Fakta & Auta...

AUTA

Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK)

FAKTA

Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA)

AUTA

Sebidang tanah seluas 2,212 meter persegi yang telah dianugerahkan kepada kerajaan Malaysia mulai tahun 1960 (peraturan DMAK 2010)

FAKTA

Penyerahan tanah seluas 2 212 meter per­segi oleh kerajaan Mesir dibuat dengan rasminya atas nama Persatuan Melayu Mesir (PMM) melalui majlis penyerahan geran pada tahun 1959 yang dihadiri oleh Yang Di Pertua Persekutuan Melayu Mesir ketika itu, Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad (mantan Menteri Besar Terengganu).

Peraturan-peraturan Rumah Melayu yang telah termaktub pada 1986 :

Pada ceraiaan 1.3 [ Pendahuluan ] – Tapak bangunan ini diperolehi dari hadiah pihak berkuasa Kerajaan Mesir atas daya usaha dan jasa ahli-ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

AUTA

Peraturan DMAK 2010 :

Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

FAKTA

Peraturan-peraturan Rumah Melayu yang telah termaktub pada 1986 :

Pada ceraiaan 1.2 [ Pendahuluan ] – Asrama ini dibina oleh Kerajaan Malaysia dan diletakkan dibawah naungan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.

AUTA

Kedutaan tidak membenarkan PMRAM menggunakan kemudahan di Asrama Rumah Melayu.

28 April 1992 : Kedutaan memalang pintu pejabat PMRAM di Abbasi­yah setelah mengeluarkan notis supaya mengosong­kan pejabat di Asrama Melayu

FAKTA

Anjung tingkat bawah asrama ini adalah dikhaskan sebagai pejabat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.” (Fasal 1 Pendahuluan Ceraian 1.6)

AUTA

Dasar Pentadbiran DMAK ini diputuskan oleh Jawatankuasa Pentadbiran iaitu terdiri daripada:-

Penasihat 1 : Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, KPT.

Penasihat 2 : Duta Besar Malaysia ke Mesir .

Pengerusi : Pengarah JPMK.

Setiausaha : Warden DMAK

AJK : Wakil Kedutaan Besar Malaysia ke Mesir

: Semua Pegawai JPMK

FAKTA

Dasar Pentadbiran Asrama ini diputuskan oleh sebuah jawatankuasa, terdiri daripada:-

Pengarah JPM (Pengerusi)

Penyelia Asrama (Setiausaha)

Pegawai Kebajikan (I) JPM,

Pegawai Kebajikan (II) JPM,

Juruwati Asrama dan Tiga Orang Wakil PMRAM.” (Bab 2, ceraian 2.3)

AUTA

Peraturan DMAK 2010 (1.1.4) :

Mendiami DMAK adalah satu peluang istimewa yang ditawarkan dan bukannya satu hak…

FAKTA

Peraturan Asrama Rumah Melayu 1986 (1.3):

Tapak bangunan ini adalah diperolehi dari hadiah pihak berkuasa Kerajaan Mesir atas daya usaha dan jasa ahli-ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.

3 komen mengomen :: Fakta & Auta...

  1. setiap kali pegi ARMA saya terpikir benda yang sama =.='

  2. Fikir benda apa yang sama tu?

  3. mereka menggunakan tanah yg sebenarnya hak milik orang lain, yg diusahakan oleh orang lain. tanpa rasa bersalah, declare tempat tu mereka punya. serta beberapa lagi declaration yg auta. huhu

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers