Beraya Sakan Di Rumah Johor

Bismillahirrahmanirrahim, arini dah raya ke berapa ek? 5 kot.. Lupe dah. Alhamdulillah, semalam dapat jugak hadir ke rumah terbuka Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM) setelah misi beraya hari pertama gagal. Terima kasih kerana menjemput kami (Aku dan Ismael) untuk ke Rumah Johor di Rabaah. Lama dah tak pergi rumah johor. Last aritu sehari sebelum puasa. Terima kasih kepada Ust Amin Sailan dan YDP Johor Ust Basir yang bersungguh-sungguh menjemput kami agar datang jugak rumah terbuka nih. Alhamdulillah, kami dah datang walaupun terlewat sedikit.

Aku dengan mael rancang ingat nak bertolak lepas maghrib. Tapi gitu gini daripada asyir, akhirnya sampai juga kami pukul 10 malam. (Haish.. lewat dah tu) tapi bila dah lambat tu memang saje la nak datang lagi lambat. Sebab kalau bleh sampai-sampai terus makan. (erkk.. hehe) Tp, program belum habis lagi. Kami sampai tu masa mandub dgn mandub daripada muhafazah memperkenalkan diri dan membuat sedikit ucapan mewakili muhafazah masing-masing.

Kemudian disajikan dengan tayangan slide serta sumbangan dana aidilfitri buat sahabat/biah ahli-ahli BKPJM. Huhu.. (Nama aku takde ker? Nak gak duet raye.) Kemudian acara yang tak boleh takde bagi rakyat johor, adalah meraban (opss..) Marhaban. Hehe.. Kami berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sekaligus bersalam-salaman untuk sebelum mengakhiri majlis dengan makan-makan dan sesi bergambar.

Alhamdulillah, ramai jugak kenalan baru serta taukid kenalan lama yang dah tak ingat nama. Seronok makan dengan ust Muhd Nur daripada Tanta. Sambil makan sambil taaruf, jarang orang buat. Biasa tanya lebih kurang, ni sambil kunyah sambil sebutkan nama, asal, kampung, kuliah, tahu berapa. Macam-macam la, sampai tercekik dibuatnya. Hehe.. Malam ni jugak dapat ilmu baru, macamana nak kenal or tanya nama seseorang tanpa rasa malu. Nak tau tak? Hehe.. Kalau ikut rukun usrah memang tak patut la. Kena taaruf, tafahum, takaful.

Cara dia camni. "Eh, facebook enta nama ape? Ana add tak lagi? Nanti senang nak tag gambar ke ape ke.." haha.. So, bagi mereka-mereka yang ada facebook ni excited la nak bagitau facebook diorang. Tapi, dalam ramai-ramai semalam ada gak yang takde. Ust ape tah nama, pakai kamera DSLR. huhu.. jeles jer tengok. Pastu bila orang tanya. "Eh, nanti tag ek gambar kat facebook." cepat jer dia jawab. "Eh, ana tak reti guna facebook, enta copy jer la nanti daripada komputer" Hehe.. Memang selamber la ust tu.. Cayalah. Pastu ada plak yang menambah. "Waa... (sambil wat muka comel) bagusnya dia, budak baik, xde facebook la. ekeke..

Tapi memang tu realitinya, sekarang sume nak berfacebook, walaupun timbul isu yang menghina nabi kita Muhammad s.a.w. tetapi kecanggihan dan ke'friendly'an facebook membuatkan ramai orang hari ni tak boleh lari daripada menggunakannya, kecuali mereka yang betul-betul tak layan dunia internet ni. Memang respek la. Cuma jangan sampai tak tahu dunia luar sudah la. Takde facebook takpe, tapi biar kita tahu perkembangan dunia. Macam Imam Hassan Al-Banna kata, kita tidak mampu/boleh melawan arus, nescaya kita akan lepas, tetapi pandulah arus itu ke arah yang kita mahu (Islam). Maka, bagi aku, blog merupakan medium kedua untuk mereka-mereka yang tidak ada atau tidak suka berfacebook.

Memang ramai dikalangan kita jarang membuka laman-laman berita. Mereka lebih suka membaca blog-blog picisan dan posting terkini blog-blog yang mereka ikuti "follow". Maka seharusnya, kita sebagai penulis/blogger jangan sesekali memandang ringan tanggungjawab kita dalam menyebarkan dakwah. Ramai mana manusia yang mahu kepada Islam, tetapi mereka malu. Jadi untuk mengelakkan rasa malu, mereka lebih suka membuat pencarian di internet. Sebagai contoh baru-baru ni aku ada buat satu posting pasal fatwa dan hukum berkenaan orang bukan Islam memasuki masjid atau surau. Terbuki, carian serta mereka yang membuka link di blog aku mendapat rate tertinggi iaitu seramai 250 carian dalam masa beberapa jam/hari. Terkejut jugak bila melihat statistik tersebut. Bermakna ramai daripada pengguna internet yang mahukan info serta pengetahuan berkenaan isu-isu sebegini.

Ada jugak sahabat-sahabat yang malas membuka blog/laman persatuan kerana katanya laman-laman ini agak lambat untuk di akses. Maka, sebagai alternatif, mereka merujuk blog aku untuk mengetahui perkembangan isu semasa yang berkaitan. Kerana blog biasanya lebih cepat dan ringan untuk diakses selain boleh menjadi follower dan setiap kali blog diupdate mereka akan dapat mengikuti perkembangan di blog tersebut. Huhu.. Dah kelain plak, nak posting pasal raya jadi Ilmiah plak. Wakaka..

Okey, layan je la ek, gambar-gambar kat bawah. Tak payah cerita, dah menggambarkan kemeriahan rumah terbuka johor. Hehe.. Selamat berpuasa 6 dan selamat hari raya aidilfitri.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs658.snc4/61819_156517664375194_100000508851984_431549_2432657_n.jpg
YDP Johor, Ust Basir menyempurnakan simbolik kesatuan anak-anak Johor di Mesir dengan meletakkan lambang Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKJPM)


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs338.ash2/61819_156517667708527_100000508851984_431550_5520370_n.jpg
Ust Basir di'buli' oleh Ust Alif (kiri) dan ust sorang lagi tak ingat nama ape (tak ingat ke tak tau? hehe)

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs338.ash2/61819_156517671041860_100000508851984_431551_2980118_n.jpg
Ust Basir tergelak dengan celoteh pengacara yang selamber dan gila-gila. hehe.. happy jer sume.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs338.ash2/61819_156517674375193_100000508851984_431552_2172590_n.jpg
Ust Miftahul Ulum. (Kunci segala Ilmu) hebat Ust Ulum kita nih. hehe..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs658.snc4/61819_156517677708526_100000508851984_431553_6646460_n.jpg
Abg Ngah tengah membuat cabutan kepada nama-nama yang bertuah untuk menerima hadiah (Seumur hidup aku tak sampai 5 kali pun boleh cabutan bertuah. Haha.. memang tak bertuah betul budak nih)

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs630.snc4/58988_156517874375173_100000508851984_431554_7543691_n.jpg
Antoi layan jer sepanjang program.. Masa tayangan slide lagu budak-budak kecik nyanyi bukan main hayun kepala. Hehe..


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs630.snc4/58988_156517877708506_100000508851984_431555_1011322_n.jpg
Ust Nuruddin Zinki membacakan doa naik kenderaan. (Hahaha.. Doa robitoh la, kan majlis aidilfitri nih.. korang percaya gak sape suroh.. wakaka..)

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs310.ash2/58988_156517881041839_100000508851984_431556_5586640_n.jpg
Masing-masing beratur untuk mendapatkan duit raya daripada YDP. (Yeke duit raya? Hehe.. mesti tak caye kan?)

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs310.ash2/58988_156517884375172_100000508851984_431557_1142921_n.jpg
Sesi bersalam-salaman sesama ahli bagi mengeratkan lagi ukhuwwah sesama kita.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs610.snc4/58988_156517887708505_100000508851984_431558_5975836_n.jpg
Sesi bergambor lah pulak..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs630.snc4/59043_156520564374904_100000508851984_431624_2961636_n.jpg
Fuhh.. Ni kalau kat sini orang panggil Hadramaut, memang maut la kalau makan. Sampai tambah-tambah, tak terasa makan nasi dia, walaupun takde kuah, tapi tak tercekik pun makan kalau takde kuah. Marveles la, kalau kat Malaysia nasi beryani gam la kot.. Apapun thumbs up kepada tukang masak. Lepasni, boleh panggil untuk masak kenduri kawen.. hehe.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs310.ash2/59043_156520571041570_100000508851984_431625_7222895_n.jpg
Inilah rupa aku yang suci tanpa spek mata, sampai mata pun macam cacat jer.. Nak menanges pun ada, tapi ditenangkan oleh pengarah program. Ust Daniel. Sempat jugak dia menambah. "Ust Amin jangan sedih kerna beraya tanpa Ust Amon" (Ishak Hanis, sepupu aku tu.. waaa.. ) eheehe..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs610.snc4/59043_156520574374903_100000508851984_431626_6219206_n.jpg
Khusyuk makan, sampai tak layan dah Ust Khairul Anwar Isnin kat sebelah nih..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs630.snc4/59043_156520577708236_100000508851984_431627_3595177_n.jpg
Apekajadah Abg Ngah wat tangan "instanna syuwayya tu?" Tiru arowat(akhowat) la tu.. haha

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs630.snc4/59043_156520581041569_100000508851984_431628_5129350_n.jpg
FUh.. Kamera ust nih, memang klass la. Jeles jer tgk. Bila nak angkit sekeping DSLR nih.. Duit raya sket jer dapat, mana cukop nak beli.. Ekeke..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs640.snc4/59998_156520694374891_100000508851984_431630_2847024_n.jpg
Haaaa... Ni la antara sebahagian anak-anak Johor kat Mesir nih, tak muat dah nak masuk lagi. Ada ramai lagi. Dewan punya la beso pun tak muat. Abis jadi sardin. Sampai panjat-panjat kat belakang tu ha..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs320.ash2/59998_156520697708224_100000508851984_431631_133532_n.jpg
Aku pun nak bergambar jugak ye dak? Asik amek gambo orang jer.. hehe..


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs660.snc4/59998_156520704374890_100000508851984_431632_3427074_n.jpg
Ha.. Kalau nak kenal ni la Ust Zaki, tengok badan kitorang mcm body builder tak? Haha.. Ni masa baru makan untuk kali ke dua. Semangat Ust Zaki pergi turun bawah, tukar talam lain plak. Tadi warna biru (cuba korang tengok kat atas td untuk makan 5 orang) ni talam besi plak untuk kami dua orang jer. Hebat tak? hehehe.. Ust Nur, baju biru dah lepak, takleh blah. Yang tukang amek gambor ni Mael, awal-awal dah surrender. Tak sangka malam ni bleh abiskan makanan untuk 5 orang. Wahaha..


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs660.snc4/59998_156520707708223_100000508851984_431633_399816_n.jpg
Antoi yang sentiasa photogenic. Pantang jumpe kamera, mengalahkan arowat. Tau la muke tu cumel.. hihihi..


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs345.ash2/62508_156522244374736_100000508851984_431641_6845001_n.jpg
Hah, kamu jangan nak jadi paparazi, asik menembak jer kejanya. Nak kena belasah ke ha? Tengok Abang kat belakang tu dah hangin satu badan. Wahaha... takutnyer saya..


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs685.snc4/62508_156522247708069_100000508851984_431642_1467960_n.jpg
Ehem3.. Tayang jam Ust Manan. Lawo2, tapi tukang amek tak pandai wat macro. Kalau tak leh fokus kat jam tu. hehe..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs685.snc4/62508_156522251041402_100000508851984_431643_7672420_n.jpg
Antoi sekampung mengucapakan, selamat hari raye maaf zahir dan batin..


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs685.snc4/62508_156522254374735_100000508851984_431644_4699169_n.jpg
Wahaha.. ni la orang jawa kat Mesir, pekat tu ngomong jowo. Kitorang panggil dia Wak, kadang Tokmoh, tapi nama dia Zulhilmi. Satu batch dengan aku datang mesit nih..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs700.snc4/62038_156522481041379_100000508851984_431648_6062471_n.jpg
Haha.. Antoi wak aksi cumel dia..


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs680.snc4/62038_156522484374712_100000508851984_431649_651703_n.jpg
Dari kiri, TOkmoh, Aku, Mael, dan yang depan ni mesti la korang dah kenal, aksi sebut daripada tadi. Antoiiii..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs680.snc4/62038_156522494374711_100000508851984_431651_864842_n.jpg
Bergambar sket kat pentas utama. Masik lagi menggunakan teknik handmade walaupun boleh jer nak wat banner print. Lebaran Nostalgia Aidilfitri (LESTARI)

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs340.ash2/62038_156522497708044_100000508851984_431652_4749812_n.jpg
Bergambar dengan adhoc program. Ust Syafie, Ust Shamsul, Ust Zul dan Ust Nasuha.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs649.snc4/60899_156524711041156_100000508851984_431668_1131872_n.jpg
Gambar kenangan bersama YDP, Ust Basir yang kacak, suka bila jumpe dia. Senyum tak habis2.. hehe..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs623.snc4/58347_156524817707812_100000508851984_431674_5921173_n.jpg
Ha.. Ni nama dia Amin jugak. Kembar aku kat Mesir, pantang kitorang jumpe mesti melekat. Tapi ayah lain-lain. Dia Amin Sailan, aku Amin Salleh. Hehe.. Tapi persamaan dua orang ni ialah mereka minat design n grafik. Ust Amin ni exco penerbitan Johor (BKPJM) kalau tak silap dan Grafik Designer dalam Komik Al-Fityan. Sama jer hobi kitorang nih. Mat Ben (kata Ust Manan) Mat Banner n Iklan dan yang berkaitan dengannya. Kalau kami bukak kedai printing kat mesir ni boleh kaya gamaknye.. Hehehe..


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs303.ash2/58347_156524821041145_100000508851984_431675_2049750_n.jpg
Antoi lagi, memang kuat dia ni bergambor.. Wajah suci aku yang tidak berspek mate.. Hehe.. Comel tak? Ahaa.. makin comel la. kui3..


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs669.snc4/60899_156524717707822_100000508851984_431670_8151771_n.jpg
Bersama Ust Sakini, balik baru perasan ada banner kat depan nih. Agaga.. padahal masuk ikut sini gak tadi. Heran betull.. Mungkin dah habis majlis baru letak kot. wakaka..


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs329.ash2/60899_156524724374488_100000508851984_431672_7427446_n.jpg
Ni masa balik, sempat singgah kat (baca seniri dalam gambar) Mael nak beli roti.. Ok. Sekian, daripada aminmenulis. Dah lama tak menulis, biasa amincopy jer... hehe..

Selamat berpuasa 6. Jangan tak buat tau..


0 komen mengomen :: Beraya Sakan Di Rumah Johor

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers