Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz Mazhar Hakim


Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semalam menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.

Pengumuman khas mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB) di Brunei malam semalam.

Pengiran Alaudin turut mengumumkan kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta.

Pengumuman khas itu boleh diikuti di http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/?c=newsDetail&news_id=10094.

Sultan Brunei menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005 pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel pada 1 Jun 2006 dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pada 28 Januari 2008.

- MSTAR

p/s : Masa pernikahan dulu semua terkejut, masa cerai pun mengejut jugak. Allahu khaliku kulla syai'. Jodoh, Maut ditangan Allah. Inna lillahi wainna ilaihi rajiun.

Namun, amat mengagumkan adalah cara berita ini disampaikan. Disertakan dalil dan nas syarak berkaitan dengan cerai terlebih dahulu sebelum berita disampaikan. Penuh berhikmah. Ini yang kita mahu siaran televisyen kita. Setiap berita adalah untuk memberi kefahaman kepada rakyat dan masyarakat tentang apa itu Islam.

Bukan hiburan sepanjang masa. Tilawah Al-Quran buat pukul 1 pagi. Rancangan agama selepas subuh yang kebiasaannya anak-anak muda masih tidur dibuai mimpi. dan sewaktunya dengannya. Muhasabah bersama.

1 komen mengomen :: Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz Mazhar Hakim

  1. agaknya atas sbb apa mrk bercerai ea??
    just curious coz xde ditulis sbbnya.. ha3~

    p/s: xpyh lyn komen ini kalau anda m'anggapnya xwajar.. ^_^

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers