Akad Nikah Khamis Ini

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah s.w.t. Setelah lama berusaha untuk mendirikan sebuah 'Masjid" dalam memenuhi keperluan fitrah seorang manusia dan mengikut jejak sunnah Rasulullah s.a.w. Akhirnya, Majlis Akad Nikah yang telah lama dirancang akan berlangsung pada 20-05-2010.

Setelah pelbagai cabaran dan dugaan datang menempuh, akhirnya hari bahagia itu akan tiba jua. Syukur kepada Allah s.w.t. kerana mengurniakan nikmat yang amat besar ini. Namun, ujian itu tidak pernah mundur dari menerjah menguji ketabahan diri. Hanya Allah yang tahu betapa berat menanggung rindu dan derita untuk merealiti dalam menjalinkan sebuah ikatan dan perhubungan yang dihalalkan oleh Islam dan digalakkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Tahniah kepada sahabat baik ana Ust Ahmad Muzani bin Abd Rahman yang bakal melangsungkan perkahwinan/majlis akad nikah dengan pasangannya Ustzh Siti Norul Aini Hasmidar bt Md Razali. Kedua-kedua mereka sahabat ana sejak sekolah lagi. Ust Muzani merupakan sahabat baik ana sejak tingkatan 1 lagi di Kolej Sains & Teknologi Al-Quran Yayasan Terengganu Besut, kemudian di Imtiaz Dungun dan sama-sama berpindah mengambil jurusan agama di Sek. Men. Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) Batu Burok, Kuala Terengganu, sehinggalah menamatkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di sekolah yang sama dan kini sama-sama melanjutkan pelajaran di dalam bidang Syariah di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.
Ni la Aisya,ololo..ngantuk ye..


Comelnyer die..cak!!


'Ammu saayang Aisya..mmmuah..


Manakala pasangan beliau merupakan rakan sekelas semasa sekolah rendah (Darjah 6) di Sek. Keb. Durian Burong. Kemudian sekali lagi menjadi rakan sekelas semasa di SMA(A)SZA. Apapun tahniah kepada antum berdua, semoga bahagia hingga ke syurga. Aminn.. Doakan pula sahabat-sahabat lain akan menurut jejak langkah yang sama. Mungkin 4 tahun akan datang InsyaAllah. Hehe..

Kepada sahabat-sahabat dan rakan-rakan di Malaysia. Mohon maaf kerana tidak memaklumkan terlebih dahulu berita ini, bukan hendak berahsia, sekadar amanah dengan tuan empunya. Tadi, baru beliau mengeluarkan posting di blog beliau secara rasmi. Maka, ana pun buatlah kenyataan rasmi. Takkan nak lebih sudu dari kuah kan? Biarlah tuan badan yang maklumkan dulu, walaupun diri ini telah mengetahui lebih awal. Hehe..

Mentaliti masyarakat sekarang memandang kepada status pendidikan dan kewangan. Memandang kepada status umur sebagai kayu ukur untuk melangkah ke gerbang perkahwinan. Namun mengabaikan satu aspek yang lebih besar iaitu tuntutan fitrah sebagai seorang manusia yang mempunyai hawa nafsu dan keinginan syahwat untuk salin berkasih sayang dan memerlukan diantara lelaki dan wanita.

Ramai ibu bapa sekarang lebih rela anak mereka menjalinkan hubungan sebagai kekasih yang tidak halal daripada menggalakkan mereka untuk berhubung dengan cara yang halal iaitu dengan bernikah. Kerana mereka bimbang anak mereka belum mampu untuk menanggung anak orang, belum mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga. Tetapi tidakkah mereka berfikir adakah dengan cara itu anak mereka mampu menahan hawa nafsu mereka daripada melakukan perkara yang haram? Tak sama sekali, bahkan menambahkan lagi syahwat dan keinginan untuk melakukan hubungan zina.

Firman Allah s.w.t. " Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu membawa kepada kerosakan dan kemungkaran"

Ini yang perlu mereka sedar, dalam masa yang sama mereka sebenarnya menggalakkan anak mereka hampir kepada zina. Tidakkah mereka sedar, dengan cara menghalalkan hubungan yang tidak halal membuatkan anak-anak ini merasakan hubungan yang mereka jalinkan tidak salah.
Berkepit dan berpeluk dikhalayak umum, berdua-duaan dianggap bukan sesuatu yang hina dan buruk pada pandangan mata. Kerana ia telah dihalalkan oleh kedua ibu bapa dan masyarakat.

Dalam suasana hari ini yang tersangat teruk dengan masalah sosial, kes buang anak, rogol, zina dan segala macam ibu kepada maksiat ia tersangat-sangat menuntut untuk golongan muda berkahwin awal. Dengan cara ini, dapat menghindar anak-anak muda daripada melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya.

Yakinlah sekiranya, pilihan yang dibuat berdasarkan kreteria yang telah Nabi s.a.w. gariskan, InsyaAllah, makan minum, rumah dan sebagainya Allah telah sediakan.

Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara : 1. Harta. 2. Nasab. 3. Paras Rupa 4. Agama. Maka sabda Nabi s.a.w. barangsiapa yang berkahwin kerana agama sesungguhnya dia akan bahagia dunia dan akhirat.

Pernah sabahat mengadu kepada Rasulullah tentang kemiskinan yang dihadapinya. Maka, Nabi menyuruhnya agar berkahwin. Kemudian dia datang pula kepada nabi setelah berkahwin mengadukan hal yang sama. Lalu Rasulullah s.a.w. menyuruhnya untuk berkahwin lagi. Sehingga beliau berkahwin denga isterinya yang keempat. Dan beliau bebas daripada belenggu kemiskinan kerana kepintaran isterinya yang keempat dalam bidang jahitan dan mengajarkan kepada isteri-isteri yang lain membuatkan beliau menjadi seorang usahawan dalam bidang tersebut. Maka, benarlah janji Rasulullah s.a.w.

Renung-renungkan bersama.

p/s : InsyaAllah, gambar-gambar semasa majlis akad nikah nanti akan ana siarkan buat tatapan bersama. Doakan semoga semuanya berjalan lancar dan diberkati Allah.

1 komen mengomen :: Akad Nikah Khamis Ini

  1. wah..
    wah..
    huhu agak tekejut..
    tahniah buat muzani, and bakal zaujah nye
    semoge berjaya membina baitul muslim yg diredhai.. insya Allah ^_^

    *maseh shock
    **anda bile lagi?? huhu

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers