mahasiswa ke satu tahap yang tinggi serta menjadi sebuah badan dakwah dengan membawa suara Mahasiswa/wi Asia Tenggara di Mesir ke hingga ke peringkat antarabangsa/global.




Setelah 18 tahun tidak diadakan Pilihanraya Umum PMRAM, maka tahun ini merupakan tahun dan tempoh yang cukup mencabar terutamanya kepada SPR PMRAM yang sekian lama berehat, untuk memastikan Pemilihan atau Pilihanraya kali ini berjalan dengan lancar serta mencapai maksud dan tujuan selaras dengan matlamat penubuhan PMRAM iaitu untuk menyatukan seluruh Mahasiswa Islam Asia Tenggara di bawah satu badan/gerakan Islam serta mengelakkan perpecahan.

Aksi penyokong Saudara Zahid

Seperti yang telah digariskan oleh SPR PMRAM, dalam syarat-syarat dan peraturan berkempen. Sebarang unsur-unsur kenegerian atau assobiyyah sama sekali tidak dibenarkan. Kerana kita berjuang bukan untuk mendapat kuasa atas sebab kenegerian tetapi untuk berkhidmat kepada seluruh ahli dan untuk Islam. Maka hanya mereka yang layak dan benar-benar komited dalam memberikan khidmat akan dipilih oleh ahli. Daripada 12 orang calon Badan Pengurus yang bertanding. Hanya 9 orang yang akan terpilih memenangi kerusi Badan Pengurus PMRAM.

Namun, walaupun siapa pun yang terpilih. Pastinya ia telah Allah taqdirkan untuk memikul tanggujawab tersebut. Sepertimana fitman Allah s.w.t. "Tidak aku bebankan seseorang hamba itu melainkan dia mampu untuk memikulnya."

Dan kepada mereka yang tidak terpilih pula, jangan kecewa kerana kita bukan berjuang untuk mendapatkan kuasa tetapi untuk berkhidmat kepada Islam. Kepimpinan yang berkesan bukanlah berdasarkan jawatan yang disandang tetapi sejauh mana pengaruh kita kepada masyarakat. Walaupun seseorang itu tidak menjadi Presiden, tetapi pengaruh dia cukup kuat. Secara tidak langsung dia telah dilantik menjadi pemimpin namun bukan atas dasar jawatan.


Mahasiswa yang hadir memenuhi ruang sampai ke tangga dan lobi rumah Selangor.

Satu Fikrah, Satu Amal, Kita PMRAM.


0 komen mengomen :: Malam Taaruf Calon Kepimpinan PMRAM Meriah

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers