Kenapa Nak LE100 sorang? LE5 takleh ker?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, sempena Lifeline4Gaza PERUBATAN, kutipan tabung dana akan dijalankan. Mulai esok insyaAllah, tabung akan diedarkan di dalam kelas bagi memudahkan anda menghulurkan sumbangan.

Kempen "LE 100 Seorang"?

Kempen "LE 100 Seorang" ini ialah satu kempen yang diadakan untuk menggalakkan para ahli PERUBATAN menderma sekurang-kurangnya LE 100 seorang ke dalam Tabung Lifeline4Gaza PERUBATAN. Walaubagaimanapun ingin ditegaskan, ini hanyalah galakan, bukannya paksaan.

Dan mengapa LE 100?

LE 100 itu mungkin kelihatan besar bagi kita, tetapi hakikatnya nilai itu hanyalah satu pecahan kecil daripada nilai yang diperlukan untuk membangunkan semula sebuah negara. Dan sama-sama kita harapkan, agar nilainya lebih besar di sisi Allah kelak, insyaAllah.

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui" (Al-Baqarah 2:261)

Mengapa mesti menderma kali ini? Bukankah derma untuk tabung Palestin sudah kerap kali dijalankan sepanjang tahun?

Jawapannya, kerana misi kali ini bukanlah seperti misi-misi bantuan kemanusiaan yang dihantar ke Gaza sebelum ini.

* Misi kali ini bukan sekadar membawa bantuan makanan dan perubatan, tetapi mempunyai tujuan yang lebih besar, iaitu membangunkan semula Palestin. Antara bahan yang dibawa bersama adalah bahan-bahan pembinaan seperti simen dan besi!
* Konvoi ini merupakan konvoi bantuan kemanusiaan terbesar di dunia setakat ini dan melibatkan 20 buah kapal dan bot.
* Konvoi ini akan diketuai oleh Perdana Menteri Turki sendiri. Bantuan akan dibawa terus ke Gaza menggunakan hubungan diplomatik kerajaan Turki yang mempunyai Perjanjian Keselamatan dengan Israel semenjak Perang Dunia Kedua. Menurut butiran perjanjian tersebut, Israel tidak boleh mengganggu kapal-kapal dari Turki.

Semoga dengan usaha kita yang kecil ini mampu menjanjikan kita sesuatu yang lebih besar di akhirat kelak. InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

Unit Penerangan dan Penerbitan
Lifeline4Gaza PERUBATAN

0 komen mengomen :: Kenapa Nak LE100 sorang? LE5 takleh ker?

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers