Wallpapers & Kebangkitan Islam

Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, 2,3 hari ini saya terasa banyak idea yang datang untuk membuat wallpaper. Mungkin sebab banyak bahan-bahan serta alatan baru yang saya perolehi. Semuanya hanya Adobe Photoshop. Ada jugak yang ingat saya guna Adobe Ilustrator [AI, K.Ngah yang tanya, hehe..]

Tapi, betullah, bila kerja yang kita lakukan ikhlas. Tentu hasilnya cantik. Saya juga ditugaskan untuk membuat poster sempena Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM [KEKAL] dan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan namun hasilnya tidak seberapa.

Klik poster untuk paparan lebih jelas.

Mungkin ia bukan datang dari hati. Hehe.. Berbeza dengan Poster untuk Karnival Damai 2010 seperti posting sebelum ini. Ia sebenarnya hasil daripada percubaan saya untuk menghasilkan tulisan 3D dan ia bukanlah tugasan atau tanggungjawab saya. Maka, hasilnya agak bagus. Namun, masih dalam proses penambahbaikan. Saya masih belajar untuk menghasilkan karya yang bermutu.

Alhamdulillah, tadi selesai mengikuti Diskusi Kitab Sohwatul Islamiah [Kebangkitan Islam] yang dibentangkan oleh Ust Razi di Rumah Terengganu. Dan ia banyak ditujukan kepada pemuda Islam hari ini tentang tanggungjawab kita mendepani masyarakat dan musuh-musuh Islam.

Namun, hanya sedikit yang saya ingin kongsikan disini iaitu, kata-kata seorang orientalis barat bahawasanya untuk menghancurkan Islam ada 4 halangan.

Pertama : Al-Quran [kerana kandungannya menyatukan fikrah umat Islam]
Kedua : Kaabah [Ia menjadi tanda kesatuan umat Islam]
Ketiga : Al-Azhar [Universiti Al-Azhar, kerana ia menimbulkan kesedaran kepada Ilmu, Dakwah , Tarbiyyah dan Jihad fisabilillah]
Keempat : Solat Jumaat [Kerana ia merupakan medan untuk memberi kesedaran kepada umat Islam]

Al-Quran
Namun apa yang kita lihat hari ini, kesemuanya itu hampir sahaja dihapuskan dan perancangan musuh-musuh Islam ini hampir berjaya. Kita lihat Al-Quran hanya sekadar dibacakan tetapi tidak diamalkan. Dan hari ini ramai umat Islam tidak tahu membaca Al-Quran. Mereka telah disajikan dengan hiburan dan media massa. Malah, lebih teruk bilamana orang yang berminat untuk mempelajari bidang agama dilabel sebagai militan. Walhal, perkara yang lebih besar daripada itu tidak diendahkan. Kes peningkatan jenayah, zina, perjudian, dan sebagainya tidak diambil langkah yang sepatutnya dengan menutup jalan-jalan yang membawa kepada perkara tersebut.

Al-Azhar
Al-Azhar kini sudah gagal untuk berfungsi sebagai penasihat kepada kerajaan-kerajaan Islam. Kuasa dan kekebalannya sudah lumpuh dibawah tekanan kerajaan. Pelajar-pelajar yang ingin belajar di Al-Azhar pula disekat, pinjaman tidak diberi, zakat ditarik dan sebagainya. Sedar ataupun tidak, inilah yang sememangnya dikehendaki oleh Yahudi.

Solat Jumaat
Solat Jumaat, memang ramai umat Islam yang menunaikan kewajipan ini. Namun adakah ia berkesan melaksanakan fungsinya? Kita lahit ini di Malaysia terutamanya, medium khutbah dipolitikkan atau cuba memperbodohkan jemaah yang hadir.

Khutbah bukan lagi medan untuk memberi kesedaran kepada jiwa tetapi kepada penyampaian maklumat. Sebagai contoh yang saya sendiri pernah alami Khutbah bertajuk "Makanlah buah-buahan tempat." "Berhati-hati dijalan raya" dan beberapa tajuk yang tidak sepatutnya dibicarakan oleh khatib. Sudah jadi seperti ceramah kesihatan pulak. Khatib sudah boleh menjadi pegawai JPJ atau Pegawai di Kementerian Pelancongan untuk mempromosikan buah-buahan tempatan.

Inilah matlamat yang ingin dicapai oleh orientalis, yahudi dan musuh-musuh Islam. Jika, medium ini tidak dapat dihapuskan cukuplah ia gagal berfungsi sebagai senjata umat Islam.

Maka, kita sebagai pemuda-pemudi Islam harus sedar kembali tujuan kita serta tanggungjawab kita dalam menghadapi serangan orientalis ini.

8 komen mengomen :: Wallpapers & Kebangkitan Islam

  1. Nk komen sket ni, xpe kn..hehe. Tak tahulah ni komen menbina ke x..

    Poster yg KEKAL2010 tu cantik tapi rasa agak simple dan skema maybe sebab info yg ada tu agak banyak dan ruang yg terhad.

    Try la buat beberapa sampel yg berbeza [kalau ada byk masa la] pastu undi dlm meeting [kalau kat sini selalu buat undi utk pilih apa2 pn].

    Berbanding dgn yg Karnival Damai tu mmg lain dan unik. Dari jauh dah nmpak perkataan DAMAI, akan attract org datang baca kat poster..[kata sy lah]

    try google tentang color combination for poster ke..

    Mungkin ada some inspiration and tips..

    Apapun, hasil kerja amin dah bagus, kreativiti dan skil tu ada, kalu suh sy buat pn sure xreti. Yup okk, keep up you work!

  2. nice2..
    blh tak nak save beberapa wallpaper?

  3. This comment has been removed by the author.
  4. Siti : Waalaikumsalam,

    MasyaAllah, terharu rasa. Komen yang sangat membina. Jazakillahukhairan jazak. He..

    Ana pun tak berpuas hati sangat dengan iklan tu. simple n skema. Tp takpelah, dalam usaha nak belajar. Ketua unit ana ni lagi hebat, cuma tak sempat lagi nak berguru. Yela, ana baru tahun 1 kat sini. Ramai lagi orang hebat2.

    InsyaAllah lepasni mungkin lebih gempak. Apapun, terima kasih atas komen tu. Rasa dihargai dan sangat2 membina utk orang baru cam ana. Kan best kalau ada sokmo orang komen camni.

  5. aishah : Sila2, amik la yang mana berkenan.

  6. jazakallahu khaira..

  7. hehe..menarikla yang wall "Jangan Ikut Mereka"..sekali pandang je dah tau..hehe..

  8. A'ah la...baru perasan.. ^^
    (sempat lagi..)

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers