Simposium Keilmuan Damanhur : Menelusuri Manhaj Pemikiran Yusuf Al-Qaradawi

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, akhirnya sempat juga untuk mengupdate berkenaan SKEDA @ Simposium Keilmuan Damanhur Menelususri Pemikiran Al-Imam Yusuf Al-Qaradawi yang disertai beberapa hari lepas. Tahniah & terima kasih ana ucapkan kepada seluruh Adhoc pelaksana program yang telah bertungkus lumus menganjur dan menjayakan program ini. Yang teramat bermanfaat dan terlalu berharga nilainya.

Walaupun program yang diatur tidak padat, namun pengisian dan pembentang bagi setiap kertas kerja amat tepat dan mantap. Tahniah sekali lagi kepada seluruh ahli yang menjayakan program ini, InsyaAllah andai ada jodoh untuk kita bertemu semula ana pasti akan hadir memenuhi ruang Dewan Darul Huda.

Dek kerana kesibukan dan masa yang mencemburui, ana sempat dua hari bersama menjayakan program ini, namun masa yang singkat itu terasa seperti sudah seminggu bersama dan ilmu yang dikaut ibarat seluas padang pasir sahara. Sayang kaki untuk melangkah pulang meninggalkan Damanhur yang tenang dan indah. Walaupun jarak perjalanan jauh dari Kaherah ke Damanhur yang memakan masa hampir 2 Jam jika dikira dan dihitung dari Hayyu Asyir. Namun kaki ini tetap gagah untuk terus melangkah.

Slot yang ana sempa ikuti adalah bersama Us Hairul Nizam yang membenangkan kertas kerja Fiqh Muwazanat. Satu ilmu bagi menimbang atau memilih manakah yang perlu kita pilih sebagai Aulawiyat (Keutamaan). Disana terdapat Maslahah (Kebaikan) dan juga Mafsadah (Keburukan). Andai suatu situasi itu bertembung diantara Maslahah dengan Maslahah, Maslahah dengan Mafsadah dan Mafsadah dengan Mafsadah. Yang mana perlu kita pilih sebagai keutamaan. Ilmu yang berkait rapat dengan Fiqh Awlawiyat, maka seharusnya kita pelajari.

Mungin ada masa akan ana terangkan berkenaan Fiqh Muwazanat dengan lebih halus dan terperinci. Walaupun tidaklah hadam keseluruhan bab ini, mungkin sekadar perkongsian bersama apa yang difahami. Moga-moga ia dikira sebagai amal kebajikan andai ana pergi suatu hari nanti. aminn..

Begitu juga slot bersama Al-FAdhil Ust Mujahid Ir Fadzil yang santai namun padat dengan contoh dan kiasan yang tepat dan menyentuh isu-isu semasa ketika membentangkan Kitab "Kewujudan Allah". Kitab yang agak panjang untuk dihurai namun berjaya dihabiskan dalam masa 2 jam. MAsyaAllah.. Jazakallahukhair ust.

Apa yang menarik, Dewan Utama Dewan Perwakilan Damanhur, DEwan Darul Huda, cantik terhias dengan dihiasi pemandangan air panjut dari kolam ikan yang ada disebelah pentas. Tambah menarik, disini tiada pelajar perempuan atau Akhowat. Maka, segala perhiasan dan persediaan setiap program adalah hasil inisiatif ahli-ahli dan kepimpinan Damanhur. Haha.. Sungguh kreatif dan rajin mereka ni.

Pentas Utama, penuh dengan warna-warni dan bunga-bungaan.

Kolam Ikan disebelah pentas.

Ketika sesi pembentangan bersama Ust Hairul Nizam

Ust Mohd Mujahid Ir Fadzil.

Kertas kerja SKEDA 2010

DPM Damanhur.


Soal berjemaah selepas selesai pembentangan.

Tahlil dan doa selamat untuk arwah Mohd Hafizul Husna Salehuddin.

Pengarah Program. USt Mohd Aizuddin.

Adhoc dan Pengerusi DPMM sambil makan, sambil mesyuarat.



Kumpulan yang paling komitmen.

Kumpulan yang komitmen juga. (2)

Cenderamata kepada Pengerusi DPMM, Ust Amar

Gimik perasmian penutup. Akuarium.


Pengerusi DPMM melepaskan ikan kedalam kolam.

Penulis bergambar bersama kolam.

Kumpulan terbaik. Hehe..

Bersama pengerusi dan calon BP PMRAM, Ust Huzaifah.



Peserta dari Kaherah @ Terengganu, bergambar kenangan bersama Adhoc SKEDA dan kepimpinan DPMM.

0 komen mengomen :: Simposium Keilmuan Damanhur : Menelusuri Manhaj Pemikiran Yusuf Al-Qaradawi

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers