Sahabat Blogger Kemalangan, Mohon Doakan Bersama

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamulaikum w.b.t.
" Innalillahiwainna ilaihi rajiun. " Daripada Allah kita datang, kepada Allah jua kita akan kembali.

Tadi terbaca dekat shoutbox atas nih. Guest Salam. Ana nak maklumkan, ukhti atiqah (atirah85.blogspot) mengalami kemalangan, keadaan serius. doakan.

Terkejut jugak bila membaca komen tersebut. Kalau tidak silap adik beliau [Aqilah] yang menulis komen tersebut. Sama-samalah kita doakan semoga beliau segera sembuh dan dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t.

Secara peribadi ana tidaklah kenal siapakah beliau yang sebenarnya, kenal pun sekadar membaca blog peribadi beliau setahun yang lepas. Blog yang menarik dan banyak juga input-input dan pengajaran yang ana dapat disana.

Walaupun tulisan beliau panjang dan kadang-kadang letih juga membaca. Namun, itu hak dia sebagai empunya blog. Kalau nak baca, silakan dan taknak terpulanglah kan?

Ana suka membaca kalau beliau menulis cerpen atau novel pendek. Terutama yang berkisar tentang alam persekolahan. Terasa seperti ada persamaan dan kenangan semasa alam persekolahan dulu sebagai pimpinan pelajar. Sekian. Mohon doa bersama.

p/s : Kepada Ibu, Ayah dan keluarga tercinta. Maaf kerana belum dapat menelefon, kerana line internet yang tidak baik dan waktu yang tidak mengena. Dah banyak kali cuba call tapi tak dapat. Huhu.. Rindu sangat-sangat. Sorry ye.. (^_^)

1 komen mengomen :: Sahabat Blogger Kemalangan, Mohon Doakan Bersama

  1. syafahallah....ameen

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers