Jom Buat "Dosa" Lagi Besar Lagi Sedap

10 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Hmm.. Buat Dosa? Lagi Besar Lagi Sedap? sesat ke hape Ust nih? Jual beli dosa? Nak Makan Dosa? Boleh ke dosa dijual dan dibeli dan dimakan? wah.. kalau camtu best la, sape taknak jual dosa diorang kat orang kan? Huhu.. Tapi ada ke orang nak beli dosa? Ish.. Merapek betul. Tapi, memang ada. Dosa sangat sedap, ada yang tergila-gilakan dosa.

Ada Dosa kecik dan ada Dosa besar. Dosa kecik tentulah harganya lebih murah daripada Dosa besar. Kompem la kalau kita orang Islam bleh jual dosa-dosa kita memang ramai dah yang jual. Takyah jual, bagi free jer. Tapi awas, jangan keliru. Dosa dan "Dosa" dua perkara yang berbeza walaupun sama pada lafaz dan ejaan.

Dosa bagi orang Islam adalah balasan yang diberikan kepada mereka yang melanggar larangan Allah s.w.t. dan meninggalkan segala suruhannya. Dan hanya Allah sahaja yang layak memberi keampunan setelah kita bertaubat daripada melakukan maksiat tersebut dengan meninggalkannya, berazam untuk tidak melakukan dan memohon ampun kepada Allah s.w.t. Kecuali dosa mensyirikkan [menyekutu @ menduakan] Allah sama sekali tidak diampunkan kerana Allah s.w.t. tuhan yang maha esa dan tidak ada sesuatupun yang bersamaan dengan Allah s.w.t.

Namun, Dosa yang hendak saya maksudkan disini adalah sejenis makanan. Terjemahan bagi Dosa berbeza di setiap tempat. Dosa mempunyai banyak nama seperti dhosha, dosay, dosai, dhosai, tosai, thosai, or dvashi. Seperti di Malaysia & Singapura ia dipanggil Thosai kerana perbezaan dialek Tamil di Benua Asia Tenggara.

Dosa juga terdapat dalam pelbagai menu :

  • Dosa telur [Dosa Egg]- Dosa yang disalut dengan telur.
  • Dosa Cili [Chili Dosa]- serbuk cili/lada ditarburkan di atas dosa tersebut.
  • Dosa terbuka [Open dosa] - chutney powder ditaburkan ketika sedang memasaknya. Dan sebelum dihidangkan diletakkan pula rempah dan kentang lenyek diatasnya.
  • Dosa Bawang [Onion dosa] - Bawang cincang ditaburkan diatas dosa tersebut.
  • Dosa Mentega [Butter dosa] - mentega digunakan untuk memasaknya dan diletakkan sedikit diatasnya ketika dihidangkan.
  • Dan banyak jenis dosa lagi ada.
  • Untuk Maklumat lanjut Boleh lihat disini.

http://legendcurryhouse.com/images/thosai.jpg

Tadaa.. Inilah dosa yang saya maksudkan.

http://www.ifood.tv/system/files/u14/The_Dosa_of_Life.jpg

Haa.. ini lagi besar @ Dosa besar. huhu.. Memang kenyang kalau kena sekeping.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1-eiPJkyNY-_ULYxkRerMWdNwu_uMQoWmkKlWMHV1AgOjdZkvKDsGktPBonoxj_iIgOTRHfea1C5R-WMRzlRncXfenbcLHkxzmuP4TkLh9n0eXOV8qtO_B-PabQ6jYpuEZmW3qklbDhw/s400/SNC00151.jpg
Haa.. Yang ni biasa orang Malaysia kenal, sebab cara hidangan dekat kedai mamak semua lebih kurang camni.

http://www.sajaforum.org/images/2007/09/30/dosa.jpg
Hah.. pkcik Misai tebal ni la yang selalu kita nampak selalu membuat dosa kat kedai mamak tu.

http://farm4.static.flickr.com/3071/3069665545_7a85c88417.jpg?v=0
Tapi yang kemas camni jarang sket nak jumpa. Huhu..

P/S : Fatrah imtihan ni ada-ada je idea yang datang. Hehe.. Tekanan giler. Esok Pekse Tahriri Al-quran. Huhu.. Doakan yer untuk kami semua. Moga dipermudahkan oleh Allah s.w.t. dan moga-moga dosa atas maksiat yang kami lakukan diampunkan oleh Allah dan tidak menjadi hijab buat kami untuk mejawab soalan esok. ameenn..

Kat Malaysia senang jer nak makan tosai/dosa nih. Tapi kat Mesir kat mana nak carik? Huhu.. Mengidam la plak.

Halal Judi : Kerajaan Mahu Jadi Tuhan?

0 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Isu judi telah mengundang kemarahan umat Islam di Malaysia khususnya kerana kerajaan telah mengeluarkan lesen perjudian sempena kejohanan bola sepak piala dunia yang bakal berlangsung atau dengan kata lain menghalalkan perbuatan yang diharamkan oleh Allah s.w.t. Sama seperti kerajaan mahu menjadi tuhan bila mahu mengatasi apa yang dilarang oleh Allah s.w.t. Tuhan yang menciptakan dunia dan seisinya.



Terjemahan daripada artikel di dalam Kitab al Halal Wal Haram, karangan Dr Yusof al Qaradhawi yang bertajuk "Allah sahaja yang berhak menghalal, atau mengharamkan"

Islam telah menetapkan bahawa satu-satunya kuasa yang berhak menghalal dan mengharamkan sesuatu itu adalah kuasa Allah semata-mata. Tidak kira betapa tingginya darjat seseorang tersebut di dalam agama Allah, ataupun dari sudut pandangan manusia, ia tetap hak Allah SWT semata-mata.

Ia bukanlah hak orang cendekiawan atau ahli ugama, bukan juga milik raja atau sultan, untuk mereka menentukan sesuatu itu haram selama-lamanya kepada mana-mana manusia. Maka, sesiapa yang melakukan demikian, bermakna dia telah melampaui batasan hak Allah SWT di dalam mengatur syariat bagi semua makhluk.

Bahkan, sesiapa yang mengakui bahawa mereka berhak untuk mengatur syariat, dan orang ramai mengikutinya, seolah-olah dia telah menjadikan aturan mereka tersebut sebagai tandingan bagi Allah, dan mereka yang mengikutinya turut dikatakan sebagai syirik.

Allah SWT berfirman

Adakah patut bagi mereka, mempunyai sembahan-sembahan selain daripada Allah yang menyusun syariat di dalam agama, dengan sesuatu yang tidak diizinkan oleh Allah? (Surah asy Syura : 21)

Al Quran mengkritik golongan ahli kitab yang telah memberikan kekuasaan untuk menghalal dan mengharamkan kepada golongan-golongan cerdik (pendeta), dan ahli-ahli ugama dari kalangan mereka. Allah SWT berfirman

Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain daripada Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) al Masih anak Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang yang mereka sekutukan (Surah at Taubah : 31)

Seorang sahabat Nabi SAW, ‘Adiy bin Hatim telah datang berjumpa Baginda SAW (beliau adalah penganut agama Nasrani sebelum Islam). Ketika mana beliau mendengar Nabi SAW membacakan ayat 31 Surah at Taubah tersebut, beliau berkata :

“Wahai Rasulullah, mereka bukanlah menyembah benda-benda (cendekiawan dan ahli ugama) tersebut”

Lalu Baginda SAW menjelaskan

“Benar apa yang kamu katakan. Sesungguhnya mereka telah mengharamkan apa yang dihalalkan ke atas mereka, dan mreka juga menghalalkan apa yang diharamkan, lalu mereka mengikut sahaja syariat sesat tersebut. Maka perbuatan ini dikira penyembahan terhadap benda-benda tersebut”

Di dalam riwayat lain, bahawa Nabi SAW bersabda untuk mentafsirkan ayat 31, Surah at Taubah dengan berkata :

“Sekiranya mereka tidak dikatakan menyembah benda-benda tersebut, akan tetapi apabila benda-benda tersebut menghalalkan sesuatu perkara, mereka juga turut menghalalkannya. Begitu juga apabila benda-benda tersebut mengharamkan sesuatu perkara, mereka juga turut mengharamkannya.

Sebelum ini telah diceritakan tentang tanggapan orang kristian bahawa syariat itu berhak diatur oleh orang-orang mereka, bahkan ia bercanggah dengan al Quran. Orang Nasrani masih beranggapan bahawa Nabi Isa AS memberi kebenaran sepenuhnya kepada anak-anak muridnya untuk menghalal atau mengharamkan sesuka hati mereka.

Sepertimana yang telah diceritakan di dalam Injil Mathew 18:18

“Satu kebenaran yang aku beritahu kepadamu, iaitu semua perkara yang berkaitan dengan urusanmu di dunia, ia juga sepertimana di langit. Dan setiap perkara yang kamu halalkan di dunia, ia juga dihalalkan di langit”

Demikianlah sepertimana yang Islam kritik terhadap golongan yang mensyirikkan Allah. Mereka mengharam dan menghalalkan sesuatu perkara tanpa keizinan daripada Allah SWT. Allah SWT berfirman

Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum) : “Sudahkah kamu nampak baik buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal?” Katakanlah kepada mereka : “Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?” (Surah Yunus : 59)

Allah SWT berfirman

Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu : “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya (Surah an Nahl : 116)

Berdasarkan ayat ini, dan hadis yang telah disebutkan sebelum ini, Fuqaha telah mengemukakan satu pengetahuan yang meyakinkan, iaitu

“Sesungguhnya Allah sahajalah empunya kuasa untuk menentukan sesuatu itu halal atau haram di dalam al Quran, atau melalui lidah rasul-rasulNya”

Sesungguhnya peranan fuqaha’ dan ulama’ itu tidak melanggar hukum-hukum Allah di dalam menghalal atau mengharamkan sesuatu. Allah SWT berfirman

Allah SWT telah menerangkan kepada kamu apa yang diharamkanNya ke atas kamu (Surah al An’am : 119)

Fuqaha’ bukanlah berperanan untuk mengatur syariat agama bagi manusia tentang perkara yang dibenarkan ataupun tidak, sebaliknya mereka bersama-sama ulama’-ulama’ dan ijtihad-ijtihad mereka berusaha mengelakkan diri daripada mengeluarkan fatwa. Bahkan mereka lebih suka menyerahkan sesuatu permasalahan kepada ulama’ lain kerana mereka khuatir terhalalkan sesuatu yang haram, dan terharam sesuatu yang diharamkan.

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun, Hatiku cedera disimbah asid....

3 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Hatiku semakin hari semakin menipis, cedera teruk hingga hampir saja ia pecah berkeping-keping kerana terlalu rapuh dek terlalu banyak asid dosa yang singgah dan menodainya.

http://hatiperantau.files.wordpress.com/2009/09/sakit-hati-putus-cinta1.jpg

Astaghfirullahalazim, 2,3 hari terasa begitu lemah imanku. Aku rasa yang paling lemah walaupun sebelum-sebelum ini sudah sedia lemah. Ya Allah, masih hidup lagikah hatiku ini? Masih berimankah aku? Iman manusia biasa seperti aku bisa bertambah dan bisa berkurang.

Walaupun terdapat khilaf dikalangan beberapa mazhab, adakah iman itu sendiri yang berkurang dan bertambah atau amal seseorang yang menyebabkan bertambahnya dan berkurangnya iman. Namun pada dasarnya ia terletak didalam hati, andai dekat hati seseorang dengan Allah s.w.t. maka bertambahlah imannya, jika ia jauh daripada rahmah Allah makin berkuranglah imannya.

Bagaimana mahu memastikan iman itu tidak turun-turun?

Ulama' mengatakan bahawa iman itu boleh bertambah dengan bertambahnya amalan dan ibadah seseorang kepada Allah s.w.t. Semakin kita mendekatkan diri kepada Allah semakin tenang dan ceria hati kita. Kerana iman itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan dekat dengan mereka yang melakukan maksiat kepada Allah.

http://reyzalmysterio.files.wordpress.com/2009/07/sewing_a_broken_heart.jpg

Terkesan dengan tazkirah yang diberikan selepas solat Isya' sebentar tadi oleh Ust Ubaidillah, bagaimana ciri-ciri neraka dan ahlinya. Ya Allah, ampunilah dosaku. Antara kata-kata yang dipetik daripada Iman Lais As-Samarqandi "Sekiranya api neraka sebesar jarum jatuh ke bumi, nescaya akan musnah dunia ini, dan begitu juga sekiranya pakaian ahli neraka digantung diantara langit dan bumi, nescaya akan mati seluruh penduduk bumi."

Lebih-lebih lagi dimusim ataupun fatrah imtihan ini yang banyak menguji keteguhan hati. Semangat selalu sahaja pudar dan susah untuk menaikkannya. Ya Allah, ini mungkin sahaja kerana maksiat yang aku lakukan. Ampunilah aku Ya Allah, sering saja aku jatuh kelembah maksiat, sungguh mudah syaitan mempengaruhi, ampunilah aku ya Allah, kekalkanlah aku dalam kebaikan.

Tertarik dengan satu artikel berkenaan dosa-dosa kecil yang kita lakukan. Mungkin kerana itu jugalah hati ini menjadi keras dan sukar untuk nur menembusi, natijahnya belajar semakin malas, ibadah semakin berkurang. Astaghfirullahalazim..

Ramai manusia tertipu oleh kata hatinya sendiri selepas diputar belit pengaruh syaitan. Syaitan berbisik ke dalam hati manusia: "Allah Maha Penyayang, rahmat-Nya meliputi segala sesuatu. Selepas kamu melakukan dosa kecil, mengapa Allah tidak juga menurunkan apa-apa bala ataupun azab disebabkan maksiat kamu itu? Bukankah dosa yang kamu lakukan itu ringan saja? Lepas buat bertaubatlah! Habis cerita. Jangan takut, amal baik kamu banyak lagi."

Tidaklah semudah itu menanggalkan daki maksiat dalam jiwa raga kita. Jika dikiaskan maksiat seperti kotoran yang melekat pada kain, boleh dihilangkan dengan sekali cucian saja, alangkah mudahnya. Asalkan dicuci dengan taubat maka hilang serta-merta. Sedangkan kain yang selalu diberus untuk menghilang noda tidak akan bertahan lama. Pasti koyak rabak akhirnya. Inikan pula hati manusia. Jangan diremehkan dosa kecil. Semakin kerap ia dilakukan walaupun dengan diiringi taubat, ia akan merosakkan hati dan seterusnya memberi kesan kepada amal perbuatan keseluruhannya.

http://problemamuslim.files.wordpress.com/2009/10/hatikunci.jpg

Apakah kesan daripada melakukan dosa kecil?

Merangsang untuk melakukan dosa besar. Jarang sekali ditemui seseorang yang tiba-tiba membunuh tanpa ada mukadimah pergaduhan atau pertelingkahan. Begitu juga orang yang berzina, pasti ada mukadimah rangsangan yang dilihat oleh matanya, ciuman atau sentuhan dalam pergaulannya.

Ibarat titisan air yang terus menerus boleh melubangi bongkah batu yang keras, maksiat dilakukan terus menerus akan memberi kesan kepada maksiat yang lebih besar lagi. Mata yang memandang gambar keji menjijikkan akan menyuruh kepada anggota badan yang lain untuk berzina. Sehingga Ibnu Abbas berpendapat: "Tidak ada dosa kecil jika terus menerus dilakukan. Kerana ia akan merangsang seseorang melakukan dosa besar."

Kadang-kadang perbuatan baik yang dilakukan hamba walaupun kecil dan ringan, bagi Allah ia sungguh bermakna. Demikian juga sebaliknya, dosa yang bagi manusia sedikit tetapi cukup membuat Allah murka hingga hari kiamat. Seperti Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Adakalanya seseorang melepaskan sepatah kata daripada kata-kata yang diredai Allah yang dia tidak menyangka hal itu sedemikian rupa, tiba-tiba dicatat oleh Allah dalam keredaan-Nya sehingga dia berhadapan dengan Allah dalam keadaan diredai. Demikian pula ada kalanya seseorang bercakap sepatah kata daripada kata-kata yang membuat kemurkaan Allah yang dia tidak menyangka akan sedemikian rupa tiba-tiba dicatat oleh Allah dalam kemurkaan-Nya hingga hari kiamat."
(Hadis riwayat Imam Malik dan al-Tirmizi)

http://neollene.com/wp-content/uploads/2009/09/ibadah-semakin-hari-semakin-hilang.jpg

Berasa aman daripada azab Allah.

Orang yang sentiasa melakukan dosa kecil beranggapan dia boleh berpegang kepada tali rahmat dan kasih sayang Allah sehingga tidak akan mungkin terjatuh ke dalam jurang kebinasaan. Tetapi sayang, dia sesungguhnya lupa terhadap sifat Allah yang Maha Adil saat membalas setiap kejahatan. Bukankah sudah datang khabar daripada wahyu yang menyatakan perbuatan yang besar atau kecil semuanya tertulis dalam kitab catatan amal manusia? Setiap pandangan yang menyimpan syahwat, kebencian atau kedengkian segalanya dirakam dengan begitu rapi. Perkataan yang mewakili fitnah, ghibah dan kekotoran zina juga tidak luput daripada pemerhatian dua malaikat pencatat amal. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan diletakkan kitab catatan, lalu kamu akan melihat orang bersalah ketakutan terhadap apa yang tertulis di dalamnya, dan mereka berkata: "Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak pula yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada tertulis. Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juga pun."
(Surah al-Kahfi, ayat 49)



Tetapi mengapa manusia masih merasa aman daripada azab dan hukuman Allah? Mungkin kerana azab Allah itu tidak terus diturunkan serta-merta selepas mereka melakukan maksiat. Cuba anda bayangkan selepas melayari laman web lucah seseorang terus dijangkiti penyakit mata merah yang rasanya gatal dan pedih bukan kepalang. Pasti tidak ada seorang manusia pun berani melihat benda keji seperti itu. Ataupun selepas mengumpat, mengeji dan memfitnah orang lain tiba-tiba orang itu terkena kanser di mulutnya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDS6Gur512FnaUiEQok9xuDayM1tJB3kiY7UdFEB1SK-TjWS8PSh7IscSYGYqXQ682mii4KCJg_hNHMiy5NuAqecVdWJIxU0tDqEdpOOzvIYo1oUmmbgXE58YP2EWAB3hH26T0npahu_xl/s1600-r/Red%2520Eye%2520Macro.JPG

Selepas puas makan harta anak yatim perutnya membuncit. Perkara ini tak pernah berlaku disebabkan kelembutan Allah kepada makhluknya. Namun demikian, masih saja mereka yang bermaksiat itu berdalih: "Mengapa Allah tidak membalas kejahatanku ini? Aku masih hidup dengan limpahan nikmat-Nya, tidak ada musibah dan seksa yang menimpa diriku." Lantas dia menyangka baik apa-apa perbuatan jahat yang dilakukannya. Padahal Allah hanya menangguhkan balasan atas kejahatannya itu untuk menguji sekebal mana imannya melawan libasan pedang maksiat. Al-Quran menggambarkan manusia yang merasa aman daripada perbuatan maksiat dalam firman Allah yang bermaksud:

"Mengapa Allah tidak menyeksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu? Cukuplah bagi mereka Jahanam yang akan mereka masuki dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali."
(Surah al-Mujadilah, ayat 8)




Mencemarkan jiwa dan menghilangkan rasa nikmat dalam beribadah.

Dosa kecil yang dilakukan terus menerus walaupun boleh dihapuskan dengan melakukan solat dan berpuasa seperti mana disebut dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sembahyang lima waktu, Jumaat hingga Jumaat dan Ramadan hingga Ramadan menjadi penghapus dosa di antaranya. Jika kamu menjauhkan dosa besar."


http://images2.wikia.nocookie.net/beidipedia/images/c/ce/Allah.jpg

Akan tetapi kekerapan melakukan dosa bagaimanapun akan membawa pengaruh buruk dalam keseluruhan peribadi seorang Muslim. Setiap perbuatannya yang mewakili kejahatan akan membekas di dalam jiwa. Apabila perbuatan dosa itu semakin sedap dilakukan, maka akan dicabut nikmat dari dalam hati hamba ketika bermunajat kepada Allah. Dan digantikan dengan azab yang tidak nampak. Apakah bentuk azab itu? Tahukah anda azab yang paling menyakitkan berbanding kanser, muflis, dipulaukan kawan, dijarah harta benda, dilucutkan daripada pangkat dan jawatan bahkan diaibkan di dada akhbar?

Azab ini begitu berbahaya, mematikan kesucian jiwa hingga meranapkan binaan iman. Azab yang melanda hati. Iaitu apabila hati tidak merasai kemanisan berdekatan dengan Allah, apabila kenikmatan ibadat itu telah dicabut daripada rongga hati. Selagi mana seseorang itu melakukan dosa dia tidak akan merasai nikmatnya beribadah. Apakah ada kekhusyukan ibadat bagi orang yang menyimpan amarah, dengki dan cemburu kepada orang lain? Adakah terasa nikmatnya berpuasa bagi orang yang tak pernah puas melayani hawa nafsunya? Adakah berkesan ibadat zakat dan sedekah bagi mereka yang tamak kepada harta orang lain?

Adakah nikmat merasai kelazatan al-Quran bagi orang yang suka membaca aib orang lain dengan begitu teliti. Semua itu adalah akhir daripada rentetan panjang sejarah dosa kecil yang dilakukan, bermula secara senyap, sedikit dan tidak nampak. Akhirnya menjadi kebiasaan, terang-terangan tanpa rasa malu dan takut. Bermula melakukan dosa kecil berakhir dengan kejahatan besar yang menjadi penyesalan buat selama-lamanya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj35vOyueHAXfQDC_6csn55k5ddNTuB62K8fIvGrduplhb0ao2I0JJiPS9qWrCwISOTeUL2WjU1D-BcES8zsTqBJq29AfilaYrO7HzF6K0XFyBlz_UPXf-QB9wdjebU31D2-8ZBnVD9Beas/s1600/heart11.jpg
Hati ibarat kuntuman ros yang pada awalnya segar, namun seandainya tidak dijaga dan dibaja ia akan terus layu dan jatuh gugur ke bumi.

MillatFacebook Cabar Facebook

1 komen mengomen
ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.

Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.

“Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.
Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat.

– AFP

P/s aminmenulis : Jom join Millat Facebook. Cepat, tinggalkan facebook anda yang dimiliki yahudi.

Siswi Tanta Pula Diganggu Arab

0 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Saban hari kita dengar ada sahaja kes-kes yang melibatkan mahasiswi, dan saya postkan berita ini bukan untuk memberi gambaran negatif ataupun menakut-nakutkan pelajar samaada mahasiswi yang sedang belajar di Mesir ataupun yang akan melanjutkan pelajaran disini pada tahun hadapan. Namun sekadar peringatan bersama agar lebih berhati-hati kerana telah banyak kes yang berlaku sebegini akibat pelbagai aspek. Maka, sama-samalah kita mengambil iktibar dan pengajaran dari setiap yang berlaku agar ia tidak berulang kembali. Wallahua'lam.


Terkejut apabila terbaca artikel daripada Info Kini dan EDPMT yang menyiarkan tentang gangguan arab terhadap 2 siswi kita. Isy.. Sila baca artikel di bawah ini..
(link) (link)

Tanta 27 Mei: - Satu laman persatuan mahasiswa pelajar telah melaporkan satu kejadian yang menimpa mahasiswa kita dibumi mesir. Kejadian cabul oleh bangsa arab terhadap mahasiswi malaysia yang keseterusnya pula dilaporkan berlaku di muhafazah Tanta. Kejadian yang melibatkan mahasiswi malaysia ini terjadi dibanggunan penempatan yang menempatkan mahasiswi malaysia dibumi tanta. Semoga dengan kejadian ini dapat menjadi iktibar untuk semua warga negara malaysia dibumi mesir dan diharap agar dapat lebih berhati-hati walau dimana anda berada.

Berikut laporan yang melaporkan kejadian yang berlaku ditanta semalam:

Jalan Syuber, 26 Mei - Sebuah peristiwa yang tidak diingini berlaku tengah hari tadi sekitar waktu Zohor apabila dua orang siswi Malaysia diganggu oleh seorang arab Mesir.
Rentetan daripada itu, Pengerusi DPMT, Saudara Dzulhilmi bin Roslan dihubungi oleh AJK PCT bagi melaporkan kes berkenaan.

Sejurus selepas itu, beliau yang ditemani oleh Ketua UKKS, Saudara Mohd Adam bin Ramli dan Penghulu Kamsis Syarbini, Saudara Mustafa bin Muhammad bertemu dengan mangsa bagi mengetahui duduk bangun kisah sebenar daripada mulut mangsa.

Dalam pertemuan yang turut dihadiri oleh Penasihat PCT, Saudara Zulkifli bin Mohammad tersebut, mangsa yang dirahsiakan namanya menceritakan peristiwa yang baru sahaja dilaluinya secara terperinci.

Menurutnya yang hadir bersama AJK PCT Siswi, seorang warga tempatan telah menceroboh masuk ke ruang legar di bawah bangunan agen Medik Mesir Siswi.
Katanya, arab tersebut kemudiannya memanggil siswi yang berada di dalam rumah, tetapi tidak dilayan. Selepas itu, arab tersebut yang berkemungkinan berasa kecewa terus menghilangkan diri.

"Walau bagaimanapun ia datang kembali dan bertindak mengganggu dengan meraba kami berdua yang secara kebetulan berada ruangan bawah bangunan," kata salah seorang mangsa yang tidak menyangka kejadian sebegitu akan menimpa dirinya.

Tambah mangsa, ketika mengalami detik-detik cemas tersebut, dia hanya mampu menjerit sebagai tindakan mempertahankan diri dan berharap mendapatkan pertolongan daripada rakan-rakannya yang lain.

Katanya lagi, dia berasa lega kerana tindakan tersebut berjaya mendatangkan kesan apabila arab berkenaan melepaskannya dan segera bertindak melarikan diri.

Ketika ditanya bagaimana arab tersebut boleh menceroboh masuk ke dalam bangunan, mangsa memberitahu bahawa terdapat rakan sebangunan dengannya terlupa untuk menutup pintu pagar utama selepas membuang sampah.

Diminta mengulas kejadian berkenaan ketika dihubungi wartawan, Saudara Dzulhilmi menyifatkan bahawa kejadian tersebut berpunca daripada kecuaian pelajar yang akhirnya telah membuka peluang kepada arab berkenaan masuk ke dalam bangunan dengan mudah dan melakukan gangguan seksual terhadap siswi kita.

Ia sepatutnya menjadi pengajaran kepada seluruh pelajar khususnya siswi agar kejadian sedemikian tidak berulang kembali.

Ini kerana menurut beliau, bukan kali pertama kejadian sedemikian berlaku di Tanta.

Beliau yang menerima laporan kes berkenaan mengambil tindakan menghubungi pihak Keselamatan Mesir dengan segera. Walau bagaimanapun beliau diminta untuk menghubungi Polis Bahagian Aduan Kecemasan.

Polis daripada bahagian tersebut tiba bagi mengambil maklumat daripada mangsa dan menasihatkan kepada mana-mana mangsa gangguan seksual agar mendapatkan bahan bukti seperti gambar bagi memudahkan siasatan dan tangkapan sekiranya ia berulang kembali selepas ini.

Kes ini turut dimaklumkan pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang diketuai oleh Presidennya, Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime. Turut mendapat makluman, Ketua Lajnah Muhafazah, Saudara Mohd Azlan bin Hj. Alias.

Apa yang berlaku hari ini perhatian yang serius daripada pihak DPMT dan PCT. Sehubungan dengan itu, Saudara Dzulhilmi menasihati semua warga Tanta sama ada Perubatan mahupun Pengajian Islam agar meningkatkan tahap keselematan di kediaman masing-masing daripada segala aspek. Ini bagi memastikan kes-kes seperti kecurian, ganggguan seksual, dan lain-lain dapat dielakkan lebih-lebih lagi di musim peperiksaan.

Menurut beliau, seolah-olah menjadi kebiasaan apabila tiba musim peperiksaan, kadar kes yang melibatkan pelajar Malaysia di sini meningkat.

Selain daripada itu, beliau juga berharap kes sedemikian dilaporkan dengan segera yang mungkin kepada pihaknya jika ia berlaku lagi agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil.

Peserta Konvoi Kemanusiaan Gaza Peluk Islam

1 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah,

Peter Veana, Peserta Konvoi Kemanusiaan ke Gaza Memeluk Islam

Istanbul- Ahad 23 mei 2010. Jam 10 malam waktu Istanbul, di hadapan pejabat IHH Insani Yardim Vakfi di Fateh, bersempena dengan keberangkatan konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, telah diadakan acara kesyukuran sempena kemasukan Peter Veana, 63 tahun, ke dalam agama Islam. Peter yang merupakan seorang berasal daripada Isle of Wights di Selatan England, kemudiannya menukar nama beliau kepada Muhammad Fatih.


Peter Veana (melihat ke arah kamera) kini Muhammad Fatih, beberapa saat sesudah bersyahadat di depan Markas IHH. Foto: Sahabatalaqsha.com & Hidayatullah.com

Acara tersebut berlangsung sederhana dan sangat mengharukan, di antara anggota rombongan ada yang memberikan hadiah spontan berupa kopiah, baju jubah dan tasbih. Turut hadir memberikan ucapan tahniah dan doa selamat kepada Peter termasuklah Dr. Nawaf Takruri Ketua Persatuan Ulama Palestina di Syria, Syekh Abdul Ghani Atamimi Ketua Persatuan Ulama Palestina di Luar Negeri, dan juga hadir Ust Ferry Nur, ketua KISPA Indonesia.

Laungan takbir bergema di depan pejabat IHH pada malam itu sebagai ungkapan haru atas hidayah dan anugerah yang telah diberikan Allah kepada Muhammad Fatih. Beliau pernah menyertai rombongan Viva Palestina ke-3 pada bulan Januari tahun 2010 yang lalu, sekarang dengan penuh kesedaran yang tinggi masuk ke dalam agama Islam.

Sumber : Lifeline4Gaza

Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang Hadiri Persidangan Pemimpin Dunia Islam di Turki

0 komen mengomen
19th International Congress of the Muslim Brotherhood Convention will be held in Istanbul with leaders of many communities around the world.
Wednesday, 26 May 2010 14:55

World Bulletin / News Desk

19th International Congress of the Muslim Brotherhood Convention will be held in Istanbul with leaders of many communities around the world.

The old and the new leaders of many organizations in the Islamic world will come together to discuss the world politics and situation in the Muslim world during the International Congress of the Muslim Brotherhood Convention, the Youth Forum and the Teachers' Congress.

Former Turkish PM Necmeddin Erbakan, Sudan's former President Zeheb, one of the major names of the resistance in Afghanistan Burhanuddin Rabbani, Malaysia's former Prime Minister Abdulhadi Awang, one of the leaders of Egypt's Muslim Brotherhood Ketatini, Jamaat-e-Islami's former president Ghazi Hussein Ahmed, Hamas's political leader Halid Mashal will participate in the conferences.


islamic-leaders1.jpg

Laman web Turki, Worldbulletin.net hari ini menyiarkan berita Persidangan Pemimpin Dunia Islam ke-19 yang akan berlangsung hari ini di Istanbul. Turut menyertai persidangan tersebut, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) YB Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang. Beliau turut akan membentang satu kerta kerja dipersidangan tersebut. Berita lanjut boleh klik Worlbulletin.net

Sanah Helwah Ayah

6 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sayang khas buat Ayahanda tersayang.

Hj Salleh bin Farmin,
Kerana hari ini 25 Mei merupakan tarikh lahir beliau yang ke 53. Tapi, ayah masih muda, tetap maintain, baru 53 kan yah kan? Ayah joging lag tak sekarang? Hehe.. Kalau tak joging kurang sket la mantanence. Kui3.. Semoga dengan bertambah umur ayah, makin bertambah la amalan amin doakan. (^_^).




Anak-anak ayah doakan agar ayah sentiasa sihat, kuat, panjang umur dan diberi hidayah oleh Allah s.w.t. untuk terus mendidik dan menyayangi kami sampai ke syurga. aminn. Huhu.. [Rinfu la plak dekat ayah] Takpe, kita jumpa masa ayah datang mesir untuk trip ke-2 ke Mesir bulan 7 ni InsyaAllah mudah-mudahan.

Rindu rasa nak tolong ayah, selalu kalau nak apa-apa Ayah selalu suruh amin, pergi kedai, pergi situ, pergi sini. Paling tak tahan ayah suruh wakilkan untuk hadir mesyuarat PAS cawangan Bandar Seri Putra haritu sebab ayah tak sihat. Huhu.. Nasib baik la anak ayah ni pandai cakap, kalau tak mau membisu jer dalam mesyuarat tu. Dahla suma dalam tu orang tua [dewasa], budak-budak takleh main politik, belajar-belajar. hehe.. Tapi nak wat camner, last ayah kena hadir jugak sebab mereka berhajat kepada ayah dan amin pun dah tak reti dah nak terangkan camne lagi.



Ayah minat sangat berkebun dan menternak. Kalau kat rumah takde pokok tak sah, tapi takpe. Hobi kita sama kan yah kan. Hehe.. Paling suka pokok orkid la. Banyak kat umah. Dulu masa kat Johor, ayah ada nursery tapi lepastu kena pindah Terengganu, sebab kerajaan negeri panggil. Tapi, still tak dapat dipisahkan dengan hobinya, jadila GM [bukan Goreng Mee] General Manger [Pengurus Besar] Sutra Semai [semai kat belakang tu, ofcourse la kait dengan pokok] hehe..

Lepastu ayah suka sangat bela ayam, tapi amin suka makan jer. hehe.. Masa duduk johor, fuh.. bukan main besar reban ayam. Yela, sebab kawasan rumah besar separuh padang bola. [hais, besar sangat tuh, suku padang la, kira besar la jugak]. Lepastu pindah Terengganu, masih jugak bawak ayam-ayam tu. Takleh tinggal, masa nak pindah naik kapal terbang, sebab masa tu tiket murah lagi sebelum MAS naikkan harga tiket.

Mujur ayam tu taknak ikut sekali naik 'flight'. Tapi, sekarang dah duduk Selangor, takde la nak bela. Sebab takde tempat, kawasan belakang pun kecik jer. Tu pun still bawak lagi sangkar yang kecik. Tapi ayamnya dah takde la. Innalillahiwainna ilaihi rajiun.. Abis kena sembelih.



Ayah dulu lulusan Univesti Pertanian Malaysia [UPM] tapi sekarang dah jadi Univesti Putra Malaysia sama-sama dengan Ibu. Hehe.. kira berjumpa masa dekat sana la dulu. Akhirnya berkahwin sampailah sekarang, hidup bahagia, aman dan makmur, sejahtera, berkebajikan. [macam tema pilihanraya la plak, hehe] panjang plak. Nak ucap Selamat Hari Lahir je.

~Selamat Hari Lahir Ayah. ~

Kat bawah ni lagu khas buat ayah. Sila dengar ye kalau ada masa. hehe..




Ketika berjauhan
Masih ku rasa
Hangat kasihmu ayah
Betapa ku rindukan
Redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada....keresahan

Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian

Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihat ku Berjaya
Bila ku kegagagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa....kau iringkan

Tak dapat ku bayangkan
Hidupku, ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkn
Tersemat di hati

Kenapa Hati tak tenang? Tenanglah wahai hati..

2 komen mengomen
Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.
Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

http://i205.photobucket.com/albums/bb77/chimaira101384/heart.jpg

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..

Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...

http://musicalstewdaily.files.wordpress.com/2009/02/broken_heart_by_starry_eyedkid-1.jpg

Sumber
Justify Full

Renovation blog aminmenulis

3 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.


Kepada pengunjung yang dirahmati Allah sekalian, harap maaf daripada admin kerana pengubahsuaian sedang dilakukan sebentar tadi. Moga-moga dengan pengubahsuaian ini menjadikan blog ini lebih kemas dan ceria untuk dibaca. Sekian, terima kasih.

Mengapa Hendak Berbilang Persatuan @ Jemaah ? - Ust Nazrul

0 komen mengomen
Perbincangan berkenaan berbilang-bilang jemaah ini telah lama dibahaskan. Namun sehingga sekarang masih belum ada kata putus , malah tidak salah saya katakan masing-masing akan mempertahankan hak masing-masing.

Si jemaah A akan mengatakan bahawa kamilah yang terbaik. Si jemaah B pula turut mengatakan yang sama.

Saya mengharapkan perbincangan ini akan membuka minda semua pihak . Baca dan telitikan terlebih dahulu. Lihat hujjah dan perbahasannya . Jangan hanya kerana yang menulis ini bukanlah Presiden Pertubuhan ini, Ikatan itu maka terus diletakkan bahawa apa yang ditulis ini semata-mata untuk memenangkan sebuah pihak semata.

ISLAM DATANG MERUNGKAI KARAT JAHILIYYAH

Sebelum kedatangan Islam, manusia hidup berpuak-puak , bersuku-suku dan mengikut hawa nafsu masing-masing. Puak A ini mengatakan : “ Kamilah yang terbaik”. Puak B , C dan D juga mengatakan perkara yang sama. Apa natijahnya? Ya , semua sudah pasti bahawa yang akan berlaku pastinya perpecahan dan perbalahan.

Kedatangan Baginda sallallahu alaihi wasallam memberikan sinar baru kepada umat manusia. Manusia yang sebelumnya hidup dengan membeza-bezakan antara satu sama lain, akhirnya berpegang dengan slogan “ Kita semua adalah sama, datang dari Bapa yang SATU iaitu Saidina Adam alaihi al-salam, Ibu yang SATU iaitu Saidatina Hawwa’ alaiha al-salam, yang membezakan hanyalah iman dan taqwa di sisiNya”.

Kedatangan Baginda sallallahu alaihi wasallam membawa sebuah perpaduan kepada umat manusia. Berpegang dengan SATU aqidah iaitu Islam, beriman dengan tuhan yang SATU iaitu Allah taala. Karat jahiliyyah fahaman berpuak dan bersuku yang berpasak kuat di hati masyarakat manusia ketika itu berjaya dirungkai satu persatu oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam.

Kesimpulan perbincangan pertama kita : Berbilang-bilang kebanyakkannya membawa kepada perpecahan , manakala perpaduan di bawah satu panji pastinya akan membawa kemenangan dan kemegahan kepada umat Islam.

KISAH SAYA DAN SYAIKHUNA MUKHTAR AL-JAZA’IRI HAFIZAHULLAH

Satu hari sekitar tahun 2005 saya berjalan bersama Syaikhuna Mukhtar al-Maliki al-Jaza’iri hafizahullah. Ulama muda daripada Negara Algeria ini merupakan lepasan Ma’had Fath al-Islami serta pelajar Sarjana University al-Azhar al-Syariff. Saya sempat mempelajari ilmu Nahwu, hadis dan sedikit perbahasan fiqh Maliki dengan Syaikhuna sepanjang bersama dengannya.

Waktu Maghrib sudah masuk hampir 10 minit. Kebetulan kami melalui sebuah masjid berdekatan dengan Hayyu Sabiek, Madinat Nasr Kaherah. Saya bersama Syaikhuna terus memasuki masjid tersebut. Namun , kami dapati solat jemaah telah selesai dilaksanakan. Syaikhuna lantas menarik tangan saya untuk menuju ke Masjid lain . Saya bertanya “ Kenapa perlu ke masjid lain? Bukankah boleh sahaja kita laksanakan solat secara berjemaah di bahagian belakang?”

Syaikhuna menjawab : “ Di sisi kami yang bermazhab Maliki, jika telah selesai solat jemaah di sebuah masjid yang punya Imam Tetap , maka dilarang bagi seseorang yang datang lambat untuk menunaikan solat secara jemaah di belakang jemaah pertama yang telah selesai. Ini berbeza dengan mazhab kamu ( Syaikhuna mengisyaratkan kepada mazhab yang saya pegangi iaitu Mazhab al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu)”

Saya kurang faham mengapakah para ulama Malikiyah mengeluarkan pendapat sedemikian. Lalu saya bertanya kepada Syaikhuna tentang kekeliruan tersebut.

Syaikhuna menjawab : “ Ini kerana, kita ingin menjaga perasaan Imam Tetap tersebut. Bimbang beliau terasa bahawa jemaah yang dilakukan selepasnya adalah kerana tidak menyukai dirinya serta kami tidak mahu melakukan banyak jemaah di dalam sebuah masjid yang sudah punya imam yang dilantik.”

MasyaAllah, terus terlintas dibenak fikiran saya, Betapa cantiknya perbezaan mazhab sehingga permasalahan perpecahan juga turut menjadi perbahasan utama hatta di dalam hukum berkaitan imam dan makmum.

Maka saya terfikir, jadi mengapa perlu ada banyak persatuan sedangkan persatuan pertama telah ada tertubuh ? Adakah kerana tidak menyukai pimpinan persatuan pertama maka perlu untuk ditubuhkan persatuan kedua? Atau merasakan bahawa pimpinan persatuan pertama kurang mantap dan sedap bacaannya dan tarbiahnya berbanding persatuan kedua?

Ya , permasalahan ini sama sahaja isunya.

BERBILANG-BILANG PERSATUAN SAMA SEPERTI BERBILANG MAZHAB???

Ada seseorang melontarkan soalan kepada saya : “ Apa kata jika kita menganggap bahawa berbilang-bilang persatuan ini adalah seperti berbilang-bilang mazhab? Maka sudah tentu tiada masalah”

Saya menjawab : “ Berbilang mazhab di dalam Islam adalah untuk membawa kemudahan kepada Umat Islam. Tidak terdapat seorang pun di kalangan umat Islam yang baik fikirannya akan beranggapan bahawa wujudnya empat mazhab di dalam Islam membawa kesusahan kepada umat. Adakah isunya sama seperti tertubuhnya banyak persatuan? Saya yakin kedua-dua belah pihak persatuan akan merasakan bahawa hakikatnya bukan kemudahan yang berlaku, malah perbalahan dan pertentangan”

Maka qiyas yang digunakan sudah tentu tidak sama natijahnya. Maka para ulama Usul Fiqh menamakan kaedah qiyas sebegini sebagai qiyas ma’a al-Fariq ( iaitu melakukan perumpamaan dengan perkara yang berbeza permasalahannya dan natijahnya).

Saya melalui kehidupan berpersatuan, dan bukanlah saya tidak pernah bertemu dengan kepimpinan sebelah pihak yang lain. Kita pernah bertemu dan berbincang mengapa perlu banyakkan? Mengapa ada tohmahan dan fitnah sana sini yang berlaku?

Pokok takkan bergoncang kalau tidak ada angin atau orang yang menggoncangnya.. Jika sebelah pihak tidak memulakan serangan dan merealisasikan "perpaduan TEORI" yang dicanangkan maka kita tidak akan sesekali bangkitkan isu ini. Namun sepatutnya pihak-pihak terbabit perlulah meneliti semula , di mana silapnya pergerakkan kita sehingga berlakunya perpecahan sebegini?

JANGAN BERTEORI SEMATA

Ramai yang suka berteori semata, namun tidak melihat kepada keadaan semasa serta hakikat yang berlaku di hadapan mata. Jika sudah nampak sekalipun, tetap dibutakan mata . Berteori dengan mengatakan bahawa berbilang-bilang sebenarnya membawa kebaikan.

Ya , kita tidak mengatakan bahawa berbilang-bilang itu keseluruhannya membawa keburukan. Namun kebanyakkannya ke arah keburukan. Jangan hanya melihat buruk itu pada maksiat semata. Luaskan skop pemikiran berkenaan “ BURUK”. Berpecah, berburuk sangka, merasakan kami yang terbaik, itu juga merupakan perkara yang BURUK.

Seseorang pernah mengeluarkan teorinya : “ Apa masalahnya kita berbilang-bilang persatuan dan jemaah? Anggap sahaja kita seolah-olah menaiki dua kapal menuju ke pulau ISLAM yang satu. Kan tidak ada masalah?”

Kita menjawab kembali: “ Ya itu jika tidak berlaku permasalahan di pertengahan jalan. Namun apa yang berlaku, kapal yang satu lagi belum pun sempat sampai ke Pulau ISLAM yang menjadi hadaf bersama telah dibom dipertengahan jalan. Maka masing-masing berbalas tembakan meriam. Akhirnya , kedua-duanya karam. Maka mulalah kapal Lanun-Lanun Antarabangsa mendarat di pulau Islam dan meratah isinya. Mengapa? Kerana teori-teori sebeginilah”

Umat Islam sekarang perlu hidup ke arah realiti. Jangan hanya suka berteori itu dan ini.

Jika di dalam Daulah Kecil semasa hidup bepersatuan kita sudah tidak mampu untuk melaksanakan perpaduan dan kesatuan. Maka tidak hairanlah nanti jika tertubuhnya Daulah Besar Kerajaan Islam akan tetap timbul permasalahan sebegini. Permasalahan tidak puas hati dengan Kepimpinan, Kepimpinan tidak mantap tarbiyahnya, Kepimpinan itu dan ini tetap akan timbul jika semasa berada di Daulah Kecil Persatuan tidak mampu dipraktikkan.

TIDAK BERSETUJU BUKAN BERMAKSUD MENAFIKAN KEWUJUDAN

Saya tidak menafikan bahawa berbilang-bilang itu wujud. Jika saya menafikan perkara tersebut maka bodohlah saya. Realitinya perkara tersebut telah berlaku. Cuma apa yang ingin saya persoalkan , mengapa perlu wujudnya berbilang-bilang?

Di sini bukan kita ingin timbulkan permasalahan gila kuasa dan sebagainya. Cuma ingin melaksanakan kaedah “ Pimpinan pertama yang perlu ditaati”. Maka jika sudah ada pimpinan pertama di sebuah kampung, mengapa perlu adanya sebuah lagi kumpulan yang datang dan ingin memimpin orang-orang kampung tersebut sedang kepimpinan pertama masih lagi mampu memimpin dan tidak membawa orang-orang kampung tersebut ke arah kerosakan dan maksiat?

SEJARAH MEMBUKTIKAN : PERPECAHAN MENGGEMBIRAKAN MUSUH, MELETIHKAN KAWAN

Charles Martil selaku pimpinan tentera Eropah semasa peperangan dengan umat Islam yang dipimpin oleh Abdul Rahman al-Ghafiqi rahimahullah mengatakan bahawa :

“ Kita tidak perku bertentangan dengan mereka secara berdepan. Ini kerana kesatuan niat mereka serta perpaduan yang mereka pegangi menyebabkan seorang lelaki di kalangan mereka sahaja sudah memadai daripada bilangan yang ramai untuk mengalahkan kita. Kesatuan hati mereka lebih hebat daripada perisai-perisai perang. Maka apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah dengan mengalihkan pandangan mereka kepada perpecahan dan perebutan. Maka jika perkara sebegini berlaku , sudah tentu kita semua akan mudah menawan mereka”

Maka disebarkan secara sedikit demi sedikit fahaman perpecahan di kalangan umat Islam ketika tersebut. Apa yang berlaku selepasnya? Akhirnya Saidina Abdul Rahman al-Ghafiqi terpaksa memimpin tentera yang sudah mula berlaku perpecahan dalam di antara mereka. Setelah tujuh hari bertempur, Saidina Abdul Rahman al-Ghafiqi syahid di dalam peperangan tersebut. Umat Islam berada di dalam kerugian yang teramat sangat. Hasil perpecahan halus yang disebarkan musuh, menyebabkan pimpinan mereka sendiri terkorban. Allahu Allah.

Inikah yang kita kehendaki berlaku semula kepada umat Islam?

Perpaduan adalah sebuah mimpi ngeri kepada golongan musuh. Maka disebabkan itulah mereka menyebarkan dan terus menyebarkan api perpecahan dan pergolakan.

Seorang Oreantalis Barat , Laurance Brown mengatakan : “ Jika golongan muslimin bersatu di bawah satu daulah , maka ini akan menjadi laknat kepada alam dan akan menyebabkan bahaya besar berlaku . Namun jika mereka tetap berpecah dan bergolak , maka mereka akan berterusan di dalam keadaan lemah dan tiada memberi sebarang kesan kepada orang lain”

Kebanyakkan Oreantalis telah nampak akan hakikat perpaduan kepada umat Islam dan kebaikan perpecahan ini berterusan kepada mereka. Namun Umat Islam tetap leka, dan tetap menganggap bahawa kamilah yang punya tarbiyah terbaik lantas memandang rendah kepada umat Islam lain. Maka sampai bilakah akan berlakunya perpaduan jika sebelah pihak sahaja memperjuangkannya sedangkan tidak disambut baik oleh sebahagian yang lain?



Semoga semua dapat memikirkan dengan baik setiap perkataan yang saya coretkan di sini. Baca dengan hati terbuka dan fikiran yang matang. Jangan hanya cepat memberikan komentar itu dan ini sebelum cuba memahaminya dengan teliti. Bimbang akan terbuka pekung di dada.

Ya Allah, ampunkan dosaku jika hambaMu berlebihan. Amin Ya Rabbal A’lamin.

Rujukan :

1. تحديات سياسة تواجه الحركة الإسلامية karangan Mustafa al-Tahhan cetakan Darul Tauzi’ Kaherah

2. التمكين للأمة الإسلامية في ضوء القرآن الكريم oleh Dr Muhammad Sayyid Muhd Yusuf cetakan Darul Salam Kaherah

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Masjid al-Azhar al-Syariff & Masjid al-Asyraff
Rumah Kedah Transit Hayyu 7,
Kaherah, Mesir

PAS sedang satukan semua kaum : Abd Hadi Awang

0 komen mengomen
Keterbukaan PAS menerima orang bukan Islam menyertai parti Islam itu melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) membuktikan bahawa parti itu sedang menyatupadukan semua kaum di negara ini.

azlanHarakah Daily memetik presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, jika semua kaum di Malaysia digabungkan dengan baik, ia akan menghasilkan natijah yang baik untuk manfaat negara.

"PAS cuba menyatupadukan seluruh kaum di negara ini dengan membuka pintu kepada orang bukan Islam menyertai PAS.

"Ini terbukti apabila Kelab Penyokong PAS dinaiktaraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan pelancaran DHPP di Klang hari ini.

Sebagai gimik pelancaran, beliau menyentuh sebuah glob bertulis DHPP.

hadi awang pc 060609 02Dalam ucapannya, Hadi juga berkata, apa yang boleh menyatukan semua kaum ialah keadilan dan saling menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain, dan ia sedang dibuktikan oleh PAS.

Mengulas lanjut beliau berkata PAS mengambil langkah proaktif sewaktu memerintah Terengganu apabila membenarkan orang bukan Islam menjadi calon PAS bertanding pilihan raya.

"Ini membuktikan bahawa PAS tidak mengenepikan orang bukan Islam," katanya lagi.

Turut hadir Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari, Dr. Hatta Ramli, Ketua Penerangan, Idris Ahmad.

Manakala pimpinan lain termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali, Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum, Mujahid Yusof, timbalannya, Halimah Ali yang juga pengarah program serta pengerusi dan timbalan pengerusi DHPP Hu Pang Chaw dan N Balasubramaniam.

Cara yang betul mendeactivekan @ delete Facebook anda!

2 komen mengomen
Baru sekarang ini saya "dipertemukan" dengan poster di bawah ini.. Rasa macam terlambat. Iaitu tentang kaedah men"deactive"kan Facebook anda. Sila baca, dan DEACTIVEkan akaun Facebook anda sebagai tanda sayangkan Nabi Muhammad SAW

Cara pertama : Klik pada "account" dan pilih account setting


Lihat pada paparan di bawah sekali, klik "deactive"


Kemudian, pilih "other" dan sila nyatakan alasan untuk men"deactive"kan Akaun Facebook kita. Sila copy alasan di bawah ini, dan "paste"kan pada kotak tersebut. Kemudian, tandakan pada Opt (sekiranya anda ingin), dan tekan "Deactive My Account".

Alasan men"deactive"kan akaun Facebook :

I am deactivating my facebook account due to the creation of disgraceful and disrespectful groups that are going to draw MUHAMMAD on 20th May 2010.

It hurt my religious feelings as these groups violate the terms and conditions of facebook but they have not been banned yet.

Thus, I am recording my protest by deactivating my account which can be temporary OR if those groups will not be banned in future then I will never use facebook again




Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

Umma-united, myfriends2u alternatif anda menggantikan Facebook

1 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Isu penghinaan karikatur ke atas Kekasih kita sebagai umat Islam, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. melalui laman sosial Facebook mendapat bantahan seluruh dunia dan tindakan yang paling drastik telah dilakukan oleh beberapa negara termasuk menyekat dan mengharamkan terus laman sosial tersebut daripada dilayari oleh rakyat masing-masing.



Saya turut serta dalam usaha memboikot dengan menutup akaun dilaman tersebut. Maka, tidak boleh tidak pasti ada diantara kita yang sayang untuk menutup akaun tersebut kerana telah lama menggunakan laman tersebut untuk berhubung dengan sahabat-sahabat lama tanpa ada suatu altertnatif untuk menggantikannya.

Maka, saya telah mencari alternatif untuk sahabat-sahabat gunakan bagi menggantikan penggunaan Facebook yang terang-terangan menghina Islam. Antaranya umma-united.com yang seakan-akan seperti laman sosial Facebook.


Klik pada gambar untuk terus ke laman tersebut.

Walaupun pada permulaannya agak sukar untuk menggunakan laman tersebut. Namun sekurang-kurang dapat mengubati rindu dan kegatalan tangan yang sentiasa menggunakan facebook terubat dengan laman tersebut sekaligus menyatakan pendirian dan sensitiviti kita sebagai ummat Islam yang mengaku mengucap 2 kalimah syahadah. Tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Mungkin ramai yang bertanya, apa faedah kita memboikot @ menutup akaun kita di Facebook. Jawapannya ia akan merugikan pemilik laman sosial tersebut sekaligus menyekat pengliran wang tunai kepada Yahudi. Setiap kali anda LOG IN ke facebook, akan menyumbang sejumlah $5 kepada pihak Yahudi.

Maka, masihkah lagi kita mahu menggunakan lama yang terang-terangan memberi sumbangan kepada Yahudi laknatullah dan telah menghina Rasulullah yang kita cintai?

Namun ada sebuah lagi laman sosial yang hampir 90% menyerupai Facebook, iaitu myfriends2u.com yang mana saya mendapat maklumat ia kepunyaan kerajaan Malaysia kerana ia boleh dilihat pada muka hadapan laman tersebut yang tertera gambar KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Namun tidak dapat dipastikan kesahihannya, tetapi ia juga boleh digunakan sebagai alternatif dan ia lebih mudah.



Klik pada gambar untuk terus ke laman tersebut.

Ramai kawan-kawan yang mengatakan bahawa ia milik UMNO kerana pada pilihan semasa ingin mendaftar di laman tersebut, disertakan juga pilihan BELIA 4B. Mungkin juga ia sebagai alat untuk kerajaan membanci dan membuat penyelidikan terutama golongan muda belia. Namun, ini hanyalah andaian dan tidak boleh dijadikan fakta @ bukti. Sesiapa yang mempunyai maklumat bolehlah berkongsi disini.

Biar siapapun mereka, kita sebagai pengguna jangan terus bulat-bulat menyerahkan butir peribadi kita. Kerana ia boleh digunakan oleh mana-mana perisikan untuk berbagai tujuan lebih-lebih lagi dengan Isu yang menggemparkan negara, iaitu Kerajaan Malaysia menerima Nasihat daripada APCO Worlwide yang turut digunakan oleh perisikan Yahudi. Maka, berhati-hatilah dalam setiap tingkah laku kita. Gunakanlah saluran ini untuk kebaikan dan perjuangan Islam.

Saya memilih untuk menggunakan umma-united.com buat masa sekarang.

Kalau China Haramkan Facebook Selama-lamanya kerana Isu Nabi Muhammad, apa reaksi kita?

3 komen mengomen

Lukis nabi cetus perang di Facebook

Saya dah deactivekan akaun Facebook Saya!! Jom boikot!! Tunjukkan sensitiviti kita sebagai umat Islam!


2010/05/21

Warga Pakistan bantah idea kempen kartunis Amerika

SEATTLE: Idea kartunis Amerika Syarikat, Molly Norris, mengisytiharkan 20 Mei (semalam) sebagai ‘Everybody Draw Mohammed Day!’ (Hari Melukis Muhammad) menyebabkan beribu-ribu orang mengambil bahagian selain mencetuskan bantahan lebih ramai lagi menyebabkan Pakistan menyekat laman web Facebook.

Norris asalnya mengemukakan cadangan itu sebagai membantah keputusan rancangan Comedy Central menapis episod South Park memaparkan Nabi Muhammad dalam kostum beruang.
Cadangannya bulan lalu kemudian menyebabkan ramai pengguna Facebook mengambil bahagian dengan melukis wajah nabi di laman web itu.
Sehingga kelmarin, lebih 41,000 pengguna Facebook menyokong karikatur nabi di laman mereka, manakala 56,000 lagi membantah.

Sementara itu, Pakistan mengarahkan pembekal perkhidmatan internet menyekat Facebook kerana menggalakkan pengguna menyiarkan imej Nabi Muhammad
Kemarahan disuarakan di Pakistan dan negara lain kerana Islam melarang penyiaran imej Nabi. Kerajaan Pakistan bertindak selepas sekumpulan peguam Muslim memperoleh arahan mahkamah supaya menyekat Facebook sehingga 31 Mei.

Petang kelmarin, akses kepada laman berkenaan tidak menentu kerana pembekal perkhidmatan internet mula melaksanakan arahan itu.
Di Karachi, kira-kira 2,000 pelajar mengadakan perhimpunan dan mendesak Facebook diharamkan kerana membenarkan karikatur nabi disiarkan.

Berpuluh-puluh pelajar berhimpun di kawasan berhampiran sambil memegang papan tanda menggesa jihad terhadap penghina nabi.

Beberapa negara lain seperti China sudah mengharamkan Facebook buat selama-lamanya. – AP

p/s : Ada orang tanya, hilang tak friend dan lain-lain maklumat dalam FB tu kalau kita deactivekan?

Jawab saya, saya sanggup hilang semuanya demi Rasulullah s.a.w. Rasulullah begitu sayang kepada kita sampai akhir hayat baginda menyebut ummati,ummati,ummati. Tapi kita selamber jer orang menghina Rasulullah s.a.w.

Sedarlah bahawa Allah tidak akan ciptakan alam semesta ini kalau tidak kerana seorang insan bernama Muhammad Rasulullah Sallallahu alaihi wasalam.

Kalau tak boleh sangat nak deactive selamanya, buatlah paling kurang seminggu atau sebulan. Tunjukkan rasa cinta kita kepada Rasulullah s.a.w.

Aku Pulak Terima Akadnya..

2 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Berbagai ujian dan mehnah aku tempoh selama berminggu-minggu, perit menahan rindu, akhirnya hari ini dapat kami hidup bersama. Bila dua hati bertemu, tiada siapa yang mampu memisahkan kecuali mati.
Hari demi hari aku lalui hanya bertemankan sahabat, walaupun sentiasa disisi, namun tidak sama dengan yang aku miliki kini. Setelah ibunda dan ayahanda dan ahli keluarga tercinta merestui, aku pun segera untuk menunaikan hajat tersebut.

Haa.. Kalau semalam Ust Muzani dah terima akadnya, kali ni aku plak. Yes3..
Maka dengan itu aku terima akad jual beli handsetku yang baru. Tadaa.. Beliau yang ku sayang kini bernama Sony Ericcson w205 setelah handset MyImanku meninggal dunia. Hehe... Terima kasih ibu dengan ayah.

Aku Terima Nikahnya..

13 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,


النكاح سنتي فمن لم يعمل بسنتي فليس مني
"sabda Baginda s.a.w:nikah itu sunnahku,barangsiapa yg benci kpd sunnahku maka dia bukan daripada kalangan ku"

Assalamualaikum semua, maaf sangat2 sebab lambat update..

Masih kepenatan menguruskan Majlis Aqad Nikah tadi, semalaman tidak tidur. Lepas habis majlis terus terlelap. Maaf sebab tak dapat nak update terus selepas majlis. Lagipun laptop ni digunakan untuk pasang lagu semasa majlis berlangsung.

Alhamdulillah, Majlis akad nikah yang bermula jam 12 tengahari tadi selamat berlangsung dengan dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah bagi memohon kepada Allah s.w.t. agar program berlangsung dengan penuh berkat dan mendapat keredhaan Allah.

Tuan Khadi yang menyempurnakan akad nikah adalah Ust Mohd Hanif bin Naim yang juga merupakan Pegawai Hal Ehwal Pelajar Johor Mesir. Majlis dimulakan dengan menelefon keluarga sebelah perempuan, memohon kepada wali untuk mewakilkan Ust Hanif sebagai wakil wali seterusnya menyempurnakan majlis akad nikah.

Ust Hanif memulakan dengan membaca khutbah nikah ringkas sebelum akad dilafazkan. Kemudian bertanya kepada si pengantin lelaki samaada masih bujang ataupun telah berkahwin yang menggamit gelak tawa hadirin yang hadir.

Seterusnya sebelum akad nikah dilafazkan, khadi meminta kepada semua yang hadir untuk sama-sama beristighfar memohon keampunan Allah s.w.t. Dan Alhamdulillah, dengan sekali lafaz akad berjaya dilafazkan.

Seterusnya pengantin lelaki diminta untuk membaca lafaz taklik yang mana ia diharuskan demi bagi memastikan suami bertanggungjawab keatas isteri.

Antara fakta menarik untuk dikongsi. Ust Muzani dengan pasangannya Ustzh Norul @ U [nama glamer] merupakan schoolmate, di sekolah yang sama sejak tingkatan 4 di Sek. Men. Agama Atas Sultan Zainal Abidin, [SMA(A)SZA] Batu Burok, Kuala Terengganu sehinggalah menamatkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Kedua-duanya juga berumur 20 tahun. Menuntut dalam jurusan kuliah yang sama. Kuliah Syariah Islamiah tahun pertama di Universiti Al-Azhar cawangan Kaherah, Mesir.

Berangkat ke Mesir juga bersama dalam satu rombongan dan tinggal di Kompleks yang sama Asrama Rumah Terengganu, Mesir tapi blok yang berlainan yer..

Hadirin sedang menunggu majlis dimulakan.

Sedang menyiapkan dokumen yang berkaitan.
Pengantin berdebar2 nampaknya.

Hadirin ceria dalam majlis.

Percubaan @ latihan sebelum akad sebenar dilafazkan. Sempat lagi Muzani menjeling kepada hadirin.

Tersipu malu keltika latihan. Hehe..
Ai.. Takut ker? (n_n)
Teks khutbah yang dibacakan.
Istighfar sebelum akad dimulakan.

Akad pun dilafazkan.

Aku terima nikahnya Siti Norul Aini Hasmidar Bt Md Razali dengan mas kahwin RM418 tunai..

Ust Hanif bertanya kepada saksi adakah sah ataupun tidak. Jawab saksi tak sah sebab tertinggal "nya" perkataan "Aku terima nikah" Haha.. [saje je aku reka]

Barakallahulakuma wabaraka alaikuma wajamma'a bainakuma fil khair.

Bacaan doa yang dibacakan oleh Tuan Khadi, Ust Hanif.

Pen Emas Sakti yang menjadi saksi Aku Terima Nikahnya.. Hehe.

Saksi daripada Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah [JPMK]. En. Zulkifli Din.

Saksi. Ust Rozi Musa [Unit Bait Muslim KPT]

Saksi, Abdullah Amir Mohd Zabuddin.

Kalau nak nikah kena la sign dulu.

Muzani sedang membacakan lafaz ta'lik.'

Penuh bersemangat walaupun kadang tersilap. hehe.. Sepatutnya 4 bulan tapi jadi 4 hari. "Sekiranya sabit aku meninggalkan si isteri selama 4 hari.." yang mengamit gelak tawa hadirin.

Ucapan daripada Ust Syukri Nazar [TYDP Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu] mewakili ahli2 KPT.

Ucapan daripada YDP Melaka Mesir.



Ucapan wakil PMRAM. Ust Solehuddin.

Ucapan daripada Unit Bait Muslim KPT. Ust Rozi Musa

Sahabat lama Imtiaz Dungun. Dr. Amirul Afiq

Mantan BP, Ust Nik Rosdi yang sudah tidak lama lagi akan mendirikan rumah tangga dengar khabarnya.. hehe.


Sahabat daripada Melaka.

Sahabat seperjuangan yang sempat bergambar. Ramai lagi, tak larat nak upload, banyak sangat. sorry2..

Sahabat Imtiaz Dungun yang dapat hadir. Dr. Hakim, Dr. Abdullah, Ust Muzani, Dr. Amirul & Dr Al-Amin [Haha.. nak jugak Dr]

Pelamin

Makan2.. Pedas wo mee goreng tu.. Memang celup Melaka betul wahai tukang masak ni. Walaupun anak jati Terengganu.


Jamuan sudah tersedia. Takde nasi minyak yer. Sebab dah selalu sangat buat bila kenduri. Ini menu ringkas untuk majlis akad nikah. InsyaAllah, masa kenduri kesyukuran selepas periksa nanti dengan menu yang lebih istimewa. hehe.. tunggu bulan 7 nanti..

Men In Black. Ust Bukhari & Ust Abu Jihad.

Bukhari : "Ustzh nak kat saya ke? Jom kita kawin..!!"
Muzani : "Wei2.. bini aku tu, jangan nak main2. Aku belasah karang."
Abu Jihad : "No komen.. walaupun aku jeles"

Ust Khairuddin & Ust Azidi [Zidi, warna baju sama la dengan kain kat blakang tu.. hehe]

Sahabat Dr. daripada Mansurah. [Sory nama tak ingat]

Bersama roomate sejak sekolah F4 sampai kat Mesir. Ust Kamal Hafizullah. [Kamal, bila plak nak mengikut jejak langkah Muzani?]

Dr. Hakim & Dr. Amirul hanya mampu melihat Dr. Abdullah dipeluk Ust Muzani.. Hehe.. Bila la agaknya giliran korang. [Sedap nyakat aku tadi yer.. takpe2.]

Ust Jihad & Ust Abdullah Amir

Ust Che Ku & Ust Ismail gembira mengapit pengantin. Sebab team diorang sudah bertambah sorang. Team mutazawwijin. Huhu..

YDP KPT Ust Ridhuan. [Bila la agaknya Ust wan kita nih?]

Bersama Ust Alif.

Hadiah daripada PMRAM yang disampaikan oleh BP Ust Huzaifah. [Terima kasih Ust Pa, sampai awal. Memang komitmen sungguh BP kita ni]

Ust Soleh. "Ana bukan tak kawen syeikh, masalahnya ramai sangat orang nak" Hehe..

Untuk makluman, tiada gambar akhowat [perempuan/muslimah] samaada pegantin mahupun hadirin dibenarkan diambil oleh mana-mana Ikhwah [lelaki/muslimin] demi menjaga kemaslahatan bersama dan menjaga Ikhtilat serta timbulnya fitnah dikemudian hari. Jadi disini tidak disiarkan gambar pengantin perempuan dan hadirat yang hadir. Sekian harap maklum.

p/s : Ramai yang memuji keprofesionalan Ust Hanif mengendalikan majlis selaku juru nikah. Tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek, takde nak komen itu dan ini. Terus kepada perkara penting yang berkaitan dengan nikah. Jazakallahu khairan Ust Hanif. Lepasni ana plak ye. hehe..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers