Gathering yang Happening & Touching.. hehe..



Bismillahirrahamnirrahim, alhamdulillah. Semalam, selepas berjumpa dengan group Shahid Travel yang baru pulang daripada umrah. Bawa mereka membeli-belah di Bazar Khan Khalili. Penat jugak melayan dan bawak jalan-jalan. Huhu.. Yela, kerjakan budak laki dua orang tu beli kasut jer dah dekat 2 jam pilih. Tokey kedai sampai berpeluh-peluh nak cari. haha.. padan muka aku dan tuan kedai..

Tengah duk minum-minum, tiba-tiba dapat call daripada Ust Alias. "Salam min, kite ni.. Ust Alias. KAta nak pergi mansurah. Jadi tak?" Erk.. ingatkan nak pergi esok 14hb pagi. Rupanya nak pergi awal. "Ana ada kat husain nih, petang sket la. Dalam pukul 6." Ok set. Maka, segelah mencari teksi untuk pulang ke Hayyu Asyir.hoho.. Sanggup bayar teksi LE20.

Sampai jer kat rumah, terus kemas-kemas barang. Yang tak tahan, bawak sekali laptop, external hardisk, extension. serba serbi lah. MAcam nak panjat gunung dah beg jadinyer.

Alkisah, sampai la kat Mansurah. Tempat yang dirancang untuk diadakan pertemuan diantara krew-krew Komik Al-Fityan PMRAM. Alhamdulillah, selamat sampat jam 10 malam. huu.. penat naik tremco. lenguh kaki dan punggung.

Sampai tu, apa lagi. Cari makananlah. 3 jam lebih duduk dalam tremco. Liur jer tengok makanan tepi jalan. Maka, terpaksalah cari tokmiah dan isyh.. Huhu.. makanan paling cepat dan boleh tahan la sedapnyer..

Sampai dekat markas, dah ramai krew-krew yang ada terutama mereka yang duduk kat mansurah. Kami bertiga, [aku, ust alias, dan ust naqib] antara yang terawal tiba dari kaherah. maka, landing time pun bermula setelah bersembang dan berkenalan.

Aku plak tak bleh nak tido malam tu walaupun penat sangat. Mujurlah ada laptop. Tapi broadband plak takleh guna. huhu... maka, kenalah mendesign apa-apa yang patut. terhasillah wallpaper gathering kat atas tu. hehe..

Lepas subuh baru boleh melelapkan mata. Sedar-sedar dah pukul 9. Hua3.. Mujur akhowat tak datang lagik [dah datang, tapi tak masuk lagi dalam dewan] fuh.. Orang bakar satey pun tak sempat nak ambik, sebab tinggi sangat, kat tingkat 6. Malas nak naik..

Maka, mesyuarat tingkap pun bermula jam 10 pagi. Bermula dengan sesi taaruf, kemudian agenda yang telah diatur. Maka, aku baru dilantik dan tak tau pape tersipu-sipu malu duduk mendengar jelah pelukis-pelukis ni duk bincang pasal komik. Sampai lupa nak tanya, tugas aku selaku unit promosi dan pemasaran selain designer baru bagi krew al-fityan.

Alhamdulillah, majlis dirasmikan dengan ucapan daripada BP PMRAM bahagian Unit Penerangan & Penerbitan 2010. Ust Faizuddin bin Ghazali. Dan diakhiri dengan ucapan penutup oleh HEWI PMRAM.

Seterusnya acara melantak la plak.. Hehe.. Menu istimewa satey jawa. dan kata orang-orang lama. Menu wajib ada pasti kek coklat. yahuu... sedap tu.. tenkiu la kepada tukang buat kek. Dan air spesel kali ini. Air tembikai @ timun cina oleh orang ganu kiter..

Selepas acara, melantak. krew berkesempatan untuk melawat cahaya mata Ust Akhi Ahmad Kamil yang baru berusia 8 hari. Bayi yang diberi nama Umar Abdullah Ahmad Kamil sempena nama seorang syeikh Al-Azhar. Takziah juga buat ust sekeluarga yang rumahnya baru sahaja dipecah masuk pagi tadi. Beliau kehilangan 2 buah laptop dan sejumlah wang. Moga-moga ada hikmahnya. Krew juga sempat membuat derma kilat untuk diberikan kepada ust sekeluarga.

Layan jelah gambar kat bawah nih... penat tak hilang lagi. nak tido plak.. dah pukul 3 pagi.









BP Ust Faizuddin.













































0 komen mengomen :: Gathering yang Happening & Touching.. hehe..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers