AminMalu Menulis



http://www.nunosilva.ca/wp-content/gallery/portfolio/ashamed_icc_change_resize.jpg

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, dah lepas 4 kertas peperiksaan. Al-Quran, Fiqh Muqoron, Fiqh Syafie dan harini Qaah Bahas [gabungan madah Usul Fiqh dan Fiqh Syafie] Maka, tinggal 3 kertas sahaja lagi. Iaitu, Usul Fiqh [Ahad ni 14/6] Tauhid [Khamis 17/6] dan yang terakhir sebelum berakhir dengan Imtihan Syafawi ialah Qodoya [21/6].

Setelah penat memeras otak sambil minum Syai Arusah [orang kahwin] keluaran tandas Al-Azhar. Akhirnya berjaya juga menamatkan kertas imtihan tadi. Huhu.. Mengapa saya katakan keluaran tandas al-Azhar? Sebab nak amik sumber air mana lagi kan? Mestila kat tandas. Tapi sedap. Hehe.. jangan termuntah atau geli ketiak ketika membaca posting ini. Saya bukan pengotor, tapi air tu bersih ye. Diambil daripada sinki bukan dari jamban.

http://files.tradoria.de/d0da8d56adb9a3ce777c8e3e3358156a/images/146334336_135531.jpg

Mula-mula ramai jugak kawan-kawan malu untuk beli Syai tersebut, alasan kotor dan sebagainya. Padahal malu dan nak jaga saham. Hehe. Tapi, ada juga yang tanya kat saya. Eh, amin. Syai kat dewan periksa tu sedap tak? Lalu dengan bangganya saya menjawab. Sedap giler!! Hehe.. Maka, natijahnya ramai yang membeli syai harini. Dan yang paling saya tak tahan, kawan sebelah saya tadi. [nama dirahsiakan].

Yela, musim-musim panas ni dah la panas, ditambah minum syai [teh] panas. Bertambah-tambah la panas badan tu, siap kipas-kipas lagi. Nak tergolek saya suka. Bukan nak tunggu syai tu sejuk sikit, dia pegi teguk panas-panas. Kesian tengok. Haha.. Ammu yang jual bukan amik pun gelas tu kalau tak abis minum lagi. Hehe.. Saya pun pelik, kenapa masyarakat mesir dan syai tidak dapat dipisahkan? Pergilah ke ceruk mana sekali pun, pasti anda akan jumpa ammu @ pak-pak arab yang lepak-lepak di tepi jalan sambil menghirup syai pekat yang boleh menguningkan gigi serta mengejutkan neuron dalam otak.

http://ikhwanonline.com/Data/2007/4/23/47777700.jpg

Namun saya telah menjadi junior mereka dalam menghirup syai arusah. namun belum sampai tahap profesional untuk meminum syai pekat. Huhu..
Harini saya terlambat sedikit kerana solat di Masjid Sayyidina Husain r.a. yang juga merupakan cucu baginda Rasulullah s.a.w. Dimana kepala beliau dimaqamkan disini. Kebiasaan, saya akan solat di Masjid Al-Azhar yang berhadapan dengan Masjid Al-Husain jika mahu cepat ke dewan peperiksaan. Namun, saya lebih tenang dan selesa dolat disini kerana suasana yang sejuk dan nyaman.

Foreign Al-Azhar students by BratMikrajovic.

Kerana musim imtihan ini, Masjid Al-Azhar akan dipenuhi pelajar dari seluruh pelusuk dunia yang jumlahnya ribuan orang. Rasa macam solat jumaat je. Ditambah dengan cuaca yang panas, menyebabkan saya membatalkan niat untuk solat disana.

Kebetulan hari ni terdapat majlis di Masjid Sayyidina Husain, mula-mula sampai saya ingat ada shooting filem hindustan sebab penuh perempuan hindustan yang berpakaian ala-ala sari tetapi berhijab beratur diluar masjid. Dan lelaki-lelaki keturunan india dan pakistan yang berpakaian serba putih. Saya rasa mungkin mereka adalah golongan syiah. Payung besar diluar masjid juga dibuka untuk kesekian kali, kerana ia jarang dibuka kecuali terdapat majlis-majlis tertentu.

Under the Shade of Al-Azhar 2 by BratMikrajovic.

Tengah khusyuk mengulangkaji tuh, tentiba terdengar orang menjerit-jerit. Riuh masjid. Saya tidak pasti apa yang berlaku, kawan saya kata mereka berebut untuk bersalaman dengan syeikh mereka. Saya tidak mahu ambil tahu. Kerana peperiksaan akan berlangsung beberapa jam sahaja lagi. Haish.. sungguh tidak dapat fokus hari ini. Beberapa kali insiden tersebut berlaku. Saya sekadar memekakkan telinga.

Dan setelah hampir sejam lebih akhirnya majlis berakhir dengan suasana riuh dan orang berlari-lari berebut untuk bersalaman dengan 'syeikh' mereka. Lepastu Barulah keadaan tenang dan aman kembali 45 minit sebelum masuk waktu zohor. Huhu.. Kureng jer.

Meja yang saya duduki untuk imtihan hari ni saf paling hadapan dekat hujung sekali, tepi tingkap. Tapi tetap panas dan tiada angin sepoi-sepoi bahasa yang sudi mendodoikan saya. huhu.. Tak leh la nak tido. Haha.. Tapi kesian la kepada mereka yang periksa dekat luar bangunan, nak-nak dekat garaj kereta. Pergh.. memang macam sotong bakar la agaknyer. Huhu.. Panas-panas camnih memang maut. Saya yang periksa dalam dewan pun pening+panas+dahaga. huhu..

Exam by Sully Pixel.


Sememangnya, peperiksaan di Al-Azhar cukup mencabar, satu soalan seperti 10 soalan peperiksaan di Malaysia. Kalau satu soalan tapi banyak pecahan takpe. Tapi dia bagi satu soalan, satu matan [petikan daripada kitab] kemudian syarah petikan tersebut. Maka syarah yang perlu diberi kadangkala menuntut kita untuk menulis - Siapa penulis asal, siapa pula penghurai kitab asal dan apa nama kitab tersebut. Khilaf dikalangan ulama'. setiap ulama' pula mempunyai beberapa pendapat dan dalil yang berbeza. Mazhab yang berbeza. Huhu.. Memang maut la kalau tak baca dari muka depan sampai muka belakang.

Kurang-kurang kena habiskan 2,3 kali kitab setebal 300 mukasurat. Dan kebiasaannya ada muqorror [silibus] tapi silibus doktor bagi biasanya "Kullu kitab muqorror' Haha.. Memang bagus kan? Senang bin susah. Sikit jer silibus dia. Hehe..

Huhu.. Lama dah tak menulis ala-ala mengarut. Bukan ape, sebab segan dengan orang-orang yang baca blog ni. Terutama mereka-mereka yang hensem, kacak lagi bergaya dikalangan ust-ust senior mesir. Haha.. [Puji betul nih]. Sebab selalu jumpa, kalau mereka-mereka yang kat Malaysia atau seantero dunia lain jarang jumpa.

Terasa malu sebab penulisan dan mereka semua hebat-hebat. Baik dari golongan bawahan hinggalah ke atasan. Setiap kali jumpa, ada je yang bertanya, "Eh, Ust Amin tak menulis ke harini?" "Ust Amin, jangan lupa upload gambar ana banyak-banyak dalam blog. Ana nak copy." dan macam-macam lagi. Huhu.. Bukan tidak suka, tapi segan dan kerana itu jugaklah saya dilantik menjadi wartawan rasmi PMRAM. Jadi saya kenalah beralih kepada penulisan yang lebih sirius dan ilmiah. Hehe..

http://amitkumarpaliwal.files.wordpress.com/2009/10/dslr.jpg
Inilah kamera impian saya. Kalau ada orang nak bagi hadiah, hadiahkanlah kamera macam nih. Kurang2 Nikon D90 pun jadilah. hehe..

Ditambah pulak blog saya dilinkkan di blog yang paling top dikalangan Mahasiswa Malaysia Mesir. Blog Ust Mujahid [IbnuIrFadzil] yang juga merupakan rakan kongsi bila ada projek-projek besar PMRAM. Saya fotografernya, beliau yang menulis. Dah terbalik plak. Lepasni kena tukar nama Aminmenggambar [tak sedap langsung] dan IbnuIrFadzilMenulis huhuhu..

Banyak sebenarnya peristiwa yang saya ingin kongsikan bersama, tapi biarlah rahsia. Hehe.. Antaranya saya ditahan polis kerana membawa motor tanpa lesen, tanpa plate dan dokumen pengenalan diri. Hampir saja dihumban kedalam lokap. [Ibu dengan Ayah jangan risau, biasala anak lelaki memang macamtu. Hehe. lepasni dah tak buat dah]

Jadi, saya telah merancang untuk membuat blog rahsia. Haha.. Baru saya boleh mengarut disana. Sekian.

http://davidcoethica.files.wordpress.com/2009/04/boy20shouting.jpg

0 komen mengomen :: AminMalu Menulis

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers