Pilihanraya Umum PMRAM dijangka meriah.






Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Buat julung-julung kalinya Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir atau lebih dikenali dengan PMRAM mengadakan pilihanraya umum bagi pemilihan Badan Pengurus (BP) PMRAM sesi 2010/11 semepena menjelangnya Muktamar Sanawi atau Muktamar Agung Tahunan atau boleh juga dipanggil Anual Grand Assembly (AGA) pada 10 April 2010 ini.

PMRAM yang kini telah berusia 80 tahun sejak penubuhannya pada tahun 1930 adalah satu-satunya Persatuan yang menaungi seluruh Mahasiswa Asia Tenggara dan majoritinya adalah pelajar-pelajar Malaysia disamping pelajar-pelajar daripada Brunei, Singapura, Filipina, Pattani & Indonesia. Terdapat 12 Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang bernaung di bawah PMRAM iaitu Selangor, Kedah, Terengganu, Pahang, Sarawak, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Kelantan, Sabah, Singapura dan Perak. Serta 8 Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) Iaitu DPM Tanta, Zagazig, Iskandariah, Shibin El-Khom, Shoubra, Damanhur, Dumyat dan Mansuroh.

Muktamar kali ini adalah Muktamar Sanawi PMRAM yang ke-77 dan Muktamar yang ke-23 bagi Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) PMRAM. Pada Muktamar ini hanya menyaksikan pemilihan BP, manakala jawatan Presiden tidak dipertandingkan kerana calon menang tanpa bertanding. Dan HEWI mencukupi koata yang diberikan.

Setelah sekian lama, tahun demi tahun pencalonan yang dibuka untuk melayakkan diri menjadi calon BP sentiasa mencukupi kuota. Namun kelaianan pada tahun ini apabila salah seorang calon menarik diri disaat akhir. Menyebabkan Suruhanjaya Pilihanraya SPR PMRAM membuka pencalonan untuk Badan Pengurus PMRAM.

Maka diharapkan kepada semua ahli PMRAM yang telah layak untuk mengundi menjalankan tanggujawab mereka untuk memilih calon Badan Pengurus PMRAM yang dapat merealisasikan misi dan visi PMRAM.
Dijangka pemilihan kali ini bakal menjadi Muktamar yang paling meriah dengan adanya kempen dan roadshow daripada calon-calon yang bertanding. Muktamar kali ini juga dijangka mendapat sambutan yang luar biasa daripada seluruh ahli kerana buat julung-julung kali selepas berpuluh tahun tidak diadakan Pilihanraya. Kali terakhir diadakan pilihanraya adalah sebelum pertukaran Yang Dipertua PMRAM kepada Presiden PMRAM.

Kepada semua ahli boleh menyemak daftar pemilih bermula hari ini sehingga sebelum pengundian dengan Unit Pendaftaran BKAN masing-masing. Dan saya telah pun berbuat demikian dan nama saya tersenerai dalam daftar pemilih Negeri Selangor Darul Ehsan.

Antara calon pilihan saya adalah Saudara Mohd Solehuddin Mohd Safien. Saudara Ahmad Huzaifah dan beberapa calon yang masih dipertimbangkan. Ayuh semua ahli PMRAM, laksanakan tanggungjawab anda. Pilihlah pemimpin yang benar-benar dapat menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin dan pilihan anda adalah rahsia. Hehe..

Sedikit mengenai calon pilihan saya.


Mohd Solehuddin

BIODATA

Nama : Mohd Salehuddin Bin Mohd Safien
Asal : Dungun, Terengganu
Umur : 23 Tahun
Pendidikan : Tahun 2 Sarjana Muda Syariah & Undang-Undang (Islamiyyah)
Jawatan semasa : EXCO Kebudayaan, Kesenian & Sukan KPT

Blog beliau : The Soldier Of Allah

KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN CALON

1- Seorang Hafiz Al-Quran 30 Juzu'
2- Bercirikan kepimpinan.
3- Berpewatakkan ceria, murah senyuman dan mesra rakyat.
4- Bersungguh-sungguh dalam kerja dan suka menolong orang.
5- Memiliki skill pengucapan umum yang mengujakan.haha3x
6- Mempunyai sebuah motosikal besar 'hammer'. (Motor beliau telah dikalahkan oleh saya sewaktu balik dari kelas Syeikh Yusri. Hehe.. gurau jer..)
7- Tauke broadband
8- Bergiat aktif dalam lapangan HPA Indusri dan berkeupayaan memajukan ekonomi.
9- Mempunyai banyak link dan kenalan yang menghubungkan seluruh Mesir termasuk juga Malaysia.
10- DAN yang paling penting, beliau masih lagi solo membujang walaupun mempunyai peminat yang ramai.


Ahmad Huzaifah

Ahmad Huzaifah bin Fauzi

Mahasiswa Al-Azhar, Takhassus Al Quran & Qiraat, Shoubra, Mesir.

ID/E-mel: ustazhuzaifah@yahoo.com ustazhuzaifah@gmail.com.
Tel: +2011 631 2426


Blog beliau : Keunggulan Zaman

0 komen mengomen :: Pilihanraya Umum PMRAM dijangka meriah.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers