Isu Pelajar Azhar Cawangan2 Dipaksa Pindah Ke Kaherah! Satu Isu yang perlu ditangani bersama!

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Baru-baru ini timbul isu yang cukup panas dikalangan Mahasiswa/wi Al-Azhar, terutama mereka yang berada di cawangan (Tanta, Zagazig, Mansurah, Alex, Syibin El-Kom, Dumyat, Damanhur) di mana mereka dipaksa untuk berpindah ke Kaherah tanpa sebarang sebab musabab dan penerangan yang jelas berkaitan isu ini.

Saya hampir saja menitiskan air mata bila menonton video Muktamar Wafidin di Mansurah baru-baru ini. Dimana, tiada penyelesaian yang terbaik berjaya dicapai. Seolah-olah Muktamar itu hanya untuk memperbodohkan Mahasiswa Al-Azhar terutama Pengajian Islam bilamana mereka yang bertanggungjawab hanya mengulas tentang pentingnya menguasai bahasa arab fushah dan perkara yang berkaitan dengan pelajaran.

Sedangkan pelajar-pelajar yang hadir adalah untuk mengetahui sebab sebenar mengapa mereka dipindahkan..



Saya melihat bahawa terdapatnya tangan-tangan ghaib dibelakang isu ini dan beberapa perkara yang pelik untuk kita fikirkan bersama.

Pertamanya mengapa secara tiba-tiba seluruh wafidin (Pelajar asing) dipindahkan secara mendadak tanpa dilakukan perbincangan denga para pelajar?

Kedua dimana pelajar ini mahu ditempatkan? Kerana tempat/bangunan kuliah yang sedia ada sudah padat dengan jumlah pelajar Kaherah sahaja.

Ketiga Ia melibatkan seluruh pelajar asing termasuklah Malaysia. Bermakna ia melibatkan jumlah yang besar. Cuba bayangkan pelajar Malaysia di semua cawangan sahaja berjumlah hampir 9000 orang. Belum ditambah dengan pelajar-pelajar dari negara lain. Jika dipindahkan ke Kaherah, ini bakal mencetuskan satu kejutan buat mereka dan pelajar-pelajar di Kaherah kerana suasana pembelajaran, qarar dan sistem di Kaherah dan Muhafazah berbeza.

Keempat Sara hidup yang tinggi. Di Kaherah sara hidup sangat tinggi berbanding di Muhafazah. Jika sewa di Kaherah sewa sebuah rumah sekitar 700-1000 sebulan. Berbanding Di Muhafazah yang baru mencecah 300-450 sebulan. Bermakna pelajar ini perlu menyediakan perbelanjaan sekali ganda daripada perbelanjaan biasa. Ini sudah tentu menyukarkan mereka untuk meneruskan pembelajaran disini.

Kelima Kos yang besar terutama Mutazawwijin. (Mereka yang sudah berkahwin). Perlu diketahui bahawa bukan pelajar Malaysia sahaja ada yang sudah berkahwin, tetapi pelajar dari negara lain juga ramai yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Maka mereka akan mengalami kesukaran dan kos yang besar untuk berpindah dari Muhafazah ke Kaherah.

Kesukaran mencari rumah sewa Di Kaherah, bagi pelajar-pelajar yang datang secara persendirian/ejen biasanya akan tinggal dirumah-rumah sewa. Dengan situasi yang sedia ada sekarang pun, amat sukar untuk menemukan rumah sewa yang murah dan berpatutan. Maka lebih-lebih dan teramat sukar bagi pelajar dari muhafazah yang jumlahnya ribuan orang.

Peningkatan masalah Hisbah di Muhafazah. Bila semua Pelajar Pengajian Islam dipindahkan ke Kaherah, bermakna PMRAM di Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) yang kebanyakkannya dipimpin oleh pelajar Pengajian Islam akan lumpuh dan lemah. Maka, peratusan masalah sosial dan Hisbah yang sekarang ini sudah dianggap kritikal akan bertambah parah dengan lambakkan dan kebanjiran pelajar Perubatan. Bukanlah saya mahu menuduh dan melabel Pelajar Perubatan. Maafkan saya, namun itulah hakikat pahit yang wujud hari ini.


Mungkin banyak lagi sudut dan skop yang boleh kita lihat namun terlepas dari pandangan. Jadi marilah sama-samalah kita doakan dan adakan solat hajat bagi mengelakkan saudara dan sahabat-sahabiah kita daripada dipindahkan ke Kaherah. Kepada sahabat2 di Muhafazah, terutamanya Mansurah. Tunjukkan pendirian kamu demi mempertahankan Al-Azhar dari dilemahkan oleh musuh-musuh Islam.

Kemungkinan esok akan diadakan lagi Muktamar Wafidin sambungan daripada yang lepas.

Untuk Maklumat Berkenaan Isu ini boleh lawati blog Al-Jauhary dan dibawah ini artikel atau ulasan yang saya ambil dari Blog Ust Adham.


Mahasiswa/wi Al-Azhar yang hadir

Amid-amid dan wakil-wakil kuliyyah





Firman Allah SWT:

وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (113)


[HUD:113]


Bagi pendirian kebanyakan mahasiswa/wi Malaysia di Mansurah amat menentang keras dengan isu ini. Kerana isu ini akan menimbulkan permasalahan yang cukup besar pada masa akan datang. Antara faktor yang disepakati kebanyakan mahasiswa/wi :

1) Ekonomi dan penempatan.

Bagi mahasiswa/wi Melayu di Al Azhar Mansurah terdapat lebih kurang 27 pasangan yang telah berkhawin. Keadaan ini tentu akan bersangkut paut dengan permasalahan ekonomi dan penempatan. Bagi mahasiswa/wi yang belum mendirikan rumah tangga tentu permasalahan ini boleh ditangani walaupun terdapat sedikit kepahitan. Bagi mereka yang sudah berumahtangga ini merupakan cabaran yang terbesar terhadap mereka. Selain itu , sebahagian mahasiswa/wi Al Azhar tidak mendapat bantuan kewangan yang kukuh dan stabil. Kebanyakan dari mereka hanya mengharap saluran kewangan dari ibubapa.

Selain itu, penempatan yang sukar diperolehi di Kaherah serta mahal dan akan memberi masalah yang besar kepada rumah-rumah negeri dan Badan Kebajikan Anak Negeri kerana isu perpindahan ini bukan hanya berlaku kepada muhafazah (cawangan) Mansurah sahaja tetapi di seluruh 7 muhafazah yang lain yang terdapat mahasiswa/wi Melayu Al Azhar. Kaherah akan padat dengan pelajar wafidin (luar negara) dari seluruh dunia

2)Silibus dan Takhasus

Sebelum ini mahasiswa/wi wafidin (luar negara) Al Azhar diberikan pilihan untuk mengikuti bentuk takhasus (fakulti) yang di tawarkan . Seperti Fakulti Bahasa Arab, Fakulti Usuludin dan Fakulti Syariah . Di dalam cabang Fakulti Usuludin terdapat beberapa takhasus, seperti Aqidah Falsafah, Dakwah, Hadis serta Tafsir. Mengikut maklumat yang diperolehi. Perpindahan semua mahasiswa/wi wafidin (luar negara) untuk ditempatkan di satu fakulti akan menjejaskan sistem pembelajaran dan tiada pilihan bagi mengikuti bidang yang diminati.

Silibus pembalajaran akan berubah. Bagi mereka yang berada di tahun 4 pengajian , bagaimana nasib mereka? Adakah mereka terpaksa memulakan pembelajaran mereka dari mula?

3) Qiraat di Mansurah

Mansurah adalah satu-satunya tempat yang terdapat pelajar qiraat bagi mahasiswi . Jika perpindahan pengajian ini diteruskan , akan memberi kesan dalam isu keselamatan . Selama ini kes kecurian dan pecah rumah kerap berlaku.

Maka pihak pengurusan Al Azhar Mansurah telah mengadakan Majlis Muktamar Wafidin bagi menjelaskan isu ini. Antara pihak pengurusan yang hadir :

1- Amid Kuliyyah Ususludin dan Dakwah Universiti Al Azhar Mansurah
2- Amid Kuliyyah Bahasa Arab Universiti Al Azhar Mansurah
3- Amid Kuliyyah Dirasat Dan Islamiyyah Dan Bahasa Arab (Mahasisiwi)
4- Semua Wakil Kuliyyah
5- Rais Syuun Wafidin
6- Mudir Tahrir
7- Doktor dan Doktorah

Hari ini amat menggemparkan apabila Muktamar Wafidin yang berlangsung dengan penuh panas. Namun apa yang saya mahu ulas di sini setelah mana selesai Muktamar Wafidin tadi, saya sempat bertanya pandangan dari salah seorang Rais Qisim Lughah Al-Arabiyah iaitu Al-Fadhil Al-Ustaz Doktor Syaikh Ali Luqom.

Di mana beliau menampakkan kekecewaan pada Muktamar ini. Dan sempat saya mendengar ungkapan beliau: "Saya tidak redha dengan mujtama' hari ini, jika berlaku perpindahan lebih baik kamu semua pulang ke Malaysia, sebab mereka ini tidak mahukan Islam". Namun beliau sempat mencadangkan kepada kami Wafidin supaya berpakat dengan semua furuk Muhafazah berkerjasama menyatakan pandangan dengan menghantar surat kepada Rais Al-Azhar untuk menyatakan bantahan.

Sebelum itu saya tergamam dengan kalam Amid Kuliyah Usuluddin Wad Da'wah iaitu Al-Fadhil Al-Ustaz Doktor Ismail Hammad dalam ucapannya yang menyatakan: "Saya harap pelajar-pelajar Usuluddin ada di sini untuk menyatakan hak kamu. Dan harap Wafidin harus bergaul dengan masyarakat arab Mesir supaya dapat menguasai Bahasa Arab dengan baik dan kemudian bahasa ini boleh di bawa balik ke tempat kamu".

Begitu juga Wakil Amid Kuliyah Al-Lughah Al-Arabiyah Al-Fadhil Al-Ustaz Mun'im juga secara jelas menyatakan ketidaksetujuan beliau.

Namun apa yang menyedihkan apabila Ustaz Usman Al-Amani yang hanya dapat bercakap sedikit setelah mana pembesar suara yang dipegangnya dirampas. Termasuk beberapa persoalannya yang tidak dapat penjelasan yang jelas oleh pihak Rais Syuun Wafidin apabila ditanya tentang siapakah yang menetapkan Qarar perpindahan ini dan apakah puncanya?

Apa yang pasti Ustaz Usman Al-Amani salah seorang wakil Malaysia yang dapat bercakap menunjukkan pendirian kami yang enggan berpindah kerana kami begitu puas hati dengan pembelajaran di Universiti Al-Azhar As-Syarif cawangan Mansurah. Juga rampasan pembesar suara oleh seorang lelaki Mesir yang tidak dikenali ketika mana seorang rakan kita dari Senegal sedang bercakap. Beliau sempat menyatakan tentang ketenangan yang kami rasai belajar di sini sebelum rampasan alat pembesar suara dibuat. Dan pada masa yang sama seluruh wafidin mengetuk-ngetuk meja ketika itu. Dan senantiasa bertepuk tangan menyokong 2 orang wakil Wafidin Malaysia dan Senegal.

Saya di antara orang yang ingin menyatakan pandangan, tetapi saya dijelaskan oleh pihak pengurusan yang ada di situ supaya cukup untuk seorang sahaja pelajar kamu bercakap. Setelah Al-Fadhil Ustaz Usman selesai bercakap, tiba-tiba beliau ditegur oleh pihak pengurusan di situ bahawa pihak kita tidak ada adab dalam bercakap.

Apa yang pasti kita mempunyai peluang lagi pada hari Selasa ini. Mungkin peluang yang tipis. Namun kebebasan suara kita di Al-Azhar mesti ada. Terima kasih kepada para ahli DPMM semua yang dapat sama-sama menunjukkan pendirian kita semua. Waallahu'alam.

Sumber : Blog Ust Adham


0 komen mengomen :: Isu Pelajar Azhar Cawangan2 Dipaksa Pindah Ke Kaherah! Satu Isu yang perlu ditangani bersama!

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers