Mandi Manda ditengah padang pasir.

Belum pun sempat berehat selepas bengkel di Tanta, hamba dipaksa untuk menyertai Rehlah ke Fayyoum anjuran Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu. Seramai 20 orang telah menyertai rehlah pada kali ini.. Walaupun hamba masih kepenatan, namun dapat jugak berehat sebaik sahaja memulakan perjalanan.

Seawal jam 7.30 pagi kami bertolak menaiki sebuah coaster yang ditempah khas. Dengan bayaran LE70. Kami dibawa melawat tempat-tempat menarik seperti air tenjun di Wadi Al-Hitan, Kincir air nabi yusuf dan kebun mangga yang apekehentah namanya tak ingat. Perjalanan yang memakan masa 2 jam 30 minit itu memberikan pengalaman yang cukup beharga buat hamba dan mengeratkan ukhuwwah kami ahli-ahli Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir.




Sepanjang perjalanan kami diescort oleh polis. Wahaha.. macam tetamu kenamaan plak..
Menyusuri tasik Qorun. Yang mana kisahnya diceritakan didalam Al-Quran didalam surah Al-Qasas. Betapa bongkak dan angkuhnya Qorun sehingga Allah menenggelamkan dirinya bersama harta kekayaannya. Hebat dan kayanya Qorun, sehingga kini harta yang dijumpai dalam perut bumi rata-arata akan dipanggil harta qorun.




Pemandangan menarik yang sempat dirakam..








pemandangan yang dapat dilihat.. Batu unik yang terhasil ditepi tasik..






jalan menuju ke air terjun..




akhirnya kami tiba kedestinasi. Mana air terjunnya? hehe..



Sedang berbincang dengan polis yang mengescort kami..


Antum hina, saatain maasyi? (Kamu semua dekat sini 2 jam je ok?) kata polis tu..


Tadaa.. nilah air terjunnya. MasyaAllah, camner kat tengah2 padang pasir ada air terjun ek



Air terjun bertingkat..





Penuh dengan arab jer..



Pengarah Rehlah, Ust Khairuddin..


Ust Zahani semapt berposing sambil orang tak sedar orang kat belakang tu tengah rancak mandi manda sambil 'mengkhianat' ust Aziz a.k.a. Musyrif rehlah kami.. hahaha..


Dr. Hasyim, Ust Mad, Ismael, & Aiman..


Wahaha.. Terjunan dari kontinjen terengganu.




YDP KPT, Ust Riduan Abu Bakat x ketinggalan bergambar kenangan bersama anak-anak arab.





lepas dah mandi manda, makan la plak..


Semangat Ust Aziz hidupkan api, orang lain tengok jer.. huhu..


Menu kali ini ayam bakar.. Mana gambar nasinyer? Wallahua'lam. dah abis licin..


Sempat berjemur sebelum bertolak ke Ladang Mangga Qorun..




Dekat Ladang Mangga/Mempelam Qorun


Turut terdapat pokok kurma yang tengah lebat berbuah.. wuhuuu..


Beratur macam budak-budak nak pergi sekolah..


Inilah hasilnya..,


Mangga/Pelam Taymour menjadi kebangga masyarakat disini.. tapi mahal woo.. Sekilo LE10.. lepas tawar menawar dapat gak LE8.. ceh.. sekik darah punyer arab.. menipu jer. Masa awal-awal tadi lalu ke LE3.. hampeh betul!!


Letih berjalan dalam kebun..


Destinasi kami seterusnya Kincir Air Nabi Yusuf..


Sehingga kini masih berfungsi walaupun telah diubahsuai dan menggunakan tenaga eletrik..



2 komen mengomen :: Mandi Manda ditengah padang pasir.

  1. Mner aci xdpt pg..huaaa..

  2. unik plak ade air tejun kt tgh gurun.bestnyee mandi tyme panas2.huhu ;)

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers