RADIG tiba di Mesir

Petang tadi saya sempat berbuka puasa bersama konvoi Rombongan Ramadhan Di Gaza bertempat di dataran Hayyu Asyir, Kaherah, Mesir. Bersempena kejayaan misi memecahkan sekatan keatas Gaza, rombongan singgah sebentar di Mesir sebelum meneruskan perjalanan kembali ke tanah air. Namun, gambar-gambar tidak sempat saya rakamkan atas beberapa faktor, dan kamera saya mengalami sedikit masalah. Apapun selamat berjuang. InsyaAllah, malam ini kami akan sama-sama menunaikan solat terawih di dataran/Rumah Selangor.

Berita semalam.

Sekitar jam 12.05 pagi, 15 Ogos 2010, Mesir/Palestin, Rombongan Ramadhan di Gaza (Radig) telah tiba di hotel Cairo Khan, Attabah.

Gambar dari Nizal Mohammad: Rombongan Radig ketika bergambar dengan Ismail Haniyeh berhadapan pejabat Perdana Menteri di bandar Gaza.

Ketika wartawan MAP menemui anggota rombongan yang tiba, masing-masing merasai keletihan namun keadaan mereka menggambarkan kegembiraan setelah berjaya memasuki dan keluar dari Gaza dengan selamat.

Nizal Mohammad, wartawan bebas yang dilantik sebagai penasihat media dan pengurusan dokumentasi rombongan Radig ketika ditemui melahirkan rasa teruja dengan sikap penduduk Gaza yang disifatkan lembut berbanding Arab di Negara sebelah.

Wartawan MAP sempat menyelami cerita-cerita Gaza yang dibawa oleh anggota-anggota rombongan Radig.

Menyentuh usaha Radig, pihak rombongan ini akan terus membantu penduduk Gaza dengan beberapa rancangan yang telah disusun atur.

Rakaman gambar ketika di Gaza
Dua orang wira Mavi Marmara, Ashwad Ismail, wartawan Astro Awani dan Mustapa Mansor, warganegara Malaysia yang terlibat dalam serangan berdarah 31 Mei lalu menerima watikah penghargaan tertinggi dari pemimpin utama HAMAS, Ismail Haniah yang merupakan Perdana Menteri Palestin Gaza. Sumber 15/08/2010, MAP

Laporan penuh:
(Nizal Mohammad, wartawan bebas)

Dua wira Mavi Marmara Malaysia yang terlibat di dalam tragedi berdarah menggemparkan dunia pada 31 Mei lalu menerima watikah penghargaan tertinggi daripada Perdana Menteri Gaza Palestin, Ismail Haniyeh.

Mustapa Mansor, Setiausaha Inisiatif Malaysia untuk Pembebasan Palestin, MAPIM dan Ashwad Ismail, wartawan Astro Awani dikejutkan dengan penyampaian watikah berkenaan sewaktu kunjungan hormat delegasi misi Ramadan Di Gaza - March for Freedom MAPIM pada jam 2.00 petang waktu tempatan di Pejabat Perdana Menteri itu.

Sewaktu diminta reaksi spontan selepas menerima watikah penghargaan berkenaan, kedua-duanya menyatakan kegembiraan dan kesyukuran masing-masing.

"Saya gembira dan terharu dengan kesungguhan pihak pemeritah Hamas Gaza. Sebenarnya mereka sangat sensitif dan prihatin dengan apa yang terjadi. Kepedulian mereka sangat tinggi terhadap sesiapa sahaja yang telah berkorban untuk pembebasan Palestin," luah Mustapa.

"Secara peribadi, penghargaan ini meningkatkan lagi keyakinan dan kesungguhan diri saya untuk terus melakukan inisiatif mempertingkatkan kesedaran masyarakat dunia terhadap perjuangan rakyat Palestin. Bagi MAPIM pula saya bersyukur kerana inisiatif yang tidak mengenal penat lelah yang dilakukan MAPIM selama ini tidak sia-sia malah akhirnya membuahkan hasil dan mendapat pengiktiran," tambah beliau lagi.

Ashwad pula memberi reaksi tersendiri. Kata beliau, "Saya melihat ini sebagai sesuatu yang cukup berharga dalam pengalaman sebagai seorang wartawan muda sepanjang usaha mengetengahkan konflik enam dekad Asia Barat. Saya amat menghargainya dan ia menjadi pembakar semangat kepada saya dan juga rakan-rakan wartawan lain untuk melaporkan realiti sebenar keadaan yang menimpa rakyat Gaza dan Palestin akibat penjajahan dan kekejaman dasar Israelisasi kerajaan Zionis."

Acara yang dihadiri menteri dan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan Gaza Palestin telah mendapat liputan meluas stesen televisyen tempatan Al-Quds dan Al-Aqsa.

Dalam pertemuan satu setengah jam itu, pelbagai perkara telah dikemukakan Mohd Azmi Abdul Hamid, ketua misi Ramadan Di Gaza - March For Freedom kepada Ismail Haniyeh. Antaranya termasuk, cadangan pembinaan Hospital Kanak-Kanak di bandaraya Gaza, bantuan kemanusiaan termasuk makanan, kemasyarakatan dan perubatan serta usahasama pendidikan khususnya institusi pengajian tinggi.

Acara bersejarah itu juga menyaksikan Perdana Menteri Gaza Palestin mengalungkan selendang tertera bendera Palestin dan Malaysia kepada semua anggota delegasi. Sebelum beredar, delegasi sempat mengambil gambar beramai-ramai bersama Ismail Haniyeh.

Map2Street

0 komen mengomen :: RADIG tiba di Mesir

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers