Jom Tengok Video Kempen Anti Rokok Versi Dakwah Bil Hal..

Bismillah, walhamdulillah.

Dikesempatan malam/hari Jumaat. Penghulu sekalian hari. Marilah sama-sama kita berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w. Allahumma solli ala muhammad. Ana tertarik dengan satu video yang nampak kelakar tapi sebenarnya cukup berhemah dan berkesan andai dakwah sebegini yang kita lakukan secara beramai-ramai.

Jom kita saksikan video menarik ini. Walaupun setengah minit/36 saat ia cukup bermakna dan santai.



Kepada mereka yang mempunyai akses internet yang tidak laju. Meh saya ceritakan dulu.

Ada sorang lelaki sedang berjalan-jalan disebuah lorong yang sesak dengan pengunjung.

Tengah berjalan-jalan lelaki tadi mengeluarkan sekotak dan sebatang rokok. Tiba-tiba orang disekeliling (ada yang tengah makan, bawak basikal, meniaga, gunting rambut dll) menyerbu dan membacakan Ayat Quran... Yaaasinn!!! Wal Quraanilhakim.... Huhu.. Ada yang tak pakai tudung pun join skali, sampai nangis2.. tok Imam punya la khusyuk tadah tangan. Huihui..

Lalu lelaki tu pun terkejut, muka nampak dan takut dan blur.. dan hampir nak nangis dan masukkan balik rokok tadi. Lepastu orang ramai td pun beredar serta merta, tak sampai seminit laki tadi pun buat keluar sekali lagi. Orang ramai pun serbu balik sambil baca ayat Quran.. Kali ni panjang sket.. Yaasinn.. WalQuraanilhakim... Innakalaminalmursalin, ala siratimmustaqim..

Jazakallahukhair kepada Jakarta TV. (^_^) O/

2 komen mengomen :: Jom Tengok Video Kempen Anti Rokok Versi Dakwah Bil Hal..

  1. salam..hehe

    saya paling suka entri ini!
    o/
    o/
    o/
    o/
    o/
    o/
    o/

    p/s : org angkat tgn tu adalah saya. :)

  2. Wasalam..

    ada plak angkat2 tangan ek? Haha..

    Bleh sebar kat kawan2 plak ye..

    (^_^)

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers