Dah Lama Tak "Menembak"

Bismillahirrahmanirrahim,

Hmm.. Sejak musim imtihan ni, dah tak sentuh dah 'sniper'. Kesian dia, berhabuk dah macam kamera buruk. Terbarai jer atas meja. Bateri pun tak cas.. Ish3.. Rindu plak nak g 'shoot'.. Kalau dapat kamera mahal lagi la syok kan3? Teringin nak Nikon D90 (kamera semi-pro). Huhu.. Ada sape-sape nak sponsor? Silakan.. Yang murah sket pun takpe. D300 ke.

20090124-(18)
Nikon D90 – Kamera DSLR [Sila bagi hadiah kat saya kamera ini] Hehe..


Dan banyak-banyak foto, suka gambar masjid ni. Masjid Ar-Rahman Ar-Rahim. Kalau nak pergi ke Al-Azhar ikut 'kubri' [jambatan] akan lalu la kat masjid ni. Dan gambar ni diambil masa nak pergi imtihan fasa satu aritu. Dalam teksi.

Ni amik guna kamera compact Fujifilm je.

Kami jarang pergi ke kuliah naik teksi kecuali hari periksa, sebab menjimatkan masa dan tak mahu mengganggu kosentrasi nak exam nanti. Sebab naik bas kurang-kurang paling cepat 45 minit - sejam. Huhu.. Tu kalau dapat bas, campur dengan masa nak berjalan dari kompleks, lepastu tunggu bas yang entah tak boleh nak agak dia datang bila. Dengan panas dan bersesak-sesak atas bas. Nasib baik dapat la duduk, kalau tak sejam la berdiri dalam bas tu. Huhu..


Tambahan pulak bila fatrah imtihan ni, maka akan keluarkan semua pelajar baik ikhwah mahupun akhwat yang sebelum ni tak pernah nampak muka pun kat kuliah, tapi time periksa, fuh.. penuh. Sabar je.. Camtu la setiap hari kalau nak g kuliah.

Walaupun kuliah tak wajib, tapi sebagai seorang yang sedar akan tanggungjawab musafir ke bumi anbiya' ini kami terpaksa laluinya jugak. Tapi, ramai je yang futur.. Huhu.. Nak-nak kalau kelas petang. Dahla panas, tunggu punya tunggu.. akhirnya tak jadi pergi kuliah. Dan macam-macam la kes yang akan menyebabkan mereka-mereka ini futur.

Kesian adik nih, nak wat urusan pasport kat jawazat tapi tak lepas. Huhu..

Ha.. Ni lagi best.. masa pagi-pagi nak pergi wat urusan visa kat buuth. Sempat lagi shoot. Suka2..

My Self Part 6
Dan sifu dalam menembak ni adalah beliau. Ust Azhar Idrus. Hehe.. Website beliau Digitalmukmin.com

2 komen mengomen :: Dah Lama Tak "Menembak"

  1. salam.
    wah entry kali ni tjuknyee agak suspen.in8tkn kes pegang snapang pastu tembak2 td.huhuhu. upenye psl amek gmbr.camre ni cool! ase nk bli jugak dr dlu.tp ntah ble bru dpt.HAHA
    gmbr msjid tu mmg cantek!
    =)
    -Laila

  2. SALAM..doakan saya ada rezeki untuk beli DSLR satu hari nanti...
    BTW..NICE PIC dan juga blog

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers