Kursus Kahwin, Sape nak join? Hehe..

Kursus Pra Perkahwinan Islam & Program Pemantapan Modal Insan Siswazah Johor Siri Ke-2

Kursus Pra Perkahwinan Islam & Program Pemantapan Modal Insan Siswazah Johor Siri Ke-2 akan diadakan pada 19 & 20 April 2010(pelajar Johor) dan 13 & 14 April 2010(pelajar selain Johor). Bertempat di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah, pelbagai pengisian menarik akan diadakan. Dengan yuran hanya LE 50(pelajar Johor) atau LE 85(selain Johor), anda boleh mendaftarkan diri melalui Unit Pendaftaran, Sdr Shazrin Zekri Bin Abdul Razak di talian +2 016-2302898 atau Sdri. Syarifah Masykurah Syed Mustafa Kamal di talian +2 011-4367862. Tempat adalah terhad, siapa cepat dia dapat. Sijil akan dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Johor dan tiada tamat tempoh.

*kepada peserta selain Johor, sila daftarkan diri melalui Sdr. Faisal Mat Shah di talian +2 014-1996725

*Semua peserta diwajibkan mengisi borang pendaftaran yang boleh didapati dari Unit Pendaftaran dan wajib menyertakan sekeping gambar berukuran passport.

*Ahli di muhafazah boleh merujuk kepada wakil Majlis Perwakilan Muhafazah masing-masing di sini.

*Tarikh tutup penyertaan ialah pada 14 April 2010.

*Sebarang pertanyaan sila rujuk Sdr Mohd Khairul Anwar Tajuddin (+2 014-8191861)

p/s : Rasa macam nak join jer, sebab murah sangat. Join tak semestinya nak kawin kan? Sekadar ambil peluang yang ada. Hehe.. Kalau kat Malaysia agaknya beratus-ratus habis nak sertai kursus kahwin ni, huhu.. Memandangkan aku anak Johor. Jadi boleh la bayar yuran murah. Hehe.. Tenkiu Johor. Wawa.. Jangan jeles yer.. Tapi keputusan masih belum dibuat nak join ke tak. Haha.. Saje nak iklan kat sini.

1 komen mengomen :: Kursus Kahwin, Sape nak join? Hehe..

  1. kat malaysia rm80

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers