Kalau China Haramkan Facebook Selama-lamanya kerana Isu Nabi Muhammad, apa reaksi kita?

Lukis nabi cetus perang di Facebook

Saya dah deactivekan akaun Facebook Saya!! Jom boikot!! Tunjukkan sensitiviti kita sebagai umat Islam!


2010/05/21

Warga Pakistan bantah idea kempen kartunis Amerika

SEATTLE: Idea kartunis Amerika Syarikat, Molly Norris, mengisytiharkan 20 Mei (semalam) sebagai ‘Everybody Draw Mohammed Day!’ (Hari Melukis Muhammad) menyebabkan beribu-ribu orang mengambil bahagian selain mencetuskan bantahan lebih ramai lagi menyebabkan Pakistan menyekat laman web Facebook.

Norris asalnya mengemukakan cadangan itu sebagai membantah keputusan rancangan Comedy Central menapis episod South Park memaparkan Nabi Muhammad dalam kostum beruang.
Cadangannya bulan lalu kemudian menyebabkan ramai pengguna Facebook mengambil bahagian dengan melukis wajah nabi di laman web itu.
Sehingga kelmarin, lebih 41,000 pengguna Facebook menyokong karikatur nabi di laman mereka, manakala 56,000 lagi membantah.

Sementara itu, Pakistan mengarahkan pembekal perkhidmatan internet menyekat Facebook kerana menggalakkan pengguna menyiarkan imej Nabi Muhammad
Kemarahan disuarakan di Pakistan dan negara lain kerana Islam melarang penyiaran imej Nabi. Kerajaan Pakistan bertindak selepas sekumpulan peguam Muslim memperoleh arahan mahkamah supaya menyekat Facebook sehingga 31 Mei.

Petang kelmarin, akses kepada laman berkenaan tidak menentu kerana pembekal perkhidmatan internet mula melaksanakan arahan itu.
Di Karachi, kira-kira 2,000 pelajar mengadakan perhimpunan dan mendesak Facebook diharamkan kerana membenarkan karikatur nabi disiarkan.

Berpuluh-puluh pelajar berhimpun di kawasan berhampiran sambil memegang papan tanda menggesa jihad terhadap penghina nabi.

Beberapa negara lain seperti China sudah mengharamkan Facebook buat selama-lamanya. – AP

p/s : Ada orang tanya, hilang tak friend dan lain-lain maklumat dalam FB tu kalau kita deactivekan?

Jawab saya, saya sanggup hilang semuanya demi Rasulullah s.a.w. Rasulullah begitu sayang kepada kita sampai akhir hayat baginda menyebut ummati,ummati,ummati. Tapi kita selamber jer orang menghina Rasulullah s.a.w.

Sedarlah bahawa Allah tidak akan ciptakan alam semesta ini kalau tidak kerana seorang insan bernama Muhammad Rasulullah Sallallahu alaihi wasalam.

Kalau tak boleh sangat nak deactive selamanya, buatlah paling kurang seminggu atau sebulan. Tunjukkan rasa cinta kita kepada Rasulullah s.a.w.

3 komen mengomen :: Kalau China Haramkan Facebook Selama-lamanya kerana Isu Nabi Muhammad, apa reaksi kita?

  1. salam amin, bagus dengan tindakan untuk deactivatekan account.sekurang2nya facebook tau pelanggan mereka semakin berkurang akibat segelintir manusia yang buat hal di facebook.

    akak pun memang dah x update status/komen status buat masa ni. cuma,sesekali buka facebook semata-mata utk tgk perkembangan page yang hina Nabi.

    alhamdulillah, page "Everybody Draw Mohammed Day" yg utama dah dibuang. Cuma si yahudi laknatullah ni buat lagi satu page "Part Two" pulak.yang tu masih aktif.

    p.s: byk betul isu agama yg menyakitkan hati di saat2 nak exam ni.huhu.

  2. salam
    mgikut experience, kalau deactivate, friends and maklumat2 xkan hilang. cuma setting die 'lari' sikit'.

    ouh..masih mencari kekuatan untuk tidak login dikala kebosanan (tgn ni gatal sket)

    seminggu ek? trying

  3. Bro, gua link kan blog (baca: Entri) lu ni dalam entri gua. Mintak halal ye..!

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers