Gerabak Pink Untuk Wanita (Ada jugak yang bangang tak setuju)


Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan KTMB yang telah berjaya mewujudkan gerabak khas untuk penumpang wanita dalam mengatasi pelbagai masalah dan kes jenayah yang semakin parah berlaku hari ini. Selaras dengan apa yang dianjurkan oleh Islam. Islam tidak menyekat ummatnya menggunakan / mencipta sesuatu teknologi, namun ia haruslah bersesuaian dengan syarak.


http://www.chicago-l.org/trains/gallery/images/2600/cta3003-1stPinkLine.jpg

Saya melihat ia sebagai satu perkembangan dan usaha yang baik dan perlu diberi sokongan oleh semua. Dalam suasana hari ini yang sudah tidak aman lagi, maka pelaksanaan peraturan baru ini perlu ditingkatkan lagi diseluruh negara dan sistem pengangkutan awam yang lain. Seperti bas khas untuk wanita, atau kewujudan bas yang mempunyai 2 pintu boleh dimanfaatkan untuk tujuan ini. Bagi penumpang wanita, dikhaskan untuk duduk dan menggunakan pintu hadapan, manakala penumpang lelaki menggunakan pintu dibahagian tengah dan duduk di tempat duduk belakang.


Namun, sekiranya pada waktu puncak dan terlalu sesak, tempat duduk yang masih kosong boleh diberikan kepada kedua-dua belah pihak. Islam tidak menyekat ummatnya untuk bergaul diantara lelaki dan perempuan tetapi haruslah mempunyai batas-batas yang tertentu. Islam tidak merendahkan martabat kaum wanita, malah ia sebagai satu keistimewaan kepada wanita kerana dilayan dengan begitu baik dan istimewa.

Seperti seorang raja/pembesar. Layanan yang diberikan tidak sama, disediakan khas bilik VIP, kenderaan khas, sebuah istana dan kawasan disekitarnya adalah kawasan larangan dan semuanya berbeza dengan orang lain. Mereka yang bukan ahli tidak dibenarkan masuk dan melihat dikawasan sekitar. Sebab apa? sebab mereka orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi. Maka, dalam Islam, seperti itulah diandaikan maruah dan martabat seorang wanita, Islam mengangkat dan bukan merendah-rendahkan.


Yang menyedihkan, ada juga suara-suara sumbang yang membantah pelaksanaan peraturan baru ini. Dengan alasan, jumud dan kolot. Jika pelaksanaan itu untuk mengelakkan wanita diraba punggungnya ia disokong, jika sekiranya untuk membataskan pergaulan diantara lelaki dan wanita ia menentang sekeras-kerasnya. Inilah fikiran-fikiran yang telah rosak dan binasa dengan fahaman liberalisme dan yahudi laknatullah.
Sedangkan di dalam al-Quran Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud "Janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu membawa kepada keburukan dan kemungkaran"

Islam menghalang manusia daripada mendekati perkara-perkara yang boleh menjadi muqaddimah atau permulaan kepada zina. Dan ternyata manusia hari ini telah melanggar suruhan tersebut, maka berlakulah jenayah yang ada pada hari ini.

Kata hukama' "Sesungguhnya pencegahan itu lebih baik daripada pengubatan". Dan realitinya sekarang, penyakit sosial, kes buang anak, perzinaan dan sebagainya sukar untuk diubati dan semakin parah. Sesorang yang sakit dan tahu akan bahaya penyakitnya pasti akan berhati-hati dengan setiap tindakan yang akan diambil, dan menurut nasihat doktor. Maka, peraturan dan nasihat daripada Allah s.w.t. yang menciptakan kita lebih-lebih lagi wajib dipatuhi. Kerana Allah yang mencipta manusia, maka Dia lebih mengetahui apa yang baik dan buruk untuk manusia.

Seperti seorang yang mencipta sebuah mesin basuh, pasti akan disertakan dengan buku panduan penggunaan dan larangan yang berkaitan dengannya. Jika mesin yang sepatutnya digunakan untuk membasuh pakaian, digunakan untuk mengoreng ikan, pasti rosak mesin tersebut Begitu juga manusia, lebih-lebih lagi mereka yang beriman kepada Allah s.w.t. Al-Quran telah diturunkan lebih 1400 tahun dahulu sebagai panduan penggunaan dan perjalanan hidup manusia. Dan natijah perlanggaran peraturan tersebut menyebabkan kebinasaan kita hari ini.

Maka, kembalilah bertaubat kepada mereka-mereka yang celupar dan kurang ajar untuk melawan suruhan Allah s.w.t. Kerana apa yang mereka dapat hanya kemurkaan dan jauh daripada rahmat Allah s.w.t yang menciptakan mereka sendiri.

Di Mesir, peraturan ini telah lama dilaksanakan, terutama untuk pengangkutan keretapi. Namun bagi bas dan perkhidmatan tremco. Perkara tersebut sukar untuk dilaksanakan kerean kebanjiran dan kepadatan rakyat mesir yang terlalu ramai. Namun, mereka(wanita) amat sensitif dan kasar jika lelaki terlanggar ataupun duduk berhampiran dengan mereka. Maka, untuk berlakunya kejadian jenayah boleh dikatakan agak sukar. Namun, berbeza dengan wanita kita yang lebih pasif dan bersopan santun.

http://traintootane.files.wordpress.com/2009/01/carriage_interior.jpg

Dibawah ini artikel untuk dikongsi yang saya petik daripada sumber.

Badan Bukan Kerajaan, SOL atau Sisters of Liberalism secara rasmi membuat bantahan kepada Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter ekoran wujudnya koc ‘Wanita Saja Sepanjang Masa’. Koc dengan warna merah jambu bagi memberi jaminan keselamatan dan keselesaan kepada orang perempuan itu diperkenalkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang semalam. Ia juga akan mulai diluaskan ke laluan lain mulai Mei ini (lihat di sini).

Jurucakap SOL, Wan Gayah Ibrahim mengkritik perlaksanaan tersebut sebagai 'menghina, merendahkan kemampuan, dan menyebabkan wanita tersisih dalam satu gerabak pendek serta kecil berwarna suram iaitu merah jambu.'

"Kami menuntut kesamarataan. Wanita mesti berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lelaki. Lagipun, koc yang disediakan oleh KTMB membuatkan sesetengah wanita yang ingin bergaul bebas dengan lelaki seperti teman lelaki mereka berasa tidak selesa. Wanita mesti diberi peluang untuk berkawan-kawan. Koc ini juga menyebabkan lelaki yang cenderung keperempuanan atau perempuan yang cenderung kelakian berasa dianaktirikan, diketepikan dan didiskriminasikan. Ini tidak sihat untuk Malaysia. Dalam negara yang mengamalkan 1Malaysia kita patutnya mengamalkan '1Koc Untuk Semua." Kata Wan Gayah Ibrahim yang pernah menjadi imam sembahyang Jumaat di beberapa surau di Bangsar dan Bukit Bintang satu masa dahulu.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/33/Class_83_KTM_Komuter_train,_Kuala_Lumpur.jpg/800px-Class_83_KTM_Komuter_train,_Kuala_Lumpur.jpg

Apabila ditanya mengenai sambutan positif penumpang wanita terhadap koc tersebut, Wan Gayah Ibrahim cuma menjawab dengan nada skeptikal, "Mereka yang menggunakan koc tersebut kolot. Apa salahnya duduk dan berdiri bersesak-sesak dengan lelaki? Ini adalah alaf baharu. Perlaksanaan koc wanita ini kerana terikut-ikut dengan negara Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Iran. Jangan gunakan alasan gender untuk mengenepikan wanita."

Kolumnis terkenal sebuah akhbar tabloid, Datuk Paduka Ir. Kholidah Samad yang turut dihubungi bagaimanapun sedikit berbeza pandangan dengan Wan Gayah Ibrahim, "Kalau koc itu dilaksanakan supaya wanita tidak kena raba dek lelaki maka saya sokong. Punggung saya sendiri pernah kena pegang sekali dulu di Shah Alam. Saya tak suka orang pegang punggung saya. Tapi kalau koc itu dilaksanakan kerana alasan hukum iaitu lelaki dan perempuan tidak harus bercampur maka saya tidak setuju dan membantah dengan tegasnya. Setiap amalan mestilah dengan niat kata hadis nabi. Jadi saya nak tanyalah niat KTMB di sini? Hukum tidak boleh bercampur baur tu semua ciptaan ulama dan tidak sesuai lagi dengan iklim politik negara kita pasca PRU ke 12." Demikian ujar penyokong kuat SOL tersebut.

6 komen mengomen :: Gerabak Pink Untuk Wanita (Ada jugak yang bangang tak setuju)

  1. wan gayah ni tak pernah naik ktm ke?taktau ke betapa bengangnye kalau kena raba?hish

  2. macam nak kene lenyek dengan KTM je. ada ke patut alaf baru. saya tidak setuju sama sekali. sebab selalu kalau naik tren mesti ramai laki. pastu saya yang kecik ini semakin kecik && terhimpit. dah la lelaki badan besar besar. terima kasih KTM. act, die dah buat survey tu dari tahun 2008. && saya juga telah menjawabnya. huhu. terasa dihargai pula.

  3. "Koc ini juga menyebabkan lelaki yang cenderung keperempuanan atau perempuan yang cenderung kelakian berasa dianaktirikan, diketepikan dan didiskriminasikan. Ini tidak sihat untuk Malaysia."

    fuh, ape punye statement entah. KEPALA PIKIR NAK 'MODEN' JELA KAN.

    semua ayat Gayah ni lawak. yang paling lawak yang atas tu la. adoi entah pape. hesh hes emo da ni. ZZzzzzzz.. (-_-")

  4. ehehe..lawak la aten ni.

    apapun,terbaek,insyaAllah.

  5. aku kesian betul la kat Wan gayah n Ir Khalidah ni... Wan gayah ni duk kata org lain yg jumud,sebenarnya dia yg jumud,biarla dia sorang yg tak mahu layanan istimewa dari masyarakat,suka menjadi perhatian org ramai,ye la bila bergaul laki perempuan dgn bebas secara tidak langsung menaik perhatian kaum lelaki,awas ! dalam ramai² tu mesti ada yg gatl dan berpenyakit,puan rrogayah tak bimbang ke ? kesian,kesian . . . semoga Allah lembutkan hati mereka dan dicampakkan hidayah ke dalam hati² mereka.

  6. Sokong sgt2 inisiatif KTMB ni. Feel more safer when travelling alone..
    Tapi ade lagi lelaki2 yg maybe buta & pekak still menggatal nak gak masuk koc wanita ni. Kalau 1st time tu xpela, leh ampun lg..

    pasal Wan Gayah tu, apa masalah dia, aku pon x faham. Hello... kita memang hidup di zaman moden, tapi x semestinya segala ape yg moden tu harus diikutkan. Statement: "Lagipun, koc yang disediakan oleh KTMB membuatkan sesetengah wanita yang ingin bergaul bebas dengan lelaki seperti teman lelaki mereka berasa tidak selesa." ~ kalau nk bergaul bebas, pergilah gerabak sebelah. BF diorang ada nak protect diorang dpd gangguan lelaki durjana kat luar tu... derrr.. belajar tinggi, otak letak mana pun xtau.

    OK cik Gayah, lepas ni, suggest la pulak "1 Toilet Untuk Semua". Nak 1Malaysia la katakan...

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers