Pegawai nak main cari harta karun ke?

Bismillahirrahmanirrahim,

Hmm.. Sedang duk sedap berjalan-jalan tengok blog. Tiba-tiba tertarik dengan kata-kata kat blog senior ana..

"Urusan permohonan zakat MAIDAM hampir selesai yang hanya tinggal untuk penyerahan borang kepada pegawai Terengganu sahaja. Kali ini, banyak rungutan diterima dari sahabat-sahabat Terengganu berkenaan kesulitan permohonan. Yang menghairankan kali ini, diwajibkan kepada pemohon menyediakan pelan kawasan tempat tinggal di Mesir. Harap ada manfaatnya."


Apekejadahnyela syarat ni ditetapkan? Pelajar-pelajar ni dah la jauh dari Kaherah, Malaysia lagi lah jauh. Nak selesai urusan borang tu pun satu hal. Ni nak pulak pelan tempat tinggal.. Tak pernah dibuat orang. Ni nak bagi zakat ke taknak nih?

Zakat tu bukan kamu punya. Tapi hak asnaf-asnaf zakat. Dahla kamu ambil upah dari duit zakat. Kamu tukar nilai dari yang sepatutnya. Sekarang nak main cari harta karun plak?

Apa punya pegawai da..

Hari tu kamu nak jalan-jalan makan angin dengan pelajar-pelajar baru. Habis merata kamu bawak mereka berjalan-jalan sampai tak sempat nak rehat. Hari nak main sorok-sorok plak? Walepak sungguh..

Tugas pegawai untuk memudahkan urusan pelajar untuk belajar disini. Tapi lebih menyusahkan lagi ada la. Alangkah bahagianya jika hidup tanpa manusia macam ni.. Tak faham aku. Dah diberi gaji, elaun, tempat tinggal. Masih nak upah lagi dari duit zakat tersebut.

Hai.. Jaga-jaga. Duit itu duit zakat. Haram ambil. Tambahan plak dikalangan asnaf-asnaf yang menerima ada dikalangan anak-anak yatim. Kau tanggung la dosa kat akhirat kelak. Makan harta zakat dan anak yatim. Title je Belajar lepasan azhar. Tapi kerana dunia, macamtu la jadinya..

1 komen mengomen :: Pegawai nak main cari harta karun ke?

  1. bagus min..mmg patut marah pun..من .استغضب ولم يغضب فهو مجنونSiapa yang dituntut marah tetapi dia tak marah,maka dia adalah org gila..memang patut marah pun,demi kebajikan pelajar..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers