Terkini : Alhamdulillah, Jenazah selamat di kebumikan. Catatan penuh.

( 8.30 pg ) Tiba di Hospital Zahra bersama ahli keluarga jenazah ( 8.42 ) Semua dibenarkan masuk setelah berurusan dengan pihak polis ( 8.55 ) Semua dibenarkan melihat jenazah di bilik mayat yang disimpan di dalam peti mayat ( 9.24 ) Semua selesai melihat mayat dan menunggu di luar ( 9.45 ) Ketibaan pegawai JPMK dan meminta 2 orang wakil KPIPM untuk ke balai polis membuat laporan ( 9.54 ) Beberapa orang ahli KPIPM yang lain tiba ( 9.56 ) Ketibaan Presiden dan beberapa orang Badan Pengurus PMRAM ( 10.10 ) Ketibaan pegawai hospital dan seorang ahli KPIPM yang membuat laporan tadi ( 10.14 ) Semua ahli dan keluarga jenazah dibenarkan melihat untuk kali kedua sebelum dimandikan ( 10.22 ) Proses mandi dimulakan sehingga catatan ini ditulis. - Catatan Mujahid. Sila rujuk blog KPIPM selepas ini untuk mengetahui berita.



( 10.52 ) Jenazah telah selesai dimandikan. Antara yang terlibat ialah Us Abdul Muizz, Us Shahrizan Hazime, Us Amin Abd Rahman, Us Azizuddin Aznan dan Us Azuan Kamaruddin. Tetapi jenazah tidak dapat dikeluarkan lagi kerana tasrih daripada pihak polis untuk kebenaran mengeluarkan jenazah belum diperolehi. Doakan supaya ia dimudahkan. Di Dataran Hayyu Asyir, beberapa orang sudah menunggu jenazah tiba.

( 11.12 ) Beberapa orang ahli dan Badan Pengurus PMRAM sudah mula meninggalkan Hospital Zahra, dan bergerak ke Hayyu Asyir untuk membuat persiapan untuk Solat Jenazah. Beberapa orang termasuk saya, YDP, us Zulfadli dan ahli keluarga masih menanti di hospital bagi mengiringi jenazah. ( 11.22 ) Pegawai safarah tiba bersama us Ridwan Kadri dari Balai Polis untuk mendapatkan tasrih. Alhamdulillah, tasrih berjaya dikeluarkan ( 11.28 ) Jenazah sedang diusung ke dalam van mayat.

( 11.48 ) Tiba di Dataran Hayyu Asyir dengan 4 kenderaan yang mengiringi. ( 12.01 ) Azan zohor berkumandang dan jemaah mendirikan Solat Fardhu Zohor ( 12.12 ) Jemaah mendirikan solat jenazah ( 12.22 ) Jenazah diusung ke dalam van mayat dan kenderaan mula bergerak ke tempat pengebumian jenazah. Sekarang ini masih dalam perjalanan ke sana.

( 12.31 ) Tiba di tanah perkuburan dan jenazah dibawa keluar dari van lalu diusung ke tanah perkuburan ( 12.35 ) Liang lahad dibuka dan jenazah diangkat dari keranda ( 12.37 ) Jenazah dibawa masuk ke dalam liang lahad. Sehingga kini, masih lagi dalam proses menempatkan jenazah di dalam liang.

Sumber Ehsan : Ibnu Ir Fadzil

Berikut adalah gambar ketika solat jenazah berjemaah di Dataran Haiyyu Asyir, Kaherah Mesir:






" SESUNGGUHNYA DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADANYA KITA KEMBALI"
-peringatan untuk kita yang masih menghidu udara kurniaan Allah..

Gambar2 dari Blog Ustzh Ummul Syabinar

0 komen mengomen :: Terkini : Alhamdulillah, Jenazah selamat di kebumikan. Catatan penuh.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers