PAS sedang satukan semua kaum : Abd Hadi Awang

Keterbukaan PAS menerima orang bukan Islam menyertai parti Islam itu melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) membuktikan bahawa parti itu sedang menyatupadukan semua kaum di negara ini.

azlanHarakah Daily memetik presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, jika semua kaum di Malaysia digabungkan dengan baik, ia akan menghasilkan natijah yang baik untuk manfaat negara.

"PAS cuba menyatupadukan seluruh kaum di negara ini dengan membuka pintu kepada orang bukan Islam menyertai PAS.

"Ini terbukti apabila Kelab Penyokong PAS dinaiktaraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan pelancaran DHPP di Klang hari ini.

Sebagai gimik pelancaran, beliau menyentuh sebuah glob bertulis DHPP.

hadi awang pc 060609 02Dalam ucapannya, Hadi juga berkata, apa yang boleh menyatukan semua kaum ialah keadilan dan saling menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain, dan ia sedang dibuktikan oleh PAS.

Mengulas lanjut beliau berkata PAS mengambil langkah proaktif sewaktu memerintah Terengganu apabila membenarkan orang bukan Islam menjadi calon PAS bertanding pilihan raya.

"Ini membuktikan bahawa PAS tidak mengenepikan orang bukan Islam," katanya lagi.

Turut hadir Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari, Dr. Hatta Ramli, Ketua Penerangan, Idris Ahmad.

Manakala pimpinan lain termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali, Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum, Mujahid Yusof, timbalannya, Halimah Ali yang juga pengarah program serta pengerusi dan timbalan pengerusi DHPP Hu Pang Chaw dan N Balasubramaniam.

0 komen mengomen :: PAS sedang satukan semua kaum : Abd Hadi Awang

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers