Teguran di Subuh hari sebelum ke kelas Syeikh Yusri.. Jangan bawak laju-laju..




"Ust Amin, bawak perlahan-lahan sudah le.. Kat selekoh tu brek, takut ana naik dengan enta" Ngee~~ Luahan USt Hairul subuh tadi. Haha.. tergelak jer aku membalas.. "Ala ust, itu time lambat. Memang kena laju. Haa.. hari ni awal, INsyaAllah ana bawak slow jer.. Ok." sambil tergelak. Hahaha.. "Yela tu.."Jawab Ust Hairul sambil tangan mencubit lengan aku sebab loyar buruk. Ngeh3..


Akhirnya Ust Hairul bersuara juga. Ramai dah tegur sebelum-sebelum ni. Ust Soleh, Ust Idham, Ust Muzani, dan Ust Aiman la yang biasa jadi mangsa. Sori2.. InsyaAllah lepasni ana bawak slow. Tp dengan syarat kena pergi awal la. Hehe..Sebab macam pg tadi pukul 5.40 Syeikh dah start baca Hadith. Alhamdulillah sampai 5 minit sebelum mula. Syeikh tengah baca zikir lg. Sebab sekarang subuh awal, maka Syeikh akan start awal. Kalau sebelum ni pukul 6 boleh lagi bertolak dari kompleks. Sekarang, 5.20 dah kena siap-siap start enjin.

Namun, agak menyedihkan kerana Ammu yang bawak tremco bagi Ikhwah dah tak datang lagi. Sebabnya sikit sangat Ikhwah yang naik. Tak larat nak bayar. Ust Faisal pun dah bawak motor sekarang. Biasanya dia yang jadi mas'ul(ketua). Kesian kat Ust2 yang selalu naik tremco. Antaranya Ust Zahani, Ust Hakim dan beberapa orang ust dari selangor, takde kenderaan nak pergi.

Ikhwah memenuhi ruang hadapan, akhowat dibahagian belakang.

Mujurlah ana dah sewa awal-awal motor daripada Ust Mad Pahang. Jimat sket, sebab sejam LE3 je. Kalau tremco LE4 sorang. Jadi kalau kongsi motor dengan Ust Aiman dah jimat Le.150 je sorang.

Alhamdulillah, hari ni Syeikh dah baca Sunan Abi Daud dalam Bab Solat, bermula dengan Hadith yang ke 528 hingga hadith yang ke 538. Antara hadith yang dibacakan adalah berkenaan hukum seseorang yang keluar daripada Masjid selepas azan.

Syeikh menunaikan solat Dhuha selepas membacakan kitab sunan abi Daud..

Apa yang ana faham daripada hadith dan penerangan Sheikh adalah, sekiranya seseorang itu sudah berada didalam masjid ketika azan berkumandang, maka haram untuk dia keluar sekiranya tiada sebarang hajat/uzur. Kerana dia sudah berada di Masjid jadi kenapa tidak tunggu sebentar untuk solat jemaah bersama. Sekiranyu ada hajat seperti mahu mengambil wudhuk, sakit dan perkara-perkara yang mengharuskan kita keluar ia dibolehkan. Wallahua'lam.

Lihat gambar yg sempat diambil semasa kelas pengajian Kitab Sunan Abi Daud, Masjid Asyraf, Jabal Muqattam.



Pelajar-pelajar Malaysia beransur pulang.



Ust2 yang selalu merempit dipagi hari.


Meriah dengan motosikal.

Akhowat turut tidak ketinggalan, sebuah dari Hayyu Sabie' (Mungkin dari Kedah, Perak, Penang) manakala sebuah lagi dari Hayyu Asyir (Terengganu, Selangor & Pahang)



Suasana di depan Masjid Asyraf selepas kelas pengajian.


Ust Hairul tersengih melihat gelagat aku yang mencurigakan. Seraya bertanya kepelikkan, Sebab ape ek? (sebab ape ana amik gambar) Haha.. nak upload dalam blog ni la Ust. Ngeh3.. jangan maree..

0 komen mengomen :: Teguran di Subuh hari sebelum ke kelas Syeikh Yusri.. Jangan bawak laju-laju..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers