Pengembara Hidayah

Selesai sahaja Halaqah Kitab Taalim Mutaalim di perpustakaan. Ahmad bergegas menuju ke Makmal komputer yang terletak bersebelahan dengan ruang perpustakaan. Segera dicarinya desktop yang kosong untuk dia menyingkap tabir dunia hari ini. Memang sudah menjadi rutin hariannya untuk melayari internet walaupun untuk seketika. Alhamdulillah, masih banyak yang kosong.
2 Minggu lepas notebook Apple kepunyaannya rosak tiba-tiba, entah, mungkin diserang virus dan kini sedang dibaik pulih. Namun itu bukanlah penghalang untuk dia tidak mengetahu berita saudara seagamanya.

Terkesan dengan hadith yang dibacakan kepadanya 10 tahun lepas sewaktu dalam usrah, waktu itu dia baru sahaja menamatkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) membuatkan dia perlu melayari internet setiap hari walau seditik.

Sabda nabi s.a.w. "Sesiapa yang tidak mengambil tahu urusan saudara seagamanya (Islam), maka dia bukanlah dari kalangan mereka."

Papan kekunci segera menaip. "www.worldbulletin.com" terpapar tajuk utama hari ini. "Seorang Guru di Belgium menang kes Hijab" Wah, menarik ni. Alhamdulillah. Getus hatinya.
Lantas di klik pada tajuk tersebut. Dibaca baris demi baris dan akhirnya habis.

"Hmm.." Mengeluh sendirian.

"Eyt, pelik betul aku dengan umat Islam sekarang ni, yela.. mereka yang duduk dekat negara orang kafir tu bukan main bersungguh-sungguh untuk mengamalkan ajaran Islam. Tapi kat Malaysia ni, selamber dek jer free hair. Bukan setakat free hair. Tiap-tiap hari berita pasti ada yang buang bayi, mangsa rogol, bunuh dan banyak la. Semua yang teruk-teruk. Siap boleh plak akhbar siarkan berita. "Artis #^*%@ Janda tapi masih bergetah". Sebunguk-bunguk berita atas dunia..

Ya Allah, takde berita lain ke nak papar? Bukan untuk mendidik tetapi merosakkan minda masyarakat.

Apalah nak jadi dengan masyarakat kita sekarang ni. Kalau baca akhbar 60% bahkan lebih, semuanya berita yang tak elok. Mengagungkan artis dan selebriti. Itu dan ini.

Hmm..

"Ya Allah, berilah hidayah kepada kaumku sesungguhnya mereka tidak mengetahui."

Inilah bala yang menimpa umat akhir zaman.

P/s : Sekadar contengan, xde idea nak tulis.

0 komen mengomen :: Pengembara Hidayah

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers