Tahniah dan Takziah... Satu catatan peribadi.

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, Wassolatuwassalamu ala asyrafil anbiya' wal mursalain wa ala alihi wasohbihi ajmain. Perjalanan pilihanraya PMRAM kali ini berjalan dengan lancar. Pertama sekali ana mengucapkan tahniah dan takziah kepada seluruh kepimpinan PMRAM samaada yang lama dan baru, yang terpilih ataupun tidak. Tak lupa kepada seluruh Ahli Jawatankuasa SPR PMRAM 2009 yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang, ada yang tidak tidur malam dan berdepan dengan tekanan yang tinggi setelah 18 tahun PMRAM tidak mengadakan pertandingan kerana sebelum ini setiap pencalonan mencukupi kuota yang disediakan. Maka kepakaran untuk mengendalikan pilihanraya ini kurang pengalaman baik dari segi teknikal mahupun prosedur perjalanan pilihanraya.

Bukan tidak ada pilihanraya sebelum ini, Pilihanraya tetap juga diadakan sebelum-sebelum ini, namun pada kali ini terdapat pertandingan kerana nama yang dicalonkan melebihi 9 nama untuk dipertandingkan. Maka perlu diadakan pilihanraya untuk memilih 9 orang calon bagi memenuhi kerusi Badan Pengurus PMRAM sesi 2010/11.

Namun, amat menyedihkan. Disana ada juga tohmahan dan cacian daripada mereka-mereka yang dengki dengan keutuhan PMRAM sehingga kini. Mereka seolah-olah mengangap jawatan itu sebagai satu rebutan dan pilihanraya ini sudah dirancang untuk memilih mereka yang telah pasti akan menjadi BP. Kalaulah sebegitu, tidak perlu SPR PMRAM membuka pencalonan baru, tidak perlu bersusah payah, berpenat lelah, berpening magrain untuk mengadakan pilihanraya kali ini. Cukup sekadar mengumumkan mereka-mereka yang dipilih menjadi Badan Pengurus.

Sedarlah, jawatan itu suatu kehinaan, satu amanah, satu tanggungjawab yang akan disoal oleh Allah kelak. BAgi saya, saya akan tolak mentah-mentah jika ada yang menyuruh saya menjadi calon, kerana bukan kemasyuran yang akan diperolehi sebaliknya kehinaan dan cacian yang datang menanti. Setiap yang menggalas tanggungjawab ini tidak diberi elaun, tidak diberi gaji untuk melaksanakan tanggungjawab mereka menjaga kebajikan ahli-ahli PMRAM. Malah perlu berkorban pula masa, tenaga dan wang ringgit.

Sila lihat dengan pandangan mata hati kalian, usah mata hati, pandangan zahir sahaja sudah terbukti bahawa menjadi seorang pemimpin bukan mudah lebih-lebih lagi dalam konteks PMRAM. Sifirnya mudah, lihat sahaja diri kita, berapa ramai manusia yang telah kita hina, kita caci dek kerana mereka tidak melaksanakan tugas yang cemerlang atau semata-mata dapat memuaskan hati kita. Bukan mudah untuk mentadbir dan memastikan kebajikan setiap ahli yang menjangkau ribuan orang. Lebih memeningkan jika menjadi pimpinan pelajar di negara seperti Mesir ini.

Dengan kerenah birokrasi arab yang cukup memeritkan dan teruk. Tidak sistematik dan bebrbagai masalah lagi. Maka seharusnya kita bukan hanya berpeluk tubuh, menghina dan mencaci sekiranya berlaku sebarang ketempangan dan kecacatan dalam pentadbiran mereka. Tetapi membantu dan menyumbang tenaga. Sering kita kata, majlis ini tidak bagus, tidak grand dan tidak itu dan ini. Persoalan itu berbalik kepada kita kembali, apa yang kita sumbang bagi menjayakan setiap program itu?

Agak bodoh seseorang itu jika hanya pandai mengherdik dan mencaci padahal dia sendiri tidak pernah memimpin dan menguruskan sesuatu organisasi. Orang cerdik tidak akan mengherdik dan menghina, sebaliknya memberikan kritikan yang membina, kerana mereka faham dan arif bukan mudah untuk mentadbir dan memimpin manusia. Bukan mudah untuk mengarahkan orang untuk melakukan itu dan ini. Bukan mudah untuk memuaskan hati setiap orang yang kita pimpin. Setiap mereka ada perangai masing-masing. Dan sikap yang paling hodoh dan buruk mereka-mereka inilah, mereka yang hanya tahu menghina, mencaci dan memecahbelahkan sesuatu organisasi hanya kerana tidak berpuas hati dengan seseorang atau sesebuah organisasi tersebut.

Islam tidak pernah mengajar seperti itu. Itu bukan akhlak seorang Islam. Mengapa kalian hanya pandai mengata, tetapi tidak mahu mencabar, agar mereka yang berada diatas turun dan serahkan kepada kalian yang menganggap kalian yang paling hebat.? Mengapa tidak menawarkan diri untuk memimpin dan memberikan khidmat.? Bukan dengan cara keluar dari jemaah dan menubuhkan jemaah baru. Itu bukan akhlak yang Islam ajar.

Nabi s.a.w. bersabda : "Lazimkanlah diri kamu dengan jemaah dan pemimpin-pemimpin dikalangan mereka." Dalam konteks ini jemaah dan pimpinan yang dimaksudkan adalah sebuah jemaah yang berdasarkan Al-Quran dan Hadith. Selain daripada itu semuanya adalah batil. Nabi s.a.w. tidak menyebut, tubuhkanlah sebuah jemaah tetapi lazim. Lazim disini bermaksud kita menceburkan atau mendampingi sesebuah jemaah yang sudah ada sekiranya jemaah itu berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Dalam konteks di Mesir, jemaah yang paling lama dan jelas pendirian mereka berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah adalah PMRAM. Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir. Saya bukan taksub atau mahu menyebelahi mana-mana pihak. Tetapi mengatakan yang hak itu hak, dan yang batil itu batil. Ulama telah menetapkan bahawa benarnya sesebuah jemaah itu perlu dilihat kepada 4 aspek. 1. Dasar 2. Umur 3. Keahlian 4.

Selepas kejatuhan Empayar Islam Uthmaniah, kita sudah tidak ada lagi sebuah kerajaan Islam yang benar-benar melaksanakan hukum Islam serta menaungi seluruh umat Islam. Maka para Mujahid dan golongan yang sayang akan Islam terdahulu telah meneruskan mata rantai perjuangan nabi s.a.w. ini untuk menegakkan Syiar Islam. Bukan bermakna mereka menubuhkan suatu jemaah baru, tetapi menyambung kembali perjuangan rasulullah. Dalam konteks hari ini, tidak perlu kita menubuhkan satu jemaah yang baru kerana jemaah yang ada sudah terbukti dan telah lama memperjuangkan Syiar Islam ini. Di Malaysia sudah ada Parti Islam Se-Malaysia. Di Mesir sudah ada Ikhwan Muslimin. Dan negara-negara lain juga ada pertubuhkan Islam masing-masing yang hakikatnya mereka semua bersangkutan antara satu sama lain. Maka tidak perlulah kepada JIM (Jemaah Islah Malaysia), tidak perlu kepada ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) tidak perlu kepada pertubuhan-pertubuhan yang baru, kerana ini akan melambatkan kemenangan Islam. Dan membawa perpecahan umat Islam.

Mengapa parti atau pertubuhan yang telah lama menapak dan menetap dan sahih perjuangan mereka dipersalahkan atas kecelaruan yang berlaku sedangkan sebab musababnya adalah mereka ini yang cuba mewujudkan satu jemaah baru, atas dasar yang salah. Atas dasar ketidak puasan hati terhadap seseorang atau keputusan jemaah, atas dasar mahu meraih sokongan dan pengaruh, atas dasar untuk mendaptkan kuasa dan wang ringgit. Memang dalam setiap pertubuhan itu akan ada pro dan kontra. Setiap keputusan kadangkala memihak kepada mereka dan kadangkala kelihatan memihak kepada musuh. Namun sedarlah, sirah telah membuktikan bahawa apa yang berlaku dalam perjanjian hudaibiyah tidak memihak kepada Islam.

Namun Rasulullah atas kebijaksaan sebagai seorang utusan Allah dan sebagai seorang pemimpin, baginda lebih mengetahui apa yang sepatutnya dilakukan untuk kemenangan Islam. Sifir atau anologi mudah yang saya berikan. Pemikiran seorang anak tidak sama dengan pemikiran seorang ayah. Anak hanya memikirkan kepentingan dan kepuasan diri. Anak hanya tahu meminta duit, itu dan ini. Sebaliknya seorang ayah memikirkan apakah yang terbaik untuk keluarga dan dirinya. Duit ini untuk belanja rumah, sebahagian lagi untuk pelajaran anak-anak. Itu tidak boleh, ini boleh kerana pengalaman dan kebijaksaan yang Allah anugerahkan kepada seorang pemimpin tidak sama dengan orang yang dipimpin.

Maka setiap keputusan yang dibuat walaupun boleh kita katakan ia tidak maksum (terlepas daripada dosa) namun selagi mana ia berlandaskan syarak maka ia diterima. Sepertimana sabda Nabi s.a.w. "Sesungguhnya Allah bersama dengan jamaah". Setiap ijtihad yang keluar dari seorang ulama' mereka akan dapat dua pahala. Sekiranya betul mereka mendapat dua, sekiranya tersilap mereka tetap juga mendapat sebahagian lagi.

Mungkin sampai disini dahulu luahan hati dan pandangan dhaif aminmenulis. Terlalu letih seharian membantu petugas-petugas Pilihanraya dan persiapan untuk muktamar PMRAM yang bakal berlangsung beberapa hari sahaja lagi. InsyaAllah, andai ada peluang dan ruang akan saya sambung penulisan ini. Maafkan andai ada yang tersilap dan tersalah. Saya sedia menerima teguran dan kritikan yang membina dan penuh bijaksana. Sekian.. Wallahua'lam.

0 komen mengomen :: Tahniah dan Takziah... Satu catatan peribadi.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers