Merdeka yang bagaimana kita mahukan?


Gambar ini sudah cukup menggambarkan bagaimana nilai kemerdekaan di negara kita.

Merdeka yang bagaimana kita inginkan kalau ini balasan kemerdekaan yang diberikan kepada pejuang-pejuang tanah air kita dahulu. Untuk apa kita merdeka kalau begini natijahnya? bermakna anak muda mudi kita telah merdeka daripada dijajah hati-hati mereka untuk tunduk kepada hukum-hakam Islam, merdeka(bebas) daripada Syariat Allah s.w.t.

Mari kita renung kembali sirah Nabi s.a.w. dimana disana terdapat banyak erti kemerdekaan yang perlu kita nilai dari kaca mata pandangan hati kita. Boleh diakatakan terdapat 4 golongan manusia.

1. Merdeka walau Dijajah.
2. Merdeka semasa Merdeka
3. Dijajah ketika Merdeka
4. Dijajah ketika Dijajah

Merdeka walau Dijajah. Golongan seperti inilah yang kita mahukan. Walaupun dijajah dari sudut fizikalnya, tetapi roh dan jiwa mereka merdeka daripada dijajah oleh kesesatan dan penghambaan kepada dunia.

Kisah Sayyidina Bilal bin Rabah

Siapa yang tidak kenal dengan nama Sayyidina Bilal Bin Rabah. Hamba sahaya kepada Umaiyyah. Sampai hari ini nama beliau terkenal sebagai muazzin pada zaman Rasulullah s.a.w. Zaman kini, hampir setiap orang yang bertugas mengumandangkan azan akan dikatan Bilal. Bilal masjid mahupun surau. Hanya kerana beliau orang pertama yang mengumandangkan azan.

Sayyidina Bilal. Beliau seorang yang gagah, rajin berkerja. Tetapi kesemua itu tidak bernilai sama sekali disisi Allah swt. sebelum kedatangan Islam. Dengan kekuatan fizikal yang ada pada Bilal, beliau hanya dilayan seperti sampah, dipergunakan oleh kafir quraisy untuk melaksanakan apa sahaja tugas sampai satu tahap, oleh kerana kegagahan dan kecerdasan Sayyidina Bilal. Beliau ditugaskan untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w.

Namun peluang itu dimanfaat sepenuhnya oleh Sayyidina Bilal untuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w. demi menyatakan keimanannya kepada Allah serta penyaksian dan kecintaannya kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai utusan Allah untuk umat manusia.

Walaupun dirinya milik Umayyah tetapi jiwanya telah bebas dan merdeka daripada menyembah thogut, menyembah berhala-berhala sembahan kafir Quraisy. Dan ramai lagi sahabat dan sahabiah Rasulullah s.a.w. yang mula memeluk agama Islam terdiri daripada mereka yang lemah serta dijajah fizikalnya seperti Sayyidatina Sumayyah dan ramai lagi. Semua pasti ingat bagaimana Nabi s.a.w. berdakwah secara rahsia di Mekah yang ketika itu berpusat di rumah Arqam Ibn Abi Al-Arqam.

2. Merdeka semasa Merdeka

Pemerintahan Khalifah Umar Ibn Abd Aziz

Semua makruf akan zaman kegemilangan pemerintahan Islam dibawah Khalifah Umar Ibn Abd Aziz sehingga dikatakan sampai satu tahap tidak ada manusia yang mahu menerima sedekah dan pemberian zakat. Kerana harta negara diberikan secara adil dan saksama untuk semua rakyatnya.

Keimanan, ketaqwaan kepada Allah s.w.t. yang jitu dalam diri Sayyidina Umar Ibn Abd Aziz membuatkan beliau merdeka(bebas) daripada cinta kepada dunia. Jawatan serta harta kekayaan yang dimiliki tidak membuatkan beliau sombong, angkuh dan bertindak zalim kepada rakyat. Kerana beliau sedar, nikmat dan jawatan yang diberikan kepadanya hanyalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t. di hari akhirat kelak.

Bermakna, jiwa beliau bebas dan merdeka daripada rasa cinta kepada harta benda dan dunia. Inilah kebebasan dan kemerdekaan yang sebenarnya. Keamanan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. digunakan sebaik-baiknya untuk kebaikan umat manusia, nikmat kemerdekaan digunakan untuk beribadah kepada Allah s.w.t. secara selayaknya oleh seorang hamba kepada tuhannya.

3. Dijajah ketika Merdeka.

Inilah kita umat Islam hari ini. Walaupun diberi nikmat kemerdekaan, keamanan dan kesenangan hidup. Tetapi hati kita telah dijajah oleh hawa nafsu dan cintakan dunia yang berpaksikan kepada Zionis Yahudi dan Barat khasnya.

Setiap gerak laku, pakaian, cara hidup, hiburan, semua aspek kehidupan kita telah dijajah dan bertuhankan barat. Semua yang dilakukan di barat adalah yang terbaik dan tidak bersalahan. Berzina boleh, minum arak bukanlah isu yang besar, bercampuran antara lelaki dan wanita tidak mengapa, dan segala macam bentuk samaada kita sedar ataupun tidak kita telah dijajah, diikat oleh hawa nafsu yang dieplopori oleh dunia barat.

Walaupun hakikat secara luaran atau fizikal negara umat Islam banyak yang telah merdeka, daripada penjajahan negara-negara maju. Tetapi kemerdekaan dari sudut luarannya sahaja. Perundangan mengikut sistem barat, kehakiman mengikut undang-undang sivil yang dicipta oleh manusia. Ekonomi berteraskan ekonomi kapitalis, hiburan sudah tidak ada batasan. Sukan yang perempuannya boleh dikatakan bertelanjang, yang lelaki elok pula berbungkus. Mengapa ini berlaku? Kerana pemikiran dan aqidah kita masih dijajah. Bukan lagi berteraskan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

Amat malanglah kalau kita tidak menggunakan nikmat kemerdekaan negara kita ini untuk kita bebas beribadah kepada Allah s.w.t. dan mengamalkan segala ajaran Islam.

4. Dijajah ketika Dijajah

Golongan inilah, golongan yang paling malang, yang kita sebutkan lebih teruk daripada binatang. Sudahlah luaran telah dijajah, sebagai contoh negara-negara yang mengamalkan sistem Komunis/kapitalis. Tidak beriman kepada mana-mana tuhan. Rakyat dikongkong dari bermacam sudut, sudahlah dijajah luarannya, malah pemikiran, cara hidup dan tujuan hidupnya hanyalah semata-mata untuk dunia dan manusia.

Walhal Allah s.w.t. telah menukilkan didalam Al-Quran bahawa tujuan penciptaan manusia ini hanyalah untuk beribadak kepada Allah s.w.t. selain menjadi khalifah/pemerintah di muka bumi ini.

Merdekakan Diri dengan Kembali Kepada Islam

Ayuhlah sahabat-sahabiah sekalian. Sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-53 ini. Kita merdekakan diri kita daripada kegelapan dan kembali kepada cahaya Islam. Kerana sesungguhnya apalah erti sebuah kemerdekaan dan kemenangan tanpa mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t.

Firman Allah sw.t. didalam Al-Quran : "Seungguhnya agama yang diredhai Allah s.w.t. hanyalah Islam"

Nabi s.a.w. juga bersabda "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemulian Akhlak". Dan bagaimana akhlak, tatacara Nabi s.aw. tidak lain adalah Al-Quran. "Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu contoh ikutan yang terbaik"

http://i690.photobucket.com/albums/vv268/iluvislamdesign/menoufiaz/ramadhanawaldanakhir1024x768.jpg

Maka ayuh, sempena bulan Ramadhan 1431 Hijrah ini. Kembalikan hidup kita kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Cara berpakaian kita berlandaskan hukum hakam syariat Islam. Pergaulan/muamalah kita sehari-harian mengikut kehendak Islam. Hubungan kasih sayang/cinta diantara lelaki dan perempuan hendaklah melauli ikatan yang sah dan batas-batas yang telah ditetapkan oleh Islam. Seluruh aspek kehidupan kita, kita merdekakan daripada undang-undang manusia dan kembali kepada undang-undang Allah s.w.t yang Maha Adil lagi Maha Mengetahui.

Zaman silam kita yang kelam usah kita ungkit kembali, kerana apa yang lebih penting adalah pengakhiran hidup kita didunia. Allah s.w.t. telah memberi pilihan, adakah kita mahukan syurga ataupun neraka. Atau mati kita dalam Khusnul Khatimah atau sengaja kita memilih untuk Suu'ul Khatimah.(pengakhiran hidup yang buruk) Nauzubillahiminzalik. Dan Sesunguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Selagi hayat dikandung badan, selagi pintu taubat masih terbuka. Rebutlah peluang itu sebelum kita menyesal di hari akhirat kelak.

Selamat Menghidupkan 10 Malam yang terakhir. Moga-moga Allah memilih kita untuk bertemu dengan malam yang paling baik daripda seribu bulan. Malam Lailatul Qadar.

Teringin sekali melihat kita menyambut kemerdekaan sebegini, Solat Hajat beramai-ramai didataran Merdeka sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah yang telah mengurniakan nikmat keamanan dan kemerdekaan Tanah Air Malaysia.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs039.ash2/35333_415540222591_358919387591_5226774_5610102_n.jpg
Ya Allah, kekalkanlah Keamanan dan Kemerdekaan Malaysia agar kami dapat beribadah dan mengabdikan diri kepada-Mu dengan penuh ketenangan.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs384.snc3/23500_363743997591_358919387591_4264989_531986_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs037.ash2/35190_414423467591_358919387591_5195811_952923_n.jpg
Hormat menghormati diantara agama

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs160.ash2/41349_427065917591_358919387591_5540452_7694270_n.jpg
Kemerdekaan disambut dengan penuh keinsafan dan kesyukuran.

Mungkinkah harapan ini akan muncul dan bila?
Yang pasti ia tidak mustahil jika kita semua bekerja dan bertungkus lumus untuk kemenangan Islam di Bumi Bertuah Malaysia.

0 komen mengomen :: Merdeka yang bagaimana kita mahukan?

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers