Isu Duit Ditelan Bank & PMRAM Badan Kebajikan bukan Kuli.. : Surat dari ahli



Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Kes kehilangan wang ketika melakukan transaksi pengeluaran di bank sering berlaku di kalangan mahasiswa/wi Mesir yang kebanyakkan menggunakan khidmat Bank HSBC. Dan terbaru 2 orang sahabat kita daripada Terengganu, seorang kehilangan LE1700 dan seorang lagi LE1500. Offline message yang saya terima selepas jumaat tadi mengatakan bahawa jumlah tertinggi setakat ini adalah LE2500.

Isunya adalah ketika melakukan transaksi pengeluaran, jumlah wang tunai yang ditekan tidak keluar, tetapi tertulis di resit bahawa transaksi pengeluaran telah berlaku. Hakikatnya, duit tidak diperolehi. Kejadian ini berlaku baik di furuq [cawangan] mahupun di pusat bank itu sendiri, ia tetap menzalimi mangsa. Dan sudah ramai khabarnya yang menjadi mangsa.

http://nimg.sulekha.com/others/original700/britain-hsbc-2009-3-2-10-3-16.jpg

Bermakna kejadian ini bukan melibatkan jumlah wang yang sedikit tetapi mencecah ribuan ringgit. Dan saya sendiri telah terkena walaupun tidak dalam jumlah yang besar. Namun, seandainya seorang kehilangan LE100 jika 10 orang bermakna sudah LE1000, dan ini bukanlah jumlah yang sedikit jika purata setiap hari lebih daripada 10 orang mengeluarkan duit dan berlaku kejadian yang sama.

Kejadian demi kejadian terus berlaku, namun hanya mulut ke mulut yang kita dengar dan ramai mangsa yang hanya redha dan pasrah dengan qada' dan qada' Allah s.w.t. tersebut. Namun tidak kurang juga mereka yang kecewa dan melatah tidak tentu hala. Bank menipu, Mesir mengamalkan sistem Kapitalis [memang benar] dan sebagainya. Dan sehingga kini tiada tindakan yang saya lihat diambil oleh mana-mana pihak.


"Bagi meneruskan kesinambungan pelaksanaan Usul Muktamar Sanawi PMRAM, pihak Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan hari ini telah melancarkan `Borang Aduan Hak Mahasiswa’ bagi memberi ruang kepada seluruh mahsiswa/wi untuk mengaju sebarang aduan berkaitan hak mereka. Borang tersebut boleh digunapakai untuk sebarang aduan mengenai pencabulan hak mahasiswa terhadap pihak yang terlibat. Borang tersebut bolehlah didapati melalui Unit Kebajikan PMRAM Cawangan masing-masing untuk diisi. Untuk teknikal pula, borang tersebut akan dicop rasmi apabila pihak PMRAM Pusat menerima aduan tersebut. PMRAM berharap semua ahli berani tampil untuk mengambil kesempatan ini mengajukan sebarang aduan pencabulan hak mahasiswa agar ianya terbela."
- Mohd Farkhan Md Zain Naib Presiden 3 (Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan) Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010


Persoalan yang mahu saya timbulkan disini ialah mahasiswa/wi kita terlalu pasif dan hanya mahu disorongkan bantal disuapkan nasi kemulut. Mereka langsung tidak faham bahawa mereka sebenarnya tidak keseorangan, mereka tidak faham apa sebenarnya yang disebut dengan persatuan ataupun jemaah.

Bila di sebut sebuah persatuan, organisasi atau jemaah. Sudah pasti disana ada seorang yang akan memimpin, tidak kira apa panggilannya [Presiden, Amir, Khalifah, Perdana Menteri, Ketua, dll] yang akan bertanggungjawab menangani masalah yang dihadapi oleh ahli/orang yang dipimpinnya. Dalam konteks ini, saya menyatakan dengan jelas bahawa PMRAM adalah sebuah badan kebajikan yang akan menjaga kebajikan seluruh mahasiswa/wi Malaysia di Mesir. Tidak kira mereka mendaftar sebagai ahli mahupun tidak. PMRAM mengambilnya sebagai satu tanggungjawab yang perlu dipikul.

Memandangkan ketidakprofesionalan serta ketidak merakyatkan diri beberapa orang pegawai di Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK). Maka, menjadi tugas yang amat berat buat PMRAM bagi memastikan kelangsungan serta kebajikan ahli terus dijaga.

Tugas seorang ayah tidak hanya memerhati dan menjaga anaknya sepenuh masa semenjak lahir hinggalah mati. Sampai satu ketika anak itu tahu berjalan dan pandai berdikari, maka ketika itu si ayah hanya memberikan nasihat dan panduan, arah mana yang harus dilalui, denai mana yang perlu diikuti. Tetapi akhirnya, pilihan ditangan si anak. Samaada mahu ke kanan mahupun kekiri. Seorang ayah yang baik pasti akan menunjukkan jalan yang terbaik buat anak yang dikasihi. Bekalan telah diberi, ilmu telah dicurahi. Anak yang soleh anak yang berbakti, bukan menjadikan kedua orang tuanya kuli. -aminmenulis

http://farm4.static.flickr.com/3658/3341175414_35918b3f41.jpg

Maka saya hanya mahu memberi sedikit kesedaran bahawa PMRAM telah wujudkan Borang Aduan Hak Mahasiswa. Maka, saya berpendapat bahawa mahasiswa/wi kita tidak menggunakan peluang yang ada untuk membela diri mereka sendiri [jika dilihat pada laman web PMRAM, hanya 43 orang yang mendownload borang aduan tersebut]. Dan saya telah bertanya kepada BP PMRAM tentang isu ini, maka beliau menjawab bahawa tiada maklumat yang diterima setakat ini. Bukanlah bermakna PMRAM tidak melaksanakan tanggungjawab, bahkan mereka telah memberikan khidmat yang terbaik.

Sedarlah bahawa mereka juga seperti Mahasiswa/wi lain seperti kita. Mereka ke bumi anbiya' ini untuk menuntut Ilmu. Sudah pasti mereka juga menghadapi peperiksaan dan pelbagai urusan lain untuk diselesaikan. Tetapi atas dasar kefahaman yang jelas, komitmen yang tinggi, serta fikrah yang mantap tentang perlunya melibatkan diri dengan sebuah jemaah Islam, maka mereka sanggup mengorbankan diri mereka [masa,tenaga,wang dan sebagainya] untuk menjaga kebajikan dan kesenangan ahli, mereka tidak diberi gaji, bahkan menghabiskan duit sendiri.

Oleh yang demikian, jangan hanya membebankan dan menyakitkan telinga pimpinan kita, jangan terus menyerang dan menyalahkan pimpinan hanya kerana masalah kita seorang, habis semua yang lain tergendala. Mereka mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, maka kita sebagai ahli perlu sedar akan tanggungjawab kita adalah membantu dan bukan menyusahkan. Mereka bukan kuli kita, tetapi mereka sukarelawan yang mahu menolong dan menunjukkan kita arah dan kaedah yang sepatutnya kita lakukan bila berlaku sesuatu. Mereka bukan kuli, tetapi hanya mahu menabur bakti buat ahli yang disayangi.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgayvYlhNHWZhxQcbbSB2fnYz2dJWnyOca_iiyfe-lDBnIYakb3yaFXhMcgGHjfAlaZsgM3EVbEFUDqz_MC_9sors27105uSkK_HY634h1arNeyrZpIA9k7inxtvagIMXsf8LvlRFQuq6k/s1600-r/pmram.png
Kemantapan Fikrah, Membina Syakhsiah.
Satu Fikrah, Satu Amal, Kita PMRAM.

Muhammad Al-Amin bin Salleh,
Hayyu Asyir, Kaherah, Mesir.
5 Jun 2010.

0 komen mengomen :: Isu Duit Ditelan Bank & PMRAM Badan Kebajikan bukan Kuli.. : Surat dari ahli

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers