Capture Muktamar PMRAM Kali Ke-77

Assalamualaikum w.b.t.

Bismillah, walhamdulillah. Muktamar PMRAM kali ke-77 berlangsung dengan jayanya semalam di Dewan Nadi Madinah Nasr bermula jam 8.30 pagi sehingga ditangguhkan jam 12.05 tengah malam. Tahniah kepada PMRAM, HEWI dan Perwakilan yang telah membahaskan usul dengan baik dan mantap. Banyak usul dan isu yang telah ditimbulkan oleh perwakilan. Boleh lihat perbahasan penuh di Blog IbnuIrFadzil. Maaf juga kepada beliau kerana saya tidak dapat mengambil gambar penuh sepanjang muktamar berjalan.

Maaf juga kerana hari ini baru dapat untuk mengupload gambar-gambar Muktamar. Saya cuba untuk mengupdate semalam, tapi Oleh kerana ketidak sihatan badan (Demam & Sakit perut) saya hanya sempat mengikuti sidang Muktamar semalam sehingga jam 3.30 petang. Walaupun cuba untuk bertahan, tapi badan semakin lemah dan terus mengambil teksi untuk pulang ke Hayyu Asyir.

Alhamdulillah, pagi ini baru dapat bangkit selepas seharian terlantar di atas katil. Makan juga tak lalu. Namun selepas minum beberapa cawan kopi panas dan segelas Radix, baru dapat berjalan. Solat pun hanya duduk. Alhamdulillah, akhirnya saya demam dan sakit juga setelah lama tidak sakit, mungkin ia sebagai peringatan daripada Allah supaya bersyukur dengan nikmat sihat dan kaffarah dosa saya yang terlalu banyak.

Kalau tidak silap saya, dari segi perubatan, Demam akan menyebabkan sistem tulang belakang kita menjadi lemah. Mungkin sebab itu juga saya tidak dapat bangkit kerana terlalu sakit.

Ini gambar-gambar yang sempat diambil oleh PMRAM Media Centre (PMC) kerana Pemerhati dan Perwakilan tidak dibenarkan mengambil gambar, mungkin ia sebahagian daripada aspek keselamatan yang ditetapkan oleh penganjur. Sebagai ahli saya akur dengan peraturan tersebut supaya menyerahkan kepada AJK PMC. Terima kasih kepada Ahli PMC yang sudi mengambil gambar menggunakan kamera buruk saya. =). Ramai juga yang mencadangkan saya supaya menyertai PMC dan mencadangkan kepada PMRAM untuk menubuhkan Kelab Wartawan PMRAM. InsyaAllah, saya akan join PMC selepas ini supaya dapat mengambil gambar dengan lebih banyak dan pose-pose menarik setiap acara yang berlangsung.

Saf kepimpinan sedang diiring ke meja utama.

Saf kepimpinan PMRAM 2009 sedang mengambil tempat di Meja utama.

Perwakilan HEWI.

Saf kepimpinan HEWI sedang mengambil tempat.

Perwakilan Ikhwah.

Setiausaha sidang sedang khusyuk mencatat setiap usul dan isu yang dibahaskan. (Ust Shariff Al-Fateh, kiri dan Ust Yusri. Perwakilan daripada Damanhur)

Setiausaha Agung, Ust Adlan Mokhtaruddin sedang membahaskan usul serta minit Muktamar kali ke-76.

Perwakilan akhowat dan HEWI.

Perwakilan sedang membahaskan usul dan minit mesyuarat Muktamar kali ke-76 yang lepas.

Perwakilan PMRAM Cawangan Terengganu.

Perwakilan Cawangan Perak.

Perwakilan dari Shoubra (Ust Abd Rahman) sedang mengutarakan Usulnya berkenaan Ahli-ahli di Shoubra.

Presiden.

Perwakilan Kaherah dari PMRAM cawangan Terengganu. (Ust Syamshul & Dr. Anas)

YDP Terengganu, Ust Mohd Riduan Abu Bakar.

Perwakilan Kaherah PMRAM Caw. Terengganu. Dr Hashim khusyuk meneliti dan mengikuti perbahasan Muktamar.

Ust Abdul Mu'izz Muhammad, Presiden PMRAM 2009 merangkap Pengerusi Muktamar PMRAM kali Ke-77 bersama Saf kepimpinan PMRAM 2009.

Perwakilan berdiri untuk menyanyikan Lagu PMRAM.

Suasana di lobi dan pintu Utama. Terdapat gerai dan juga pameran.

Perwakilan berhenti seketika untuk solat berjemaah.

Ruang gerai dan pameran Penuh dengan perwakilan dan pemerhati yang ingin membeli dan melihat pameran.

Suasana diluar dewan Muktamar.

Antara gambar BP (Ust Labib 2 dari kiri) dan Ust Abdul Malik (Kanan sekali) yang sempat diambil sebelum pulang petang semalam.

Banner 80 PMRAM 1930-2010 dan Kek Ulangtahun PMRAM ke-80.

PMC @ PMRAM Multimedia Centre.

Krew PMC sentiasa memantau perjalanan Muktamar melalui TV yang disediakan khas.

Saf kepimpinan PMRAM 2009 bangun untuk menyanyikan lagu PMRAM.

Ajk PMC sedang memantau alat pembesar suara supaya berfungsi dengan baik.

0 komen mengomen :: Capture Muktamar PMRAM Kali Ke-77

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers