Ramadhan : Apa yang aku dapat?

Ramadhan pantas melangkah kaki sebelum mengakhiri terhenti di perhentian bertemu syawal. Ya Allah, cepat sangat Ramadhan berlalu atau aku yang lambat melangkah? Cuba kita tanya balik diri kita, apa yang aku dapat dengan ramadhan kali ini? Adakah sekadar khatam Al-Quran? Adakah sekadar berterawih 8 rakaat dan 3 witir? Adakah sekadar berpuasa lapar dan dahaga? Apa agaknya yang kita dapat?

Buat golongan pelajar mahasiswa/wi Mesir, kalian adalah benteng terakhir pertahanan umat Islam hari ini. Mari kita renung sekejap. Apa yang kita dapat di madrasah ramadhan kali ini? Adakah masa kita banyak dihabiskan dengan tidur dan aktiviti yang kurang bermanfaat? Selama 20hari ramadhan, sudahkah kita mengampingi para ulama'? Berapa banyak masa yang kita habiskan dengan kitab, menadah ilmu dikelas-kelas tafaqquh? Al-Quran sudah berapa kali kita khatam? Terawih kita dimana? Adakah sekadar hadir ke masjid untuk berbuka secara percuma?



Bukan ke bulan Ramadhan, Allah telah menjanjikan seribu rahmat? Setiap amalan yang kita kerjakan akan dilipat gandakan. Bulan yang penuh dengan keampunan, kerahmatan, keberkatan. Dimana pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Mengapa kita tidak mengejar dan berlumba-lumba untuk masuk melalui pintu yang terbuka luas dan cuba membuka pintu yang telah Allah tutup serapat-rapatnya? kalau itu yang berlaku, nilailah kembali dimana tahap iman dan ramadhan kita. Moga-moga Allah beri hidayah kepada kita dan kekalkan kita didalam kebaikan. Bukan mudah untuk istiqamah dalam amalan kebaikan, jangan kerana kita pelajar dan belajar di Mesir kita sudah boleh mendabik dada kita golongan ulama', akulah Azhari.

Teringat kata-kata Syeikh Nuruddin tempoh hari. Kita ni duduk di Mesir, bumi para anbiya' , ulama' dan auliya'. Takkan solat terawih di rumah negeri sahaja? Apa yang kita dapat kalau solat disurau? Adakah dapat barakah para ulama' atau auliya'? tentu sekali tidak. Yang kita dapat berkat kawan-kawan kita yang rosib jiddan, yang kuat tidur, yang malas pergi kuliah, yang makan banyak dan sebagainya.

Kenapa kita tidak mengambil peluang solat di Masjid Amru, Masjid Al-Azhar yang sudah ratusan tahun dibina, dimana para auliya' dan alim ulama' pernah solat disana. Sudah pasti masjid yang paling lama itu masjid yang paling banyak dikunjungi oleh para malaikat yang tidak putus-putus mendoakan orang yang beribadah didalamnya.

Itulah hakikat yang perlu kita kunyah saban hari. Fikirkan kembali dimana kita ramadhan kali ini? Tanya kembali kepada diri, Apa agaknya yang aku dapat ramadhan kali ini? Semoga hari-hari yang berbaki dapat kita sama-sama hayati untuk mendapatkan sijil insan yang paling mulia disisi Allah, iaitu Taqwa.

p/s : Jangan lupa malam ni hadir bersama-sama ke Majlis Tafaqquh Fiddin Syeikh Nuruddin yang akan membacakan kita Imam Tawus sempena menyambut hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53 untuk kita menghargai jasa dan pengorbanan mereka-mereka yang telah berjuang untuk kemerdekaan sekaligus membolehkan kita beribadat dengan aman dan tenang setiap hari. Bukan dengan cara kita berhimpun beramai-ramai didataran dan hanya melaungkan slogan merdeka, merdeka, merdeka.

Adakah mungkin anak muda mudi kita tidak melakukan zina dan maksiat menyambut merdeka kerana menghormati bulan ramadhan? Semoga Allah lindungi keluarga dan sahabat kita daripada perbuatan-perbuatan tersebut. amin..

Kita sudah mereka daripada penjajah, moga ramadhan kali kita kita dapat merdekakanlah diri kita pula daripada penjajahan hawa nafsu dan kembali kepada Islam. aminn..


0 komen mengomen :: Ramadhan : Apa yang aku dapat?

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers