Selamat Bermuktamar Kepada Seluruh Perwakilan dan Ahli PMRAM!


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini, 13 April 2010 insyaAllah seluruh perwakilan dari 12 Badan Kebajikan Anak Negeri akan bermuktamar sempena Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-77. Bertempat di Nadi Riadhi, Hayyu Sadis, Kaherah, Mesir. Bertemakan Julang Thaqafah Bakti Dicurah. Semalam, Muktamar Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) yang ke-23 pula telah berlangsung dengan jayanya (11 April 2010) bertempat di Dewan Solah Abdullah Kamil, Universiti Al-Azhar, Hayyu Sadis. Dengan tema Julang Izzah Teguh Wehdah.

Pada Muktamar kali ini Setiap BKAN akan menghantar 20 Perwakilan bagi membahaskan Ucapan Dasar Presiden Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime serta membahas usul-usul yang dibawa oleh perwakilan. Muktamar kali ini memperlihatkan satu pembaharuan apabila menampilkan Badan Pengurus (BP) yang dipilih melalui pilihanraya umum baru-baru ini.

Untuk mengetahui perkembangan terkini Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-77 boleh Layari Laman Web IbnuIrFadzil. Yang akan dibawa oleh pemberita dan pemerhati bebas Ust Muhammad Mujahid Ibn Ir Fadzil.

Kepada semua ahli dan pelajar Malaysia dijemput untuk memeriahkan Muktamar kali ini. Muktamar dijangka bermula Jam 8 pagi dan berakhir jam 5 Petang.

0 komen mengomen :: Selamat Bermuktamar Kepada Seluruh Perwakilan dan Ahli PMRAM!

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers