Pelajar Perak Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Di Mesir

Bismillah, walhamdulillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Saya sedang mengikuti Simposium Keilmuan Damanhur (SKEDA) 2010 ketika ini. Dan berita yang diterima daripada Al-Fadhil Ust Mohd Mujahid bin Fadzil yang membentangkan kertas Kerja "Kewujudan Allah" mengkhabarkan berita sedih ini dalam slot pembentangannya. Takziah diucapkan kepada keluarga Mangsa Mohd Hafizul Husna bin Salehuddin. Gambar2 mugnkin tidak dapat saya upload untuk tatapan semua kerana keberadaan saya ketika ini jauh dari Kota Kaherah. Kemungkinan esok sekiranya sempat, saya akan turut serta menyolatkan jenazah InsyaAllah.

Berita dipetik dari Blog Al-Fadhil Ust Mohd Mujahid Fadzil. Ibnu Ir Fadzil

12.15 tengahari Yang Dipertua KPIPM, memberitahu tentang kemalangan yang berlaku di Hayyu Zohor, atau berhampiran dengan Imarah Syurtah. Sebuah motor hancur relai, dan mangsa ketika itu mengalami cedera parah, dan ketika ini ambulan dalam perjalanan ke hospital.

Pada jam 12.45 tadi, telefon berbunyi lagi, mengesahkan bahawa beliau sudah meningggal dunia. Sekarang ini YDP sedang berurusan dengan pihak polis untuk membuat laporan, dan Presiden PMRAM dalam perjalanan untuk menguruskan jenazah.

Antara yang berada di tempat kejadian, Ustaz Muhammad Amin bin Abd Rahman, Timbalan YDP.

Sama-sama kita doakan supaya Roh Allahyarham, Muhammad Hafizul Husna, dirahmati Allah SWT. Sebarang laporan, atau berita yang lebih tepat, sila rujuk dalam web PMRAM dan KPIPM, selepas ini, insya Allah. Sama-sama kita doakan untuk roh Allahyarham.

Jam 3.15 petang : Jenazah yang sedang berada di bawah jagaan pihak hospital, dan belum dimandikan lagi. Ketika ini, pihak KPIPM, Presiden PMRAM dan JPMK sedang berada di Balai Polis untuk membuat laporan terlebih dahulu, bagi mendapat kebenaran untuk mengeluarkan jenazah.

"Insya Allah, setelah selesai semuanya nanti, akan diadakan solat jenazah", kata Ustaz Muhammad Amin bin Abd Rahman kepada saya ketika saya sedang dalam pembentangan.

Solat jenazah masih belum dirancang lagi untuk dilakukan di lokasi mana. Mungkin di dataran, atau tempat yang lebih sesuai, waLlahua'lam. Kita tunggu laporan seterusnya nanti. Insya Allah.

Sekali lagi, saya menghubungi YDP untuk mengetahui perkembangan semasa. Jenazah dikatakan "belum" dibenarkan untuk dikeluarkan daripada Hospital pada hari ini. Surat kebenaran daripada pihak polis masih belum diberikan.

"Mungkin pengebumian dan solat jenazah akan dibuat esok" katanya ringkas. Saya dan isteri sudah pun merancang untuk bergegas ke Kaherah petang ini, insya Allah. Pembentangan di Damanhur telah diselesaikan sepenuhnya. Semoga pembentangan yang bertajuk "Kewujudan Allah" ini memberi manfaat kepada semua.

Saya harap, para sahabat tidak lupa untuk mensedekahkan doa untuk Allahyarham Mohd Hafizul Husna bin Salehuddin, mahasiswa al Azhar Kaherah, kuliah Bahasa Arab.

0 komen mengomen :: Pelajar Perak Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Di Mesir

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers