Ayam hilang dimalam raya..

Hehe.. Awal2 dah suka. Alhamdulillah, ini kali pertama menyambut lebaran di perantauan. Namun, bagi aku bila duduk di Mesir ni, lagi seronok berpuasa. Terasa hari-hari yang ada dipenuhi dengan ibadah dan aktiviti yg berfaedah. Kat sini tak sibuk-sibuk nak pergi bazar ramadhan, tak sibuk nak masak untuk sahur atau buka puasa. Sebabnye takde bazar ramadhan, makanan untuk berbuka dan bersahur biasa dah disediakan. Arab sponsor. Hehe..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs215.ash2/47839_154881134538847_100000508851984_421488_5981750_n.jpg

Alhamdulillah, selasai dah tadi Malam Gema Aidilfitri anjuran Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir. Walaupun aku bukan orang ganu, tapi nak wat camner, dah besar lama kat terengganu. Hehe.. Jadi la orang ganu. Untung banyak negeri nih, sana sini jemput. Esok, lepas solat raya kat Suq Sayyarah, Hayyu Asyir nih, cadang nak bergerak ke Hayyu Sabi'e solat di Masjid Musa. Kat sana semua anak-anak melayu jer satu Masjid. Khutbah akan disampaikan oleh Presiden PMRAM. Lepastu, pergi rumah Johor plak, kat Rabaah, Johor wat rumah terbuka. Wee... Best2..

http://whatscookingamerica.net/Poultry/PoultryPhotos/ChickenCooked5.jpg

Okey, pasal td, mmg meriah, lepas maghrib dah sibuk takbir. Jiran-jiran arab duk ngintai-ngintai kat koridor dgn tingkap. Yela, takbir kita kan berlagu. Diorang takbir biasa-biasa jer. Memang takde "zuuk" lah. Huhu.. Memang happening. Lepas buka puasa ramai-ramai tadi, seronok rasa. Terubat jugak la rindu walaupun takde ahli kuarga kat sini. Takdelah rasa kesepian. Hehe..

Lepas Isya', takbir, terus start majlis. Lepas ucapan Pengarah, Ucapan YDP, dan ucapan BP angkat Terengganu. Lepastu, tengok tayangan video suasana hari raya di Mesir. Ucapan daripada kawan-kawan. Dan pasti ada jamuan makan.

Lepas habis jer majlis tu, bising satu kompleks ni. Ayam hilang!!Haha.. Satu kompleks cari, mana la ayam tu.. Lepas pg semua tingkat. Rupanya, ada orang tersalah ambik. haha.. hampeh betul.. Wat suspen jer malam2 raye nih.. hehe.. Ingatkan ada orang curi..


1 komen mengomen :: Ayam hilang dimalam raya..

  1. amin pegi rmh johor ke td???

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers