Merempit di Pagi Hari..

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Mesir kembali sejuk untuk beberapa hari.. Setelah kajian cuaca meramalkan bahawa angin dari Eropah singgah sebentar di Mesir untuk minum asir atau mungkin sahaja ziarah kemaqam auliqa'.

Dan ternyata ramalan itu betul, menyebabkan aku kembali mengigil setiap kali ke kelas Syeikh Yusri.

Sudah hampir setengah bulan aku menunggang motosikal ke Kelas Syeikh Yusri di Masjid Asyraf, Jabal Muqottom. Dan sudah beberapa kali juga aku terlewat. Kelewatan itu menyebabkan aku terpaksa bergerak pantas agar tak ketinggalan untuk mendengar syarahan.

Antara yang menjadi mangsa adalah penunggang dibelakang. Hehe.. Antaranya Ust Hairul Nizam, Ust Aiman, Ust Idham dan sekali bersama Ust Zahani. Merekalah yang biasa aku bonceng. Silih berganti..

Hari ini walaupun awal tetap sampai tepat2 Syeikh memulakan pengajian. Kerana faktor Subuh yang semakin awal menyebabkan pengajian juga bermula awal. Seawal 5.45 Syeikh sudah memulakan bacaan zikir. Tepat jam 6 pagi pembacaan Kitab Sunan Abi Daud akan bermula. Syeikh tidak akan menunggu walaupun siapa mereka.

Pembacaan akan tetap diteruskan. Kini sudah masuk tajuk yang kedua. Kitab/Bab Solat, selepas menamatkan Kitab/Bab Toharah semalam. Dan Alhamdulillah, dapat juga aku membaca ayat terakhit Surah As-Syura bersama Syeikh. Kerana hanya mereka yang duduk dihadapan akan diberi peluang untuk membaca satu ayat daripada surah-surah Al-Quran.

Hari ini betul-betul merempit. Haha.. Hanya mereka yang berkenaan yang tahu kenapa. Tanyalah Ust Aiman yang sedikit trauma dan mengigil ketakutan duduk dibelakang. Katanya insaaf dah nak naik dengan aku lepasni. Huahuahua.. Teruk sungguh perangai Azhari macam aku ni. Hehe.. Kalau ayah tau memang marah agaknye. Tapi mungkin tak jadi sebab rempit aku ke kelas Syeikh Yusri.

Tinggal beberapa hari saja lagi Ibu dan Ayah akan bertandang kemari. Serasa tidak sabar menanti saat itu muncul menjadi realiti.

Takziah juga kepada Sahabat tersayang Ust Ahmad Muzani yang kurang sihat buat beberapa hari. Betul katanya, rindu pada seseorang yang kita sayang bisa saja membuatkan hati tidak tenang, sihat menjadi sakit, lapar menjadi kenyang. Semoga cepat sembuh wahai sahabat. Begitu juga adiknya Ust Ahmad Zuhhad Attaillah yang baru menjalani pembedahan apendik. Kuatkan semangat, padukan tekad, Agar dapat sama-sama kita terus melangkah dengan semangat. Terima kasih atas pengorbananmu selama ini untuk sahabat-sahabat. Tak terbalas rasanya. Maafkan andai ada khilaf.

Buat Murabbiku yang sering dirindui. Walaupun mungkin jarang kita berhubung, namun kau tetap dihati ini. Engkau mengenalkan aku erti perjuangan, erti sabar dalam berjuang, erti pengorbanan. Bahkan Engkau curahkan segala-galanya untuk Islam. Hanya aku sahaja yang tidak endah dengannya. Maafkan aku wahai Murabbi. Ampunkan aku Ya Allah. Moga2 aku akan terus kekal di Jalan-Mu.

Semoga semangat untuk berjuang dijalan-Mu berakhir dengan Syahidnya aku di jalan-Mu.

0 komen mengomen :: Merempit di Pagi Hari..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers