Wacana Perdana bersama Menteri Besar RAKYAT Perak di Hayyu Asyir, Kaherah.

Alhamdulillah, akhirnya terubat juga rindu untuk bertemu Menteri Besar Rakyat Perak ini. Kali terakhir bertemu semasa menjadi petugas Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang. Kini, jodoh kami pula bertemu di Hayyu Asyir, Mesir.

Bersempena Wacana Perdana semalam, Penjelasan Isu Sebenar Kemelut Politik di Perak. Dan Saya antara ratusan atau mungkin mencecah ribuan mereka yang hadir dalam sesi penerangan tersebut. Memang maklumat sebeginilah yang kami dahagakan. Kerana Mahasiswa/wi atau rakyat sekarang melihat bahkan sudah lama menyedari betapa Kotor dan jijiknya politik UMNO dan BN.

Antara isu utama yang dibicarakan, ialah fitnah yang dilemparkan oleh UBN berkaitan status tanah yang diberikan oleh Pakatan Rakyat semasa memerintah dahulu. Kini mereka telah berkuasa, mengapa tidak didedah perkara tersebut kepada umum? Mengapa tidak didakwa mereka yang "pecah amanah" ini?

Masyarakat sekarang sudah berubah kepada satu skop politik yang lebih terbuka dan lebih cerdik untuk menilai sesuatu isu yang berlaku. Namun UBN masih berasa mereka boleh menipu rakyat dengan menjamu mereka dengan berita2 di TV dan Media Massa. Menampakkan ketidak cerdikkan pimpinan UBN yang masih berada dalam kotak pemikiran 50tahun dahulu.

Kalau 50tahun dulu rakyat akan percaya dengan segala kenyataan akhbar dan Media. Mereka terima bulat2. Tapi sekarang zaman dah berubah, pemikiran masyarakat lebih matang dan berada dalam suatu era politik baru.

Pencuri kalau dah mencuri sekali, orang takkan percaya dah selepas tu. Penipu kalau nak menipu pun janganlah menampakkan sangat menipu.

Antara slot yang menarik adalah sesi lelongan baju untuk Dana SUARA. T-Shirt yang ditulis BUBAR DUN PERAK yang telah ditandatangan Khas oleh Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin. Bidaan bermula dengan harga LE20.oo kemudian meningkat naik sehingga mencapai harga LE500. Inilah bukti pengaruh Menteri Besar Rakyat Perak ini. Bukan nilai wang ringgit yang kita lihat tapi sokongan rakyat dikalangan Mahasiswa yang teramat tinggi kepada seorang pemimpin Islam ini.

Dipetik dari CINA ISLAM

Antara yang hadir memenuhi Dataran Haiyyu Assyir mendengar Wacana Perdana isu kemelut politik Perak.



KAHERAH, 13 Mac :- Penerangan sebenar mengenai isu politik yang berlaku di Perak telah mendapat perhatian dari mahasiswa dan mahasiswi yang sedang menuntut pelajaran di Mesir apabila sekitar 1500 orang telah berkumpul di Dataran Haiyyu Assyir di sini malam tadi untuk mendengar penjelasan dari Rombongan badan perhubungan PAS Perak yang telah berada di sini sejak 9 Mac lepas. Program tersebut adalah anjuran NGOs SUARA yang ditubuhkan di Mesir oleh pelajar-pelajar Malaysia di sini.

Rombongan yang menyampaikan ceramah pada program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Perak yang juga bekas penuntut di Universiti Al Azhar, Ust. Abu Bakar Hussain, Ahli Parlimen Bukit Gantang dan juga ADUN Pasir Panjang, Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin,ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dan Exco Dewan pemuda PAS Perak, Ust. Fakrurazi Mokhtar. Selain itu semua ahli rombongan dari Perak hadir sama di dalam majlis tersebut termasuklah Isteri DS. Nizar, Datin Seri Fatimah Taat.

Hadir sama ialah Pegawai hal Ehwal pelajar Negeri Kedah, Ust. Syeikh Yusuf dan Presiden SARA, Ust.Farhan.

Program tersebut diadakan di Dataran Haiyyu Assir yang merupakan kawasan lapang yang terletak di tengah-tengah Asrama pelajar, Selangor, Pahang, Kedah, dan Sarawak. Sebelum ini dataran yang sama menyaksikan ceramah yang disampaiakn oleh beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuklah Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Hj. Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, DS. Anwar Ibrahim dan banyak lagi.

"Kerana itu saya meminta pihak lawan kami untuk sama-sama mengadakan ceramah di dataran ini dan jangan menyalahkan penganjur. janganlah adakan program di tempat yang tertutup dan datanglah ke sini untuk beri penjelasan" Ucap ADUN Titi Serong semasa mengulas perkara berkaitan semasa memberikan ceramahnya.

Selain itu Drs. Khalil juga menjelaskan betapa momokan bahawa PAS menjadi boneka kepada Cina DAP adalah pembohongan semata-mata dan tanpa bukti yang kukuh. Katanya lagi dari dulu dan semasa Pakatan Rakyat memerintah dan termasuklah di masa akan datang sesebuah parti tidakan akan dapat menubuhkan kerajaan di Perak melainkan mesti bergabung dengan parti yang lain.

Pesuruhjaya PAS Perak telah memberikan ucapan yang bernas dan memberikan semangat kepada semua yang hadir untuk balik ke Malaysia nanti bagi melaksanakan tuntutan amar maaruf dan nahyi mungkar.

Kemuncak dari wacana tersebut adalah ucapan DS. Nizar yang menjelaskan secara jelas senario dan kemelut politik di Perak.

"UMNO dan BN telah melakukan rampasan kuasa di Perak dengan 4 kaedah iaitu dengan mengugut wakil rakyat, menculik , merasuh dengan seks dan rasuah dengan wang" Jelas DS. Nizar dalam ucapannya.

Beliau juga menjeaskan sokongan orang Melayu telah meningkat setelah mahkamah memutuskan keputusan 5-0 pada 9 Februari yang lepas. Begitu juga sokongan orang Cina yang telah meningkat kepada 85 pratus dan sokongan orang India juga meningkat, jelasnya.

"Kerana itu BN tidak sanggup untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya" Tegasnya.

Penjelasan mengenai suasana kecoh di dalam dewan dan pelbagai isu yang berkaitan dengan kemelut di Perak telah disempurnakan oleh DS. Nizar sepanjang ceramahnya sekitar sejam malam tadi.

Selain itu beliau juga turut melahirkan rasa sedih dan mengucapkan takziah diatas kembalinya kerahmatullah seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Fakulti Perubatan di Unversiti al Azhar cawangan Tanta yang terjatuh dari tingkat 4 bangunan asrama pelajar kelmarin.

"Kerana itu saya mengajak untuk kita menghadiahkan bacaan al Fatihah kepada rohnya" Seru DS. Nizar kepada semua yang hadir.

Disamping itu rombongan juga telah menyatakan komitment kepada semua pelajar untuk hadir sama dalam Solat Jenazah yang akan diadakan pada jam 10.00 pagi ini waktu Mesir(4.00 petang waktu Malaysia)di tempat yang sama.

Kepimpinan NGOs SUARA bergambar dengan Rombongan PAS Perak.



DS. Nizar dikerumuni oleh pelajar untuk bersalaman dan bergambar selepas program.

Penyampaian cenderamata kepada DS. Nizar oleh Presiden SUARA, Ust. Farhan..

Drs. Khalil menerima cenderamata dari SUARA.

Pesuruhjaya PAS Perak menerima cenderamata dari SUARA.

Antara yang hadir.

Drs. Khalil sedang memberikan ucapan.

Solat hajat berjemaah diadakan selepas solat Isya.

0 komen mengomen :: Wacana Perdana bersama Menteri Besar RAKYAT Perak di Hayyu Asyir, Kaherah.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers