Oh Imtihan

Bismillahirrahmanirrahim,

Huhu.. Lama dah mengidam nak hupdate atas status amin menulis, harini [Jumaat] baru dapat peluang. Hm.. Alhamdulillah, sudah selesai semalam pereksa Aqidah @ bahasa Kedahnya Ilmu Tauhid. [aku dah start nak merepek cam kerepek dah ni] Walaupun soalan yang diberikan agak mudah, tapi Allah jua yang tahu apa yang aku jawab semalam. Harap-harap Doktor takde sakit jantung. amennn...

Cuaca 2,3 hari ni kat Mesir sejuk giler, sampai cair bair otak. Nak study pun punya la tensen. Aircond kat Musolla plak bocor. Macam-macam hal. Ada pegawai pun bukan buleh harap. Sibuk dengan Kelab UMNO dia jer.. Hish.. Sabo je lah. Walaupun beliau bukan pegawai aku, namun pegawai kepada sahabat-sahabat aku yang duk menghuni Darul Iman Student Hostel nih.. Huhu..

Ya Allah, kalau boleh pindah sungai Nil kat sebelah komplek Hayyu Asyir nih kan best. Balik kuliah @ kelas terjun je dalam sungai. Haha.. [Panas weh..] Malam pun macam siang kat Malaysia.

Masa imtihan dalam dewan semalam, panas punya pasal sampai 3 gelas air aku beli. 2 cawan syai arusah dan secawan habl [air yang 1st time aku nengok kat mesir dan 1st minum] tapi sedap jugak. Ammu tu siap dah kenal muka aku yang wajib beli air dia setiap kali imtihan. Semalam jer 3 kali dia datang kat aku. Tak panggil pun.. haha.

Mungkin mindset dia bahwa setiap kali imtihan, meja yang wajib dia pergi adalah meja yang paling hujung, kanan depan sekali mengadap dinding. Meja aku la tu.. Huhu..

Tinggal 1 jer lagi kertas pereksa yang belum aku jawab. Beliau adalah Qodoya yang ku rindu dan ku puja. Hehe.. Lepastu baru syafawi dan kemudian aku dimerdekakan buat sementara waktu sebelum imtihan tahun depan pulak menjelma. Itupun kalau berjaya naik tahun. Aminn... Harap-harapnya tak iadah [bukan iddah orang kena cerai mahupun orang yang kematian suami] tapi mengulang tahun. Huhu..

Apapun natijahnya nanti, aku redha. Waktu sudah berlalu kita serahkan kepada Allah seperti Firmannya didalam Al-Quran "Kepada Allah jualah kembali segala urusan."

Oraite, nak pergi main bola plak pasni. Al-maklumlah musim Piala Dunia.

1 komen mengomen :: Oh Imtihan

  1. salam.. :) all the best in imtihan ^^.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers