Fan Pakatan Rakyat Boleh Mencapai 3 Juta Orang Sebelum Fan Barisan Nasional!!

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Ana tertarik dengan satu Misi yang dibuat melalui Facebook untuk mengumpulkan fan/peminat yang paling ramai. UMNGOK/BNgok mendakwa ahli mereka diseluruh negara berjumlah 3 Juta orang. Namun amat menyedihkan sehingga hari ini, Fans mereka baru mencecah tak sampai 900 orang. Manakala Fans PR yang menyahut cabaran untuk menandingi mereka sudah mencecah hampir 2000 orang. Dan sentiasa bertambah dengan pantas. Anda boleh saksikan sendiri pertambahan fans dengan merefresh setiap 10/20 minit. Jadi, marilah sama-sama kita sahut cabaran ini dengan menjadi Fans PR. Boleh join/jadi Fans disini.

Ini Gambar yang diambil jam 9.30 pagi harini. Klik untuk besarkan gambar.

Fans PR

Fans UMNgOk

3 komen mengomen :: Fan Pakatan Rakyat Boleh Mencapai 3 Juta Orang Sebelum Fan Barisan Nasional!!

  1. SALAM...

    sekadar pandangan:
    benar, perlu berpolitik. sehinggakan sekarang di universiti politik kampus kian aktif. ditambah pula dengan sudut pidato. situasi yang membina ini wajar. namun sekadar pandangan, apa perlunya kita berlumba-lumba mengejar bilangan fans yang tertinggi andai masalah-masalah yang berlaku dalam politik negara masih lagi gagal diatasi? adakah bilangan fans ini bertujuan sekadar memuaskan hati atau kita benar-benar ingin membantu untuk menyelesaikan kemelut yang ada? akak tidak berpihak kepada sesiapa. cuma kita mahasiswa yang berintelektual, jangan dipermain dengan perkara-perkara remeh. lebih baik dengan hasil penulisan berorientasikan tindakan yang membuahkan penyelesaikan melalui cetusan idea yang baru dan segar =) maaf, sekadar pandangan. semalam mocking usul debat, politik perkauman: kerana nila setitik rosak susu sebelanga. wallahu a'lam.

  2. komen di atas benar2 membina.. kita perlu tolak politik perkauman.. nabi ada bersabda: barangsiapa yg bersifat asobiah dan mereka berjuang untuknya, maka neraka lebih utama baginya.. hal ni mmg betul, dan kalau kita tgk kejatuhan kerajaan uthmaniah salah satunya adalah org2 arab bersikap asobiah perkauman shg naiknya raja faisal di arab saudi dan memasyhurkan dirinya setaraf dgn khalifah.. di malaysia, ada org lebih utamakan bangsa dari agama..kalau kita tak ubah dari skrg, x mustahil kitalah generasi terakhir rakyat malaysia yg ISLAM dapat belajar di azhar ni(harap paham2 r knape jd camni).. orang yg kata dia perjuangkan (sifat asobiah) melayu (dgn cium keris, baling2 kertas dalam parlimen, hina ulamak, PERSENDA HUKUM HUDUD, sekat hak royalti negeri terengganu dan kelantan) ginilah patut kita tolak.. saya tidak memihak mana2 pihak sekarg sbb sy pon underage lg.. tapi pandai2 fikir ye.. papepon, kredit kpd amin untuk post ini.. teruskan berjuang menerusi blog..

  3. Terima kasih Kepada Kak/Cik Ain, =) sudi memberi komentar, begitu juga kepada Safwan. Kedua2nya betul.

    Posting ini sekadar satu perang psikologi kepada kedua-dua pihak. Dan mungkin sebagai satu hiburan. Kita tak nafi ia bukanlah 100% boleh menyelesaikan masalah yang melanda umat.

    Cuma cara dan bagaimana untuk mengatasi untuk yang perlu kita cari. Namun hakikat ianya hanya satu penyelesaian, iaitu mengamalkan/melaksanakan undang-undang Islam.

    Maka, kenapa perlu takut untuk berselindung untuk memihak kepada mana2, kerana Yang Hak perlu katakan Hak dan Batil harus kita perangi.

    Memang jelas kerajaan banyak jasa dan bakti mereka, namun itu sudah menjadi tanggungjawab, kita sekrang bukan mempersoalkan perkara yang baik mereka lakukan, tetapi apa yang buruk dan tidak mahu diubah itu yang kita tentang dan minta perubahan. Jika tidak mahu berubah juka, kepimpinan itu harus diganti.

    Sekiranya sesuatu urusan itu tidak diserahkan kepada ahlinya, tunggulah saat kehancuran.

    Wallahua'lam. maaf anda ada yang terkasar. Wasalam.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers