Khas Untukmu Muslimah

Mampukah Wanita Mengelak Daripada melakukan Dosa Tabarruj?

Apakah Itu Tabarruj?

1. Menampakkan wanita akan kecantikkannya yang wajib ditutup
kepada lelaki yang bukan mahram kepadanya.

2. Seorang wanita yang menampakkan kecantikkannya kepada lelaki
yang bukan mahram kepadanya termasuk menampakkan dengan membuka
dan mempamerkan keelokan bahagian-bahagian tubuh yang
mengghairahkan seperti pinggul, lengan, betis, dada, leher &
wajah.

3. Menampakkan kecantikan dan menonjolkan keelokan wajah dan
tubuh badan dan fitnah kedua-duanya. Kata Imam Bukhari : Tabarruj
adalah mempertontonkan seorang wanita akan kecantikkannya.

Abu A'la Al Maududi berpendapat bahawa kelimat tabarruj apabila
ditujukan kepada wanita mempunyai 3 makna:

1. Menampakkan kecantikan wajah dan bahagian-bahagian yang merangsang
atau mengghairahkan kepada lelaki yang bukan mahram.

2. Menampakkan kecantikan, pakaian dan perhiasannya kepada
lelaki yang bukan mahram.

3. Menampakkan diri sambil berjalan lenggang lenggok dan bergaya
kepada lelaki yang bukan mahram.

Konsep Tabarruj

Daripada definisi di atas, dapat kita simpulkan bahawa konsep
Tabarruj yang setepatnya melibatkan segala bentuk yang bertujuan
perhiasan.

Perhiasan pula dibahagikan kepada 2:

1. Perhiasan semulajadi
Merangkumi segala kecantikan semulajadi anggota badan
kecuali muka dan tapak tangan, misalnya rambut, gerakan
badan yang menarik perhatian dan kulit yang putih halus.

2. Perhiasan buatan
Pakaian
Pewarna rambut
Wangi-wangian
Celak & Solekan
Tatu
Tindik
Barang-barang kemas asli/tiruan
Alat-alat palsu yang menyerupai anggota badan
misalnya rambut palsu dan kuku palsu.

0 komen mengomen :: Khas Untukmu Muslimah

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers